You are on page 1of 4

LAPORAN AKTIVITI

Nama Aktiviti / Program : Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah


Tarikh : 18 Januari 2017
Masa : 7:45 pagi 9:45 pagi
Tempat: Sekitar Sekolah SK Kuala Klawang dan Kampung Sawah Liat
Sasaran / Penyertaan : Semua murid SK Kuala Klawang
Objektif : 1) Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas
desa sebagai acara tahunan.
2) Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan
bagi membentuk individu yang cergas.
3) Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga Sekolah
Kebangsaan Kuala Klawang dalam mengendalikan acara yang
memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.
4) Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga Sekolah
Kebangsaan Kuala Klawang tentang alam sekitar
5) Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta
semangat berjuang dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan
6) Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat
daerah.

Aktiviti : 1) Taklimat Kejohanan kepada Pegawai-pegawai Kejohanan oleh


Penolong Pengerusi Teknik di kantin.
2) Taklimat Kejohanan kepada Peserta oleh Pengurus Kejohanan
di tapak perhimpunan

3) Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point, Pasukan


Keselamatan dan Kawalan Lalu Lintas serta Pasukan
Kecemasan ke check point dan stesen masing-masing

4) Sesi memanaskan badan dan tunjukcara serta arahan ke


garisan permulaan

5) Acara dimulakan dan dilepaskan mengikut Kategori


Perempuan bawah 10 tahun
Lelaki bawah 10 tahun
Perempuan bawah 12 tahun
Lelaki bawah 12 tahun
6) Ucapan Guru Besar dan Penyampaian Hadiah

Ulasan : Pertandingan Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan


di sekolah. Merentas desa ini merupakan acara tahunan sekolah di
sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan
boleh disertai oleh semua pelajar. Ia juga memberikan peluang kepada
pelajar untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku
persekolahan. Murid-murid akan dilepaskan secara berperingkat-
peringkat dan akan melalui checkpoint untuk mengambil getah atau
reben mengikut kategori.
Kekuatan : 1) Sokongan daripada pihak pentadbir, pihak polis yang menjaga
lalulintas,ibubapa dan penduduk kampung sekitar Kampung
Sawah Liat.
Kelemahan : 1) Pemenang dikira sehingga kedudukan ke 10 sahaja.
2) Jarak hanya sekitar 1.5 km sahaja.

Penambahbaikan : 1) Menambah bilangan hadiah bagi memberi peluang dan


semangat kepada murid-murid yang lain.
2) Menambah jarak trek laluan supaya murid dapat membiasakan
jarak di peringkat daerah.
Lampiran : Sila lihat disebelah (gambar)

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.. ..
(SITI ZALWANIZA BT WAN CHEK)
Setiausaha Kokurikulum,
Sek. Keb. Kuala Klawang
Gambar sekitar Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah

You might also like