You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

SK PERMAS KELAPA

Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2022/2023

Tarikh : 21 Mac 2022 (Isnin)

Masa : 1:30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Permas Kelapa

Hadir

1. Tn. Hj. Mohd Khairuddin bin Hj. Saadon


(Guru Besar SK Permas Kelapa)

2. En. Abd Latif bin Buang


(GPK Pentadbiran)

3. Cik Eali Azian binti Sonwahsi


(GPK Hal Ehwal Murid)

4. Pn. Siti Zubaidah binti Abd Jalil


(GPK Ko-kurikulum)

5. Pn. Nur Adilah binti Hamidon - Pengerusi

6. Pn. Habshah binti A. Rahim

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Kata Alu-aluan

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan surah al-


fatihah dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru
kerana hadir pada mesyuarat kali ini.

1.2 Ucapan guru besar Tn. Hj. Mohd Khairuddin bin Hj. Saadon
mengenai pelaksanaan pengurusan sekolah kerana pandemik
covid-19 yang masih ada. Guru-guru juga dinasihat supaya
mengikut segala SOP yang telah ditetapkan dan sentiasa
berwaspada dalam mengambil tindakan sepanjang tempoh
Pdpc dilaksanakan.

Makluman

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Tiada

III. PENGURUSAN GURU PANITIA SAINS

1. Guru-guru menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan


mengikut pendekatan terbeza bagi merapatkan jurang antara
murid yang dalam kumpulan TP1-TP3 dan TP4-TP6
2. Jadual waktu yang dikeluarkan mengikut saranan kpm yang
terkini iaitu 4 subjek dalam satu hari bagi mengurangkan beban
murid membawa buku ke sekolah.

Makluman

IV. PENATARAN PENCAPAIAN MURID SESI 2021/2022

1. Pembentangan data PBD


1.1 Tahap satu menunjukkan 17 orang murid berada dalam
kumpulan TP1-TP3
1.2 Antara factor yang menyumbang kepada bilangan ini
adalah jumlah murid cicir yang tidak ditaksir. Oleh itu,
guru-guru perlu menerangkan kepada murid kepentingan
untuk hadir untuk sesi pdpc di sekolah.

2
1.3 Kumpulan ini akan diberi perhatian dengan pendekatan
terbeza melalui sukatan pelajaran terkini. Guru-guru boleh
mengaitkan pembelajaran terdahulu melalui tema yang
sesuai.
1.4 Penguasaan kemahiran proses sains (kps) dan
kemahiran manipulative sains (kms) boleh diperoleh
melalui program besar di bawah aktiviti panitia yang
dibantu oleh guru-guru yang lain

Makluman

V. CATCH-UP PLAN (CUP) 3

1. Take off value (TOV) untuk catch-up plan (CUP) 3


2. Perancangan program catch-up plan (CUP) 3 dalam aktiviti panitia
bagi penggal pertama sesi 2022/2023
3. Pelaksanaan program akan disesuaikan dengan calendar aktiviti
sekolah.

Makluman
VI. HAL-HAL LAIN

1. Anggaran Belanja Mengurus

1.1 Guru perlu merancang aktiviti tahunan berdasarkan


belanjawan yang telah ditetapkan

1.2 belanjawan juga hendaklah digunakan sebaiknya dalam


meningkatkan penggunaan bilik Sains.

1.3 Aktiviti tahunan perlulah dirancang dengan baik. Aktiviti


yang sedikit tetapi kualiti program sampai dan memberi kesan
kepada murid terutamanya penggunaan ilmu pengetahuan dalam
pdpc Sains.

1.4 Wang perbelanjaan sebanyak RM453.72 diberi kepada


panitia.

3
1.5 borang nota minta atau anggaran hendaklah diserahkan
kepada En Amin

2. Penggunaan Bilik Sains

2.1 Penggunaan bilik sains perlu direkodkan.

2.2 Isi buku penggunaan bilik khas sekiranya masuk atau


mengambil radas dalam bilik Sains.

3. Pelaksanaan Penilaian Bilik Darjah (PBD) dalam pdpc Sains


pengajaran harian bagi memudahkan proses pengrekodan.

3.1 Rekod PBD akan dikumpulkan 2 kali setahun.

3.1.1 kali pertama pada Julai 2021

3.1.2 kali kedua selepas November 2021

4. Pengurusan fail panitia

4.1 Merancang aktiviti tahunan mengikut takwim sekolah.

4.2 Mengisi borang maklumat guru panitia Sains

4.3 Mengumpul Rancangan Pengajaran Tahunan bagi tujuan


pengesahan.

4.4 membuat keputusan mengenai format Rancangan


Pengajaran Harian mengikut konsep pdpc Abad ke – 21 (simpan
dalam fail) .

VI. PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:00 petang

Makluman

4
Bahagian Pengurusan Panitia Sains
SK Permas Kelapa
23 Mac 2022

You might also like