You are on page 1of 2

Minit Curai Kursus / mesyuarat / seminar / taklimat yang dihadiri oleh guru atau staf sokongan

(hendaklah diisi dalam 3 salinan : 1 salinan diserahkan kepada pengetua, PK/HEM/PP dan Fail GKMP)

Nama Guru Tajuk Penganjur Tarikh Tempat

: Cik Siti Amirah binti Mohamad : Taklimat PBS PAJSK dan Sistem Pengurusan Fail PBS : SMK Seri Selayang : 2 Mei 2012 : Bilik Mesyuarat SMK Seri Selayang Tindakan Penyelaras PAJSK, Guru Subjek PJPK, Guru Penasihat Unit Beruniform, Guru Penasihat Kelab/ Persatuan, Guru Penasihat Sukan dan Guru Tingkatan .

Bil Dapatan 1. Taklimat PBS PAJSK (Puan Noor Azwa Bt Mohamed Noor) Mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan taklimat. Memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah dan pembahagiannya kepada Akademik dan Bukan Akademik. PAJSK ialah PBS dibawah bukan akademik. Iaitu merangkumi 5 item: i. PJPK ii. SEGAK iii. Sukan iv. Kokurikulum v. Ekstra Kokurikulum : NILAM, Khidmat Masyarakat, Perkhidmatan dan anugerah badan-badan lain. Bagi pengiraan markah dalam PAJSK hanya markah yang tertinggi akan diambil kira bagi setiap murid. Markah keseluruhan bagi PAJSK adalah 110 iaitu 50 markah untuk penglibatan, 40 markah untuk penyertaan dan 20 markah untuk prestasi. Kesimpulannya PAJSK adalah penilaian keseluruhan bagi aktiviti bukan akademik murid. 2. Taklimat Pemfailan Setiap Matapelajaran (Puan Noor Azwa Bt Mohamed Noor) Segala evidens perlu disimpan dalam fail dan bilik fail khas PBS untuk penyimpanan semua subjek. Evidens merupakan bahan bukti yang menunjukkan murid telah melaksanakan tugasan untuk setiap matapelajaran, contohnya dalam bentuk tulisan, foto dan sebagainya. Untuk penyimpanan evidens, terbahagi kepada dua fail iaitu: i. Fail Perkembangan Murid (FPM) : iaitu setiap subjek perlu ada satu fail. Segala evidens dimasukkan ke dalam FPM dan diserahkan kepada murid setelah direkod dalam SPPBS

Setiausaha PBS Guru Subjek GKMP Ketua Panitia Guru Tingkatan

ii. Fail Showcase : iaitu menyimpan evidens yang terbaik untuk dijadikan contoh. Satu fail showcase disediakan mengikut 4 bidang iaitu Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Matematik, Bidang Kemanusiaan dan Bidang Teknik Vokasional. Dokumen Instrumen Contoh (DIC) perlu disediakan untuk setiap matapelajaran bagi memudahkan guru membuat salinan fotokopi. Guru Subjek GKMP Ketua Panitia Guru Tingkatan

3.

Dialog dan maklum balas Persoalan mengenai penempatan bilik fail PBS dipersetujui ditempatkan di bilik Setiausaha Peperiksaan. Mengenai pemantauan fail Puan Nooruslaini selaku pengerusi mesyuarat menetapkan: i. FPM Guru Subjek ii. Fail Showcase Guru Subjek iii. DIC Ketua Panitia iv. PAJSK Guru Tingkatan Perkara ini dipersetujui oleh semua guru dan pengerusi meminta guru menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertindak dengan pantas.

Disediakan oleh, Nama Tarikh : Siti Amirah bt Mohamad : 10 Mei 2012

Serahkan bahan / dapatan kepada pengetua untuk tindakan.

You might also like