You are on page 1of 12

CADANGAN PENYELIDIKAN Tajuk Penyelidikan :

MENGATASI KELEMAHAN MURID MENGUASAI ASPEK TATABAHASA DALAM BAHASA TAMIL MELALUI CARA PERMAINAN BAHASA

Oleh :
KALAIVANI A/P SUBRAMANIAM ABSTRAK Guru Bahasa Tamil sering menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Tamil kerana murid tidak menguasai aspek tatabahasa. Kemahiran tatabahasa

ini perlu dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini amat berguna dalam penulisan(karangan) Bahasa Tamil. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam

aspek tatabahasa. Seramai 8 murid dari tahun 6 SJK (T) Ladang Tong Wah telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan kelemahan mereka dalam aspek tatabahasa . Instrumen kajian

terdiri daripada Ujian pra dan Ujian Pasca mengenai 4 aspek tatabahasa yang terpilih iaitu Kata Hubung, Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Tanya. Tindakan untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa responden berkenaan adalah penggunaan

permainan bahasa khasnya kuiz, latih tubi dan mencantum kad. Murid-murid berasa gembira dalam menyertai aktiviti-aktiviti dan permainan ini ini. kerana mereka berlumba-lumba telah untuk

memenangi

pertandingan

Dapatan

kajian

menunjukkan

bahawa tindakan yang dilaksanakan telah membantu murid untuk menguasai aspek tatabahasa. dalam berpuas tajuk hati Hasilnya Kata hampir Hubung, kesemua Kata murid Kata dapat kerja menguasai dan kata aspek Tanya. tatabahasa Pengkaji

Nama,

dengan

dapatan kajian kerana dapat

menarik minat

murid belajar

kemahiran ini tetapi perlu ditambah baikkan lagi dengan tindakan baru yang lebih efisyen serta menarik minat murid .

PENGENALAN

Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan.

Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat. Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat.Contoh pembentukan kata ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melalui penggabungan awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh pembentukan ayat ialah perbincangan tentang subjek dan predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada peringkat perkataan dikenali sebagai morfologi manakala peringkat ayat dikenali sebagai sintaksis.Dengan perkataan lain, bidang tatabahasa terbahagi dua, iaitu morfologi dan sintaksis.

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata,dan penggolongan kata. Bentuk kata pula ialah sesuatu unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau dihasilkan melalui beberapa proses pembentukan kata seperti pengimbuhan dan

penggandaan.Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi perkataan lain dalam golongan yang sama. Perkataan dapat digolongkan kepada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Sintaksis bermaksud bidang yang mengkaji rumus tatabahasa yang berdasarkan kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Perkembangan Tatabahasa bahasa Tamil Bahasa Tamil ditinjau dari sisi ketatabahasaannya terbagi menjadi lima bagian, yakni:

Ezuthu (Tamil :) (Huruf) Sol (Tamil : ) (Kata) Porul (Tamil : Yaappu (Tamil : aNi (Tamil : ) (Makna) ) (struktur puitis), dan ) (tata puitis)

Buku tata bahasa Tamil yang pertama ditulis dalam huruf Aghatiyam, namun karena sumber dari huruf ini tidak tersedia, maka yang diakui adalah buku tatabahasa berhuruf Tolkappiyam. Kemudian dari susunan kata, terdapat empat jenis, yaitu : uriccol atau kata dasar yang dipakai dalam karya sastra kuno dan tidak lagi dipakai; kemudiantiNai yang dibagi menjadi uyartiNai (kata benda yang mengacu pada perorangan, mencakup manusia, dewa dan setan) dan akRiNai (untuk benda mati dan binatang kategori rendah dan netral). Sedang untuk

kelompok binatang yang sederajat dengan manusia digolongkan ke dalam jenis uyortiNai. Kemudian untuk menyatakan jumlah untuk jenis kelamin netral disebut sebagai Palar paal. AkRiNai dikelompokkan lagi menjadi onRan paal (kata tunggal untuk kelompok

impersonal), dan palvin paal (jamak untuk kelompok impersonal).

FOKUS KAJIAN

Murid-murid kehendaki menguasai Bahasa Tamil kerana bahasa ini juga amat penting untuk kehidupan harian bagi pelajar india . Murid-murid digalakkan lulus dalam matapelajaran Bahasa Tamil dalam peperiksaan dalaman sekolah dan juga peperiksaan UPSR bagi murid sekolah rendah dan juga PMR dan SPM bagi murid sekolah menengah. Selain itu pendidikan di Malaysia juga mewajibkan semua murid supaya lulus mata pelajaran Bahasa Tamil. Salah satu syarat yang penting bagi kemasukan ke IPTA dalam Bidang Pengajian Tamil, pelajar mesti mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Tamil. Murid-murid sekolah dikehendaki mempelajari Bahasa Tamil dalam semua aspek iaitu perlu menguasai tatabahasa dan juga harus mahir dalam penulisan Bahasa Tamil. Jika tidak mereka mungkin menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam aspek tatabahasa murid-murid dikehendaki mahir dalam tajuk-tajuk seperti kata tanya, kata kerja, kata hubung, kata kerja, kata sendi, kata bilangan, penjodoh bilangan, simpulan bahasa, peribahasa, perumpamaan dan jenis-jenis ayat. Manakala, dalam penulisan pula muridmurid harus mahir dalam teknik-teknik menulis karangan yang baik.

Biasanya guru-guru bahasa

berasa tercabar dan kerap menghadapi masalah dalam

pengajaran Bahasa Tamil. Ini kerana murid-murid agak sukar untuk memahami tatabahasa Bahasa Tamil. Oleh itu, guru-guru bahasa dikehendaki menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang baru dan mencabar bagi memudahkan pemahaman murid dalam Bahasa Tamil iaitu dalam aspek tatabahasa dan juga penulisan karangan.

PENYATAAN MASALAH Isu kelemahan penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil di kalangan murid-murid sekolah rendah Tamil sering menjadi buah mulut. Isu ini juga menjadi hangat dan mendapat perhatian pelbagai pihak. Statistik juga menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah Tamil berasa sukar untuk memahami tatabahasa Bahasa Tamil.

Guru-guru

bahasa membuat kajian untuk mendapat tahu punca masalah ini .Daripada

kajian ini, didapati bahawa murid-murid lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil kerana murid-murid malas membaca surat khabar, buku-buku cerita, membaca buku rujukan, rujuk kamus, berjumpa guru, perbincangan kumpulan dan sebagainya. Dalam UPSR bagi bahagian kertas 1 mengandungi 25 daripada 40 soalan pemahaman meliputi tajuk tatabahasa. Jika murid tidak menguasai aspek tatabahasa maka mereka tidak boleh menjawab soalan pemahaman. Salah satu punca penting mengapa murid-murid gagal menguasai tatabahasa Bahasa Tamil ialah kurang berminat membaca surat khabar,majalah, contoh karangan. Jika murid-murid rajin membaca surat khabar mereka boleh memperkayakan perbendaharaan kata dan seterusnya mereka boleh menguasai tatabahasa Bahasa Tamil. Bagi mengatasi masalah ini guru-guru perlu menggalakkan murid-murid supaya rajin membaca surat khabar dan memberi penerangan

tentang kebaikan membaca surat khabar. Hasil daripada laporan prestasi ini dan pengalaman penyelidik sendiri yang menghadapi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kemahiran penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil, menyebabkan penyelidik mencuba kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam kajian ini permainan bahasa dipilih untuk menyelesaikan masalah tadi. Kami memilih cara ini kerana permainan bahasa sangat diminati oleh murid. Ini mungkin disebabkan permainan bahasa ini memberangsangkan minat murid dan menggalakkan murid untuk mengambil bahagian. Dengan ini diharap supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran tatabahasa. Dalam permainan bahasa ini dibahagikan kepada 3 bahagian yang kecil iaitu kuiz, mencantum kad dan latih tubi. Namun apa yang menggembirakan saya selaku guru Bahasa Tamil adalah kini muridmurid lebih mahir dan boleh menguasai aspek tatabahasa dengan baik. Keputusan murid dalam ujian pasca iaitu ujian yang dibuat selepas permainan bahasa ini agak baik dan memberangsangkan. Hampir keseluruhan murid Tahun 6 mahir dan kini telah menguasai aspek tatabahasa. Jadi saya mencadangkan permainan bahasa ini kepada guru-guru yang lain untuk dicuba di dalam kelas mereka.

OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk :

1. Mengenal pasti kelemahan pelajar tahun 6 dalam aspek tatabahasa. 2. Merangka tindakan pembaikan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam tatabahasa Bahasa Tamil. 3. Meningkatkan keberkesanan penggunaan tatabahasa Bahasa Tamil dalam usaha meningkatkan keupayaan, kemahiran dan pencapaian pelajar dalam Bahasa Tamil. 4. Guru-guru menilai keberkesanan penggunaan permainan bahasa dalam meningkatkan prestasi murid dari segi pengguasaan tatabahasa Bahasa Tamil.

PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian adalah seperti berikut :i. ii. Apakah kelemahan pelajar dalam tatabahasa Bahasa Tamil? Apakah cara-cara yang berkesan untuk pelajar menguasai tatabahasa Bahasa Tamil? iii. Sejauh manakah keberkesanan Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Tamil?

KUMPULAN SASARAN Saya memilih murid Tahun 6 Kluster sebagai kumpulan sasaran dalam mengkaji masalah

penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil. Murid-murid kelas ini agak lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil . Boleh dikatakan bahawa hampir keseluruhan murid kelas ini tidak boleh menjawab soalan tatabahasa Bahasa Tamil. Saya sebagai Guru Bahasa Tamil menghadapi masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil. Oleh kerana murid lemah dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil, maka saya tidak boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Maka saya terpaksa menjalankan kelas pemulihan. Inilah yang menyebabkan saya memilih kelas dan tajuk ini bagi menjalankan kajian tindakan ini.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk dan kaedah kajian

Kaedah kualitatif akan digunakan untuk menghuraikan proses menguasai tatabahasa Bahasa Tamil di kalangan murid-murid sekolah rendah Tamil. Di samping itu, cara-cara yang digunakan oleh guru untuk menguasai tatabahasa Bahasa Tamil akan dijelaskan melalui data temu bual semi berstruktur. Manakala kaedah kuantitatif mudah akan digunakan untuk mengira jumlah dan peratusan keberkesanan menguasai Tatabahasa Bahasa Tamil.

Instrumen kajian

Teknik Mengumpul Data

Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian ini diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan saya gunakan iaitu:

I.

Pemerhatian

Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian, saya melihat-lihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapat merapatkan diri dengan murid di samping memerhati cara menjawab soalan-soalan berdasarkan tatabahasa Bahasa Tamil.

II.

Temu Bual

Saya juga menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara saya dengan guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Tamil serta murid-murid tahun 6 untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Sebagai pengaji, saya menemu bual murid-murid tahun 6 tentang pendapat atau pemahamannya tentang tatabahasa BahasaTamil yang dilaluinya.

III.

Borang soal selidik

Borang soal selidik akan digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kefahaman responden dalam tatabahasa Bahasa Tamil. Item-item yang dibina terdiri daripada jawapan berbentuk pilihan tunggal dan bebas. Pengkaji akan menggunakan kaedah menjawab soal selidik secara kertas-pensel dalam kajian ini. Soal selidik terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A berkaitan dengan data demografi responden. Manakala bahagian B melibatkan maklumat kefahaman responden dalam tatabahasa Bahasa Tamil.

Teknik Menganalisis Data

Data yang saya perolehi terutamanya data dokumen iaitu hasil kerja murid dalam bentuk tulisan, saya analisis berdasarkan carta yang dinamakan The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwritng. Carta ini boleh disediakan berdasarkan kefahaman responden mengenai tatabahasa Bahasa Tamil melalui instrument pemerhatian, temu bual dan borang soal selidik.

Ujian Pra Dijalankan untuk mendapatkan data pelajar yang tidak mahir dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Tamil. Soalan tatabahasa ini merangkumi tajuk-tajuk seperti kata hubung, kata kerja, kata nama dan kata tanya.

Ujian Pasca

Dijalankan

untuk mendapatkan data pelajar untuk mengetahui sama ada pelajar benar-benar

memiliki kemahiran tatabahasa setelah beberapa tindakan telah diambil. Soalan tatabahasa ini merangkumi tajuk-tajuk seperti seperti kata hubung, kata kerja, kata nama dan kata tanya.

LANGKAH - LANGKAH TINDAKAN

Tindakan pertama ialah penyediaan ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra akan diadakan pada masa yang sesuai. Guru bahasa dan ketua panitia Bahasa Tamil berganding bahu dalam menyediakan ujian-ujian ini. Setelah dikaji tentang keputusan ujian pra, maka guru dapat memahami tentang kelemahan murid dalam penguasaan tatabahasa. Guru telah menjalankan beberapa tindakan untuk mengatasi kelemahan tatabahasa murid dalam Bahasa Tamil. Permainan bahasa dipilih sebagai alat yang penting dalam mengatasi kelemahan murid. Antara permainan bahasa yang dipilih ialah kuiz , mencantum kad dan latih tubi.

PENUTUP

Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang baik jika dijalankan di peringkat sekolah. Kajian ini bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi pelajar tetapi dapat juga memperbaiki teknik pangajaran dan pembelajaran guru-guru.

Penyelidik berbangga dapat menjalankan kajian tindakan ini pada gelungan pertama.

Oleh yang demikian, penyelidik berharap dapat meneruskan penyelidikan ke gelung yang kedua pada masa akan datang dan akan cuba menerapkan dalam tajuk lain yang akan diajar. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada penyelidik sebagai tenaga pengajar yang bertanggungjawab untuk melihat kejayaan pelajarnya dalam bidang bahasa.

You might also like