You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG

JALAN MERBAU, 68000 AMPANG SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


BIL 1 /TAHUN 2022

Tarikh : 31 MAC 2022

Masa : 12.30 – 1.30 PM

Tempat : Bilik Bestari

Pengerusi : Pn Mastura Binti Ghani

Kehadiran(Bilangan) : 12/13 orang

Nama Yang Hadir :


1. Pn Mastura Binti Ghani (Pengerusi)
2. En Muhamad Shyakir Bin Rahim
3. Pn. Sri Tanjung Binti Muhammad
4. En Mohd Yusran Bin Yusof
5. En. Mohd Ikram Hakimi Bin Azizan
6. Pn. Sarimah Binti Isa
7. En Rozaiman Bin Mohamed
8. En Mohd Shaiful Hazmie Bin Abdul Razak
9. En Muhammad Asyraf Bin Mohd Adzhar
10. En Othman Bin Shaari
11. Pn Maisarah Binti Kasmani
12. Pn Masrina Binti Misran

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Perutusan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Matematik
kerana meluangkan masa untuk menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia
Matematik kali pertama bagi Tahun 2022/2023.
Tindakan : Makluman semua guru
1.2 Perutusan Penasihat
1.2.1 Pengerusi mengucapkan tahniah untuk semua guru Matematik yang telah
berjaya mencapai merancang PdPr dengan berjaya dan telah disertakan
laporan melalui penilaian PBD.
1.2.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa kewangan bagi panitia Matematik
berjumlah RM1581.81 untuk sesi 2022/2023 dan memberikan cadangan
untuk menggunakan peruntukan tersebut bagi membeli hadiah atau
berbentuk kupon dalam aktiviti aliran panitia Matematik.

2. Membentangkan Pengesahan Minit Mesyuarat


Dibentangkan dan mendapat persetujuan.
Disahkan oleh : Pn Masrina Binti Misran
Disokong oleh : Pn Sarimah Binti Isa

3. Hal-Hal Berbangkit
Tiada
4. Perkara- Perkara Baharu
4.1 Penggubal Rancangan Pengajaran Tahunan mengikut tahun.

4.1.1 Pengerusi berharap agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk


memastikan peningkatan prestasi murid bagi Tahun 2022. Justeru,
penyusunan RPT perlulah disusun mengikut minggu-minggu yang telah
dimesyuaratkan di peringkat sekolah.

Tahun Penyusun
Tahun 1 Pn Hidayah
Tahun 2 En Rozaiman
Tahun 3 En Shyakir
Tahun 4 En. Asyraf
Tahun 5 Pn Masrina
Tahun 6 En Ikram

Tindakan : Semua guru Matematik


4.2 Format Rancangan Pengajaran Harian
4.2.1 Pengerusi meminta agar format bagi RPH Matematik mengikut format
yang telah dipersetujui bersama. Format adalah seperti berikut :

4.2.2 Bidang :
Tajuk :
Kelas :
Masa :
Tarikh :
Hari :
Standard Kandungan :
Standard Prestasi :
Objektif Pembelajaran : Mengikut tahap penguasaan murid (I- 6)
Aktiviti : Mengikut tahap penguasaan murid (1-6)
(penggunaan borang transit PBD)
Tindakan : Semua guru Matematik
4.3 Penggubal – Penggubal Soalan
4.3.1 Pengerusi membincangkan penilaian murid yang akan dijalankan pada
tahun 2022. Bagi tahap 1 dan 2 penilaian berdasarkan Penilaian Bilik
Darjah (PBD) dan Peperiksaan. Berikut adalah guru pengubal soalan.
Tahun Pertengahan Tahun Akhir Tahun
Tahun 4
Tahun 5

Tahun 6

Tindakan : Semua guru Matematik

4.4 Perancangan Peruntukan Bajet Panitia Matematik


4.4.1 Pengerusi meminta semua guru agar memberikan cadangan bajet yang
diperuntukkan untuk panitia Matematik iaitu sebanyak 70% (RM
1581.81).
4.4.2 Antara cadangan yang dipersetujui adalah untuk menggunakan peruntukan
sepenuhnya bagi membeli hadiah atau kupon kepada murid yang
menyertai aktiviti mengikut aliran.
Tindakan : Semua guru Matematik
4.5 Perbincangan Analisis Keputusan PBD bagi subjek Matematik Tahun 2021
4.5.1 Pengerusi meminta agar guru-guru membincangkan penambahbaikan bagi
keputusan PBD Matematik yang akan datang sekurang-kurangnya murid
melepasi TP3.
Tindakan : Semua guru Matematik

5. Hal – Hal Lain


5.1.1 Guru meminta untuk penyelarasan dari segi penulisan rancangan
pengajaran harian. Hasil keputusan tersebut dipersetujui oleh ketua panitia
bagi menyelaraskan rph mengikut aliran.
Tindakan : Semua guru Matematik

6. Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1.30 petang dan tarikh mesyuarat
seterusnya akan diberitahu kemudian.

You might also like