You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PA’ABAS

78000 ALOR GAJAH, MELAKA

Minit mesyuarat Perjumpaan Guru Besar bersama Guru-Guru Tahun 6 Kali Pertama.

Tarikh : 4 Julai 2019


Hari : Khamis
Masa : 1.35-3.00 petang
Tempat : Dewan Tertutup SK Ayer Pa’abas
Kehadiran :

1. En Anuar bin Ismail - Guru Besar


2. Puan Asmah bt Wahab - GPK 1 / Guru Bahasa Melayu Pemahaman
3. En Khairuddin bin Zainal – Guru Bahasa Melayu Penulisan
4. Puan Hajah Shamsiah bt Abu Talib - Guru Bahasa Inggeris Penulisan
5. Puan Suriati bt Johari – Guru Bahasa Inggeris Pemahaman
6. Tn Hj Nor Affendi bin A Samad – Guru Matematik
7. Puan Mas Elissa bt Wahid – Guru Sains

1.0 Ucapan Guru Besar - En Anuar bin Ismail

1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada pentadbir dan semua guru kerana hadir ke
perjumpaan hari kali pertama ini.
1.2 Guru Besar membentangkan pencapaian semua murid bermula daripada Ujian
Diagnostik, UPP1, PKSR1 dan Pecutan Mas 1.
1.3 Guru Besar meminta semua guru mata pelajaran membentangkan intervensi yang telah
dan akan dilaksanakan kepada murid yang masih belum mencapai penguasaan tahap
minimum.
1.4 Guru Besar berharap keberkesana intervensi yang telah dijalankan dapat dilihat pada
keputusan Pecutan Mas 3 (Peperiksaan Percubaan UPSR) nanti.

2.0 Pembentangan intervensi oleh guru-guru mata pelajaran

2.1 Tn Hj Nor Affendi mendedahkan murid-murid dengan soalan-soalan daripada portal Didik.
2.2 Puan Hajah Shamsiah menggunakan kaedah ‘substitution table’ bagi membantu murid-
murid yang lemah membina karangan.
2.3 Puan Suriati mewajibkan semua murid memiliki kamus dan mewujudkan sebuah buku
‘vocabulary’ bagi membantu murid menguasai lebih banyak perkataan dalam Bahasa
Inggeris.
2.4 Puan Mas Elissa menggunakan kaedah latih tubi soalan-soalan sebenar.
2.5 Puan Asmah menggunakan kaedah latih tubi soalan-soalan sebenar.
2.6 Encik Khairuddin menggunakan kaedah latih tubi soalan-soalan sebenar

Tindakan : Guru matapelajaran

3.0 Hal-hal lain.

3.1 Guru Besar mencadangkan agar diwujudkan ‘teaching partner’ dalam kalangan guru bagi
membantu guru mata pelajaran mengadakan kelas tambahan pada hari Isnin dan Selasa.
Oleh itu, Tn Hj Nor Affendi akan dibantu oleh En Mohd Aziz, manakala Puan Mas Elissa akan
dibantu oleh En Azlan.
3.2 Guru Besar mencadangkan untuk diadakan perjumpaan bersama ibu bapa pada awal bulan
Ogos bagi memberi penjelasan mengenai pencapaian anak masing-masing.
3.3 Guru Besar turut mencadangkan agar diadakan program motivasi bersama murid dengan
menjemput penceramah daripada luar sebelum murid-murid menghadapi peperiksaan UPSR.
3.4 Guru Besar mencadangkan agar diadakan kem bermalam di luar bersama murid sebelum
peperiksaan UPSR. Kem tersebut bertujuan untuk mendekati murid dan memberi motivasi
kepada mereka.
3.5 Guru Besar meminta Penyelaras Tahun 6 untuk menyediakan pembentangan kewangan wang
kutipan kecemerlangan UPSR.
3.6 Guru Besar meminta semua guru mata pelajaran menyediakan JSU soalan setiap kali
peperiksaan bagi mengenalpasti kelemahan murid.
3.7 Guru Besar berharap semua guru berusaha dengan gigih bagi membantu murid-murid
mencapai keputusan yang baik.

Perjumpaan ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan oleh,

Pn Suriati Binti Johari


Penyelaras Tahun 6

You might also like