You are on page 1of 2

TUGASAN REKA BENTUK MANUAL EKSPERIMEN

KAEDAH SATU

TAJUK Respirasi

HASIL Menerangkan proses respirasi anaerob dalam yis.


PEMBELAJARAN
BAHAN DAN RADAS Ampaian yis 5%, larutan glukosa 5%, minyak parafin, air kapur, tabung
uji, tabung didih, termometer, salur penghantar dengan penutup gabus
berlubang, bikar dan silinder penyukat.

ARAHAN KEPADA A. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan


MURID dan radas serta langkah-langkah seperti berikut :
1. Didihkan larutan glukosa 5% dalam bikar. Biarkan larutan
menjadi sejuk.
2. Isi tabung didih A dengan 5ml ampaian yis hidup dan 15ml
larutan glukosa yang telah didihkan.
3. Isi tabung didih B dengan 15ml larutan glukosa yang telah
didihkan.
4. Tambahkan sedikit minyak parafin ke dalam kedua-dua
tabung didih.
5. Tutup setiap tabung didih dengan penutup gabus berlubang
yang mempunyai satu jalur penghantar.
6. Isi kedua-dua tabung uji dengan 2ml air kapur. Masukkan
salur penghantar ke dalam setiap tabung uji.
7. Rekod suhu awal kandungan di dalam kedua-dua tabung
didih.
8. Biarkan susunan radas selama satu jam.
9. Selepas satu jam, rekodkan perubahan suhu dan warna air
kapur.
10. Buka penutup gabus untuk mengesan bau yang terbebas
daripada tabung didih.
11. Rekod keputusan dalam jadual.

B. Berdasarkan aktiviti yang telah anda jalankan, tuliskan laporan


eksperimen yang mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Tujuan
2. Pernyataan Masalah
3. Hipotesis
4. Pemboleh Ubah
a) Manipulasi
b) Bergerakbalas
c) Dimalarkan
5. Bahan dan radas
6. Prosedur eksperimen
7. Penjadualan Data (Berdasarkan keputusan eksperimen,
tafsirkan data yang diperolehi ke dalam bentuk yang sesuai)
8. Analisis Data
9. Kesimpulan Eksperimen

C. Terangkan bagaimana anda dapat menghubungkaitkan keputusan


yang telah diperoleh untuk menunjukkan respirasi anaerob telah
berlaku dalam yis.
SENARAI SEMAK MENGENDALIKAN EKSPERIMEN

Menjalankan Persembahan Data Pentafsiran Data/Graf Penulisan Laporan


Eksperimen
Penyusunan radas & Penjadualan Data Graf ☐Tujuan
bahan ☐Tajuk ☐ Pernyataan Masalah
☐Lajur, baris, tajuk dan ☐Paksi dengan unit ☐Hipotesis
☐Menyusun radas dan unit ☐Skala sekata ☐Pemboleh Ubah
bahan dengan betul ☐saiz bar sama ☐ Bahan & Radas
☐Pemboleh ubah ☐Kekemasan ☐Prosedur
☐Melabel radas & bahan ☐Penjadualan Data
☐Sistematik, kualiti dan ☐ C1 ☐Analisis Data
Penggunaan radas & pengiraan ☐Kesimpulan
bahan

☐ Mendidihkan larutan
glukosa 5% dalam
bikar

☐ Menambahkan
sedikit minyak parafin
ke dalam tabung didih

Pengumpulan Data

☐Merekodkan suhu
awal dan suhu akhir
air

☐Merekodkan
pemerhatian
perubahan warna air
kapur

☐ Merekodkan
perubahan bau yang
terbebas daripada
tabung didih

Pembersihan dan
pelupusan sisa

☐Membersihkan radas
dan melupuskan bahan
sisa

You might also like