You are on page 1of 18

Jemaah Nazir Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia


“ Penubuhan PMP adalah berdasarkan Surat
Pekeliling Ikhtisas KP. Bil. 4/1986 yang
menegaskan pentingnya penubuhan panitia mata
pelajaran di sekolah-sekolah bertujuan
menggembeling tenaga pengajar dalam
menyelaras aktiviti dan tugas mengajar melalui
strategi P&P yang berkesan.”
 Merancang dan menyelaraskan pengurusan
mata pelajaran .
 Meningkatkan mutu dan keberkesanan P&P.
 Berusaha mendapatkan strategi-strategi
pengajaran yang inovatif dan kreatif
mengikut perkembangan pendidikan semasa.
 Memperbaiki prestasi murid dalam
peperiksaan sekolah dan awam dalam mata
pelajaran.
 Mewujudkan kerjasama di antara panitia m.p
dengan Persatuan .
 Memperolehi sukatan pelajaran semasa dan
menyediakan rancangan pelajaran yang
diselaraskan mengikut keperluan sesuatu
kelas/tahun.
 Memilih dan mencadangkan buku-buku teks
dan rujukan yang sesuai kepada pentadbir
sekolah untuk digunakan oleh murid-murid.
 Menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan
pembelajaran dan merancang
penggunaannya.
 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan
peperiksaan sekolah dengan menubuhkan
Bank Soalan.
 Menganalisis keputusan peperiksaan dan
mengambil langkah mengatasi kelemahan
murid dan P&P guru.
 Menjalankan aktiviti perkembangan staf
peringkat panitia berkaitan profesionalisme
perguruan.
 Membantu guru baru dalam perkara ikhtisas.
 Menentukan bilangan minimum latihan-
latihan yang diberi dari segi
jenis/kepelbagaian. Pastikan latihan disemak
secara konstruktif dan kemaskini.
 Bekerjasama dengan persatuan akademik
untuk tingkatkan prestasi pembelajaran murid
dalam mata pelajaran .
 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk
pelaksanaan kurikulum.
 Merancang program khas murid bermasalah
 Menguruskan fail-fail rasmi panitia di pejabat
sekolah secara kemaskini dan berterusan.
 Menjalankan mesyuarat panitia mata
pelajaran secara formal.
Perkara-Perkara Yang
Perlu Diberi Perhatian
Oleh Panitia Mata
Pelajaran Berkaitan
Dengan Mesyuarat
Panitia
• Mesyuarat perlu diadakan secara
berkala, sekurang-kurangnya sekali
dalam sepenggal.
• Setiap mesyuarat perlu ada agenda
tertentu yang mengandungi, antaranya
perkara-perkara berikut:
i. Ucapan pengerusi
ii. Membincang dan meluluskan minit
mesyuarat lalu
iii. Perkara-perkara berbangkit
iv. Membincangkan isu/masalah profesional
berkaitan P&P Mata Pelajaran
v. Membincangkan perkembangan/perubahan
kurikulum sekolah.
• Mengadakan mesyuarat pada masa /
tarikh yang dijadualkan dalam takwim
sekolah.
• Salinan minit mesyuarat perlu diedarkan
dan dimiliki oleh semua ahli panitia, GPK
dan .GB.
• Setiap salinan minit mesyuarat
hendaklah dimasukkan ke dalam fail
rasmi sekolah
Ketua Panitia berperanan membuat
tindak ikut untuk mengesan keberkesanan
pelaksanaannya.
PENGURUSAN
FAIL/DOKUMEN
PANITIA MATA PELAJARAN
SISTEM FAIL

Nombor Rujukan Fail


KURIKULUM - 06

Panitia – 06/04
06/04/001 – Bahasa Melayu
06/04/002 – Bahasa Inggeris
06/04/003 -- Sejarah
06/04/004 - Matematik
 01- Maklumat Guru Panitia dan Jadual Waktu
 02- Surat Menyurat Panitia (surat-surat
dihantar dan diterima)
 03- Minit Mesyuarat Panitia
 04- Rancangan dan Aktiviti Panitia
 05- Analisis Peperiksaan UPSR/Pep. Sekolah
 06- Pencerapan Guru-Guru/Penyemakan Buku
Latihan
 07- Rancangan Tahunan/Huraian Sukatan
Pelajaran-guna ‘box file’
 08- Kertas-kertas soalan UPSR/Pep. Sekolah-
guna ‘box file’.
 09 - Buku Stok (Inventori
ABM/BBM/Buku Rujukan.
 010 - Perkembangan Staf

Contoh:
Fail Maklumat Guru Panitia : 06/04/001/01
Fail Surat Menyurat : 06/04/001/02
Fail Minit Mesyuarat : 06/04/001/03

* Nama Panitia mesti ditulis pada muka depan


setiap fail.
Rekod kandungan fail panitia dicatat pada
sebelah dalam kulit hadapan-Kertas Minit.

Bil. Tajuk
1. Surat drp………….pth………………dmp
(pada tarikh)
(diminit pada)
2. Surat kpd……………pth………………dmp

*Surat diterima dari luar- Tulis dengan dakwat


MERAH
*Surat dihantar keluar-Tulis dengan dakwat
BIRU/HITAM.
 Fail ditutup apabila ketebalan fail sudah 1 inci atau
terdapat 100 kandungan/dokumen.
 Fail yang ditutup dilabel,

contoh: 06/04/001/02 – Jilid 1


 Tambahan fail baru dilabel,

contoh: 06/04/001/02 – Jilid 11


 Semua dokumen ditebuk lubang 1 inci
dari hujung atas di sebelah kiri dan
diikat dengan tali hijau.
 Setiap dokumen ditulis no. rujukan di
sebelah atas bahagian kanan
dokumen.
“ Selamat mengurus panitia anda
dengan berkesan “

You might also like