You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG KAMATCHY,

BATU 9, 36400 HUTAN MELINTANG, PERAK

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH BIL 2


TAHUN 2021

Tarikh :5/05/2021

Masa : 3.00-4.00 pm

Tempat : Bilik gerakan SJKT Ladang Kamatchy

Kehadiran : 1.Pn.M. Susela

2.En.A. Santhirasegaran

3. Pn.S.Mani malathi

4.Cik.S.Amutha

5.Cik. N.Logeswary

6.En.S. Anbharrasen

7. Cik. S.Kasturi

8. Cik.S.Siyamala

9. Cik. P.Sitherraivalli

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan alu – aluan pengerusi
1.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke
mesyuarat JPMS kali kedua tahun 2021.
1.1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Pengurusan Maklumat Sekolah terdiri daripada tiga
modul yang dahulunya dikenali dengan nama Emis, APDM dan E-Operasi.
1.1.3 Pengerusi mengharapkan agar ahli jawatankuasa yang dipilih dapat membantu dalam
Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun ini.
1.2 Ucapan Guru Besar
1.2.1 Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru.
1.2.2 Beliau berharap agar semua guru dapat bekerjasama mengemaskini maklumat guru
dalam e-operasi. Memberi maklumat yang sahih dan memberitahu guru data jika
terdapat maklumat salah.
1.2.3 Beliau telah menyentuh perkara berikut;
 Guru kelas perlu mengemaskini maklumat murid dalam APDM.
 Guru kelas memastikan maklumat murid yang betul.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Cik. S.Amutha
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. S.Mani Malathi

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Guru Besar membangkitkan isu pengemaskinian data dalam aplikasi e-operasi. Ada guru tidak
mengambil tindakan segera selepas guru data mengumumkan mengenai pengemaskinian
data.
Makluman : Semua guru

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN


4.1 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah dan Prosedur Operasi
Standard Sistem Pengurusan Sekolah.
4.1.1 Sistem Pengurusan Sekolah terdiri daripada 3 modul iaitu:

• Modul Pengurusan Sekolah.


• Modul Pengurusan Guru.
• Modul Pengurusan Murid.

4.1.2 Modul-modul ini boleh diakses melalui laman sesawang di http://sps.moe.gov.my.


4.1.3 SPS diwujudkan bagi mengelakkan kemasukan data berulang pada masa akan
datang.
4.1.4 Mesyuarat JPMS akan diadakan 4 kali setahun.
Makluman
4.1.5 Bidang tugas Guru Besar:
4.1.5.1 Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dan
maklumat sekolah, guru, staf dan murid.
4.1.5.2 Memastikan semua penolong kanan melaksanakan pengoperasian data dan
maklumat dalam SPS.
4.1.5.3 Mempengerusikan JPMS
4.1.5.4 Mengesahkan Laporan Pengesahan Sekolah sebelum dihantar ke PPD.
Tindakan: Guru Besar

4.1.6 Bidang tugas Penolong Kanan Pentadbiran.


4.1.6.1 Bertanggungjawab terhadap SPS, Modul Pengurusan Sekolah, Modul
Pengurusan Guru dan Modul Pengurusan Murid.
4.1.6.2 Memantau pengemaskinian dan keesahan segala data sekolah, guru dan
murid.
4.1.6.3 Membimbing dan menasihati guru dan pembantu tadbir dalam pelaksanaan
Modul Pengurusan Sekolah, Pengurusan Guru dan Pengurusan Murid.
4.1.6.4 Berperanan sebagai Pentadbir Modul.
4.1.6.5 Menyemak laporan pengesahan sekolah sebelum disahkan oleh Guru
Besar.
Tindakan: Penolong Kanan
Pentadbiran

4.1.7 Bidang tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


4.1.7.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-modul Pengurusan Sekolah, Pengurusan
Guru dan Pengurusan Murid.
Tindakan: Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid

4.1.8 Bidang Tugas Penolong Kanan Kokurikulum


4.1.8.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-Modul Pengurusan Sekolah, Pengurusan
Guru dan Pengurusan Murid.
Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum

4.1.9 Bidang tugas Guru Data merangkap Setiausaha JPMS.

4.1.9.1 Membantu mengumpul input data, memproses, menyimpan, mencetak dan


menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam
pengurusan data/modul SPS.
4.1.9.2 Membantu menyediakan input data/modul berkaitan SPS kepada JPMS.
4.1.9.3 Menjadi Setiausaha kepada JPMS.
4.1.9.4 Membantu memastikan keselamatan dan kerahsiaan data sekolah.
4.1.9.5 Mematuhi aktiviti pengisian data/modul SPS mengikut jadual yang telah
ditetapkan oleh KPM.
4.1.9.6 Membantu Penolong Kanan dalam pelaksanaan pengurusan data dan
maklumat dalam SPS.

Tindakan: Guru Data

4.1.10 Bidang tugas Guru Kelas.


4.1.10.1 Mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada di dalam
kelasnya dari semasa ke semasa jika berlaku sebarang perubahan atau
pertambahan maklumat.
4.1.10.2 Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dan
maklumat murid di dalam kelasnya.
4.1.10.3 Merekodkan kehadiran murid secara harian bersama-sama dengan
pembantu tadbir.
Tindakan: Guru
Kelas

4.1.11 Bidang tugas Guru


4.1.11.1 Mengemaskini, menyemak dan mengesahkan Maklumat Peribadi,
Pasangan, Sejarah Perkhidmatan, Latihan/kursus, Gaji dan elaun di dalam
Modul Pengurusan Guru.
4.1.11.2 Menyemak dan mengesahkan Maklumat Perkhidmatan, Maklumat Akademik
dan Maklumat Ikhtisas di dalam Modul Pengurusan Guru.
Tindakan: Semua Guru

5.0 Hal-hal lain


5.1 Guru data menggesa agar guru mengemaskini maklumat pencapaian akademik
secepat mungkin.

Tindakan: Semua Guru

5.2 GPK HEM juga berharap agar guru kelas dapat mengemaskini maklumat peribadi
pelajar secepat mungkin sebagai persediaan sekiranya data diperlukan untuk tujuan
biasiswa.

Tindakan: Guru Kelas

6.0 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi, En. A. Santhirasegaran, mengakhiri mesyuarat
dengan mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kerjasama yang telah
diberikan dan penetapan tarikh mesyuarat kali ketiga akan diberitahu kemudiannya.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................................... --------------------------------------
( SANTHIRASEGARAN A/L ARMUGAM )
GURU DATA
SJKT LADANG KAMATCHY

You might also like