You are on page 1of 11

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Comprehensive Programme for Science (CoPS)


Soalan

Mata Pelajaran Sains


Inkuiri Pengesahan 1
Tajuk : Daya geseran
Hasil pembelajaran : Dalam unit ini, pelajar dapat
i. Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi geseran iaitu:
● jenis permukaan
ii. Menjelas dengan contoh kesan daya dengan menjalankan aktiviti:

Hipotesis
Semakin kasar permukaan semakin lama masa yang diambil oleh kereta mainan
untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan
Jalankan ujikaji untuk membuktikan kenyataan di atas.

Bahan dan radas : 1 kereta mainan, 1 landasan kayu, 3 helai tuala good morning (bilangan tuala
bergantung kepada panjang landasan dan kain tuala boleh digantikan dengan bahan yang
mempunyai jenis permukaan yang kasar), 1 jam randik, 1 pembaris (1m), 1 kotak tisu
terpakai (seboleh-bolehnya kotak yang kecil dan lembut), 1 gulung pita pelekat

A. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk menguji pernyataan di atas:


Aktiviti
1. Sediakan landasan seperti rajah di bawah.

2. Tetapkan jarak Y ke Z sepanjang 150cm.


3. Lekatkan kotak tisu pada posisi Z.
4. Lepaskan kereta mainan dari garisan permulaan landasan X.
5. Catatkan masa (X ke Z) yang dilalui oleh kereta mainan tersebut.
6. Tukarkan permukaan landasan dengan kain tuala dan ulang seperti langkah 4 dan 5.
7. Rekodkan pemerhatian anda dalam bentuk jadual.

B. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi dalam aktiviti yang dijalankan, nyatakan


i. Apakah yang terjadi kepada kotak apabila terkena kereta mainan yang bergerak
laju?
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Comprehensive Programme for Science (CoPS)
Soalan

ii. Berdasarkan pemerhatian pada aktiviti yang dijalankan, nyatakan 3 kesan daya.

iii. Nyatakan jenis permukaan yang boleh menyebabkan kereta mainan bergerak lebih
jauh? Berikan penjelasan anda.

iv. Pada permukaan jenis apakah kereta mainan mengambil masa paling lama untuk
sampai ke jarak yang ditetapkan? Berikan penjelasan anda.

C. Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincangkan


permasalahan berikut:
i. Ahmad dan Lim berlumba menggunakan kereta mainan masing-masing di atas
permukaan simen yang kasar. Apa yang perlu mereka lakukan untuk meningkatkan
kelajuan kereta mainan mereka?

ii. Siti dan Sathi hanya mempunyai satu landasan yang panjang untuk menguji
kelajuan kereta masing-masing. Jelaskan bagaimanakah caranya Siti dan Sathi
boleh menentukan kereta siapakah yang paling laju.

D. Pentaksiran
1. Kirakan kelajuan kereta mainan di atas permukaan kain tuala.

2. Kirakan kelajuan kereta mainan di atas permukaan landasan kayu.

3. Nyatakan hubungan antara pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah


bergerakbalas dalam aktiviti tersebut.

4. Nyatakan KPS yang terlibat dalam semua aktiviti di atas.

Mata Pelajaran Sains


Inkuiri Pengesahan 2
Tajuk : Asid dan alkali
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Comprehensive Programme for Science (CoPS)
Soalan

Hasil pembelajaran : Dalam unit ini, pelajar dapat


i. Mendefinisi secara operasi bahan berasid, beralkali dan neutral dari segi perubahan
warna kertas litmus.
ii. Mengitlak sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari aspek perubahan warna
kertas litmus, rasa, dan sentuhan dengan menguji beberapa contoh bahan
iii. Memberi contoh bahan berasid, beralkali dan neutral berdasarkan perubahan warna
kertas litmus.
Hipotesis:
Bahan berasid menukarkan kertas litmus biru ke merah manakala bahan beralkali
menukarkan kertas litmus merah ke biru.
Buktikan bahawa kenyataan di atas adalah tepat.

Bahan dan radas : 1 set kertas litmus merah, 1 set kertas litmus biru, 1l larutan gula, 1l air
kopi, 500ml air mineral, 10 biji limau, 100ml detergen, 1 botol ubat gigi bersaiz kecil, 100ml
cuka, 100ml larutah garam, 9 piring petri, 1 tin coca cola, 1 set kertas turas, 9 batang penitis,
rod kaca

A. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan dan radas serta


langkah-langkah seperti berikut:
1. Masukkan larutan yang disediakan ke dalam piring petri.
2. Labelkan piring petri berdasarkan larutan yang digunakan.
3. Uji larutan tersebut dengan kertas litmus merah dan kertas litmus biru.
4. Catatkan pemerhatian kamu dalam bentuk jadual.

Jenis bahan Perubahan warna kertas litmus


Merah Biru
Larutan gula
Air kopi
Air mineral
Air limau
Detergen
Ubat gigi
Cuka
Larutan garam
Coca cola

B. Berdasarkan ekpserimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan eksperimen yang
mengandungi perkara-perkara berikut:
1) Tujuan
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Comprehensive Programme for Science (CoPS)
Soalan

2) Kelaskan bahan tersebut kepada asid, alkali dan neutral dalam jadual yang disediakan
di bawah
Asid Alkali Neutral

3) Pembolehubah
i. Dimanipulasi

ii. Bergerakbalas

4) Nyatakan definisi secara operasi bagi bahan berasid.

5) Nyatakan definisi secara operasi bagi bahan beralkali.

6) Nyatakan definisi secara operasi bagi bahan beralkali

7) Nyatakan kesimpulan bagi asid dan alkali berdasarkan ujikaji yang dijalankan.

C. Pentaksiran
1. Senaraikan sejenis bahan berasid, sejenis bahan beralkali dan sejenis bahan neutral.
i. Berasid :
ii. Beralkali :
iii. Neutral :

2. Gastrik dikatakan terjadi disebabkan keadaan perut yang berasid. Namakan satu jenis
makanan yang sesuai dimakan jika terkena gastrik.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Comprehensive Programme for Science (CoPS)
Soalan

3. Nyatakan sifat kimia bahan bagi 10ml air limau yang yang dicampurkan dengan 90ml air
mineral dan 10ml larutan gula. Jelaskan jawapan anda berdasarkan prinsip sains yang telah
dipelajari.

4. Nyatakan KPS yang terlibat dalam semua aktiviti di atas.

Mata Pelajaran Sains


Inkuiri Berstruktur 1
Tajuk : Pengembangan dan Pengecutan
Hasil pembelajaran : Dalam unit ini, pelajar dapat
i. Menyatakan bahan mengembang apabila menerima haba dan mengecut
apabila kehilangan haba melalui aktiviti yang dijalankan
ii. Menaakul kepentingan aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan
bahan dalam kehidupan seharian
Hipotesis
Bahan mengembang apabila menerima haba dan mengecut apabila kehilangan haba
Jalankan ujikaji untuk membuktikan kenyataan di atas.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Comprehensive Programme for Science (CoPS)
Soalan

Bahan dan radas : 2 basin, 2l air panas, 2l air pili, 1 biji belon, 1 set bebola dan gelang, 1 cerek
elektrik, basin, 1 botol kaca, 1 kotak mancis, 1 penunu bunsen

A. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk menguji pernyataan di atas:


Aktiviti 1
1. Sediakan dua buah bekas iaitu bekas A dan bekas B yang masing-masing mengandungi
air panas dan air pili

2. Ikatkan belon pada permukaan botol kaca dan masukkan botol kaca tersebut ke dalam
bekas A. Perhatikan apa yang berlaku.
3. Kemudian masukkan botol yang sama ke dalam bekas B. Perhatikan apa yang berlaku.
4. Catatkan keputusan ujikaji dalam bentuk jadual.

Aktiviti 2
1. Gunakan set peralatan bebola dan gelang seperti di bawah.

2. Masukkan bebola ke dalam gelang. Perhatikan apa yang berlaku.


3. Panaskan bebola tersebut dengan menggunakan penunu Bunsen dan masukkan bebola
ke dalam gelang. Perhatikan apa yang berlaku.
4. Rendam bebola tersebut ke dalam air.
5. Masukkan bebola ke dalam gelang dan perhatikan apa yang berlaku.
6. Catatkan keputusan ujikaji dalam bentuk jadual.

B. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi dalam aktiviti 1, nyatakan


i. Apakah yang diperhatikan apabila botol kaca dimasukkan ke dalam basin yang berisi
air panas?

ii. Apakah yang diperhatikan apabila botol kaca dimasukkan ke dalam basin yang berisi
air pili?

iii. Nyatakan kesimpulan bagi ujikaji tersebut.


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Comprehensive Programme for Science (CoPS)
Soalan

C. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi dalam aktiviti 2, nyatakan


i. Apakah yang diperhatikan apabila bebola dipanaskan? Kenapa?

ii. Apakah yang diperhatikan apabila bebola disejukkan? Kenapa?

iii. Nyatakan kesimpulan bagi ujikaji tersebut.

D. Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincangkan


permasalahan berikut:
i. Emak meminta Hairi untuk memasang dawai pada dua buah tiang untuk menyidai
baju pada siang hari. Menggunakan prinsip pengembangan dan pengecutan,
bagaimanakah sepatutnya wayar itu dipasang oleh Hairi dan berikan inferens bagi
jawapan anda.

ii. Lukiskan keadaan wayar yang dipasang oleh Hairi.

Pentaksiran
1. Rajah di bawah menunjukkan keadaan 2 biji gelas kaca.

Apa yang perlu dilakukan oleh Ah Lok untuk memisahkan kedua-dua gelas tersebut.

2. Jamal dan Mohan bermain ping pong di rumah Jamal. Semasa hendak mengambil bola
ping pong yang terjatuh, Jamal terpijak bola ping pong tersebut. Apa yang perlu dilakukan
oleh Jamal untuk mengatasi masalah tersebut. Kenapa?
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Comprehensive Programme for Science (CoPS)
Soalan

3. Termometer adalah alat yang digunakan untuk mengukur suhu. Semasa mengambil suhu
sesuatu bahan didapati bahawa cecair yang terdapat di dalam termometer tersebut menaik
atau menurun. Jelaskan.

4. Nyatakan KPS yang terlibat dalam semua aktiviti di atas.

Mata Pelajaran Sains

Inkuiri Berstruktur 1

Tajuk : Pergerakan Bumi

Hasil pembelajaran : Memerihalkan putaran Bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang
dan malam perubahan kedudukan matahari dan perubahan saiz bayang-bayang.

A. Bahan-bahan
1 lampu suluh, 1 batang pencungkil gigi, 1 kotak kecil blu tack / plastisin, 1 biji glob, kertas A4

B. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan dan radas serta


langkah-langkah seperti berikut:

1. Susun radas seperti rajah di bawah.


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Comprehensive Programme for Science (CoPS)
Soalan

2. Tandakan satu kedudukan pada glob menggunakan kayu pencungkil gigi. Lekatkan
kayu pencungkil gigi tersebut menggunakan blu tack / plastisin. Pastikan kedudukan
hujung kayu pencungkil tersebut betul-betul menghadap lampu suluh tersebut.
3. Putarkan glob sebanyak 45°. Perhatikan apa yang berlaku.
4. Ulang langkah 3 sebanyak 3 kali dan perhatikan apa yang berlaku untuk setiap putaran
tersebut.

C. Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi, perihalkan apa yang berlaku apabila bumi
berputar pada paksinya.
i.
ii.
iii.
iv. Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincangkan
permasalahan berikut:

Puan Natrah bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Setiap hari dia akan menjemur
pakaian yang dibasuhnya di halaman rumahnya yang berbumbung. Merujuk rajah di atas, di
kedudukan manakah paling sesuai bagi Puan Natrah menjemur pakaian tersebut? Berikan
alasan anda.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Comprehensive Programme for Science (CoPS)
Soalan

D. Pentaksiran
1. Pada masa bilakah saiz bayang-bayang paling pendek? Berikan inferens bagi keadaan
tersebut.

2. Apakah yang akan berlaku jika bumi tidak berputar?

3. . Bayang-bayang terbentuk jika dihalang oleh sesetengah objek, manakala bayang-


bayang tidak kelihatan walaupun dihalang oleh sesetengah objek yang lain.

Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan:


i. Pembolehubah dimanipulasi

ii. Pembolehubah bergerakbalas

iii. Pembolehubah dimalarkan

iv. Nyatakan keadaan bahan yang menyebabkan bayang-bayang tidak kelihatan.

4. Zaini bekerja syif bermula pukul 10.00 pagi di Kentucky Fried Chicken Samarahan pada hari
Isnin. Dia bekerja syif selama 8 jam. Di manakah kedudukan matahari apabila dia tamat
masa bekerja?

Berikan alasan bagi jawapan yang diberikan.


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Comprehensive Programme for Science (CoPS)
Soalan

You might also like