You are on page 1of 21

BIDANG TUGAS GURU

Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

1. Menjadi pengerusi panitia mata pelajaran.


2. Memastikan Sukatan Pelajaran yang diterima adalah betul dan mengedarkannya
kepada semua anggota panitia.
3. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran bagi merangka Rancangan Pengajaran Tahunan dan
Harian.
4. Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia untuk diedarkan kepada ahli
dan salinan kepada pengurusan sekolah.
5. Mengagih pembahagian tugas di antara anggota panitia mengenai penyediaan soalan-
soalan, ujian, peperiksaan bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
6. Merangka Takwim Panitia setahun – mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali
setahun.
7. Menentukan target mata pelajaran berasaskan peperiksaan akhir tahun.
8. Berusaha menambah BBM dan memastikan penggunaan yang maksimum dan
berkesan.
9. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran, rancangan, sukatan
pelajaran, ujian dan lain-lain.
10. Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia mata pelajaran.
11. Menyediakan maklumat serta laporan guru-guru dalam panitianya.
12. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran,rancangan/sukatan
pelajaran, ujian dan lain-lain.
13. Membantu dalam pengurusan,penyediaan peralatan Teknologi Pendidikan, Pusat
Sumber, Makmal dan bengkel.
14. Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah seperti
Projek UPSR dan sebagainya.
Bidang Tugas Jawatankuasa Program Khas Peningkatan UPSR

1. Mengenalpasti kumpulan pelajar.


2. Merancang ,mengurus ,dan menyelia program bimbingan.
3. Mewujudkan Projek Khas yang inovatif dan memberi kesan berganda.
4. Membuat penilaian/target mata pelajaran dan menentukan tindakan susulan.

Bidang Tugas Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran

1. Menyediakan Sukatan Pelajaran bagi setiap anggota.


2. Mencadangkan buku rujukan.
3. Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan.
4. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan.
5. Mengadakan mesyuarat panitia.
6. Menyedia dan menyebar alat bantuan mengajar.
7. Melaksanakan arahan dan keperluan sekolah,PPD,JPN,KPM.
8. Mengurus fail panitia dengan baik

Bidang Tugas Peperiksaan, Penilaian dan Pentaksiran

1. Menyedia takwim/Jadual peperiksaan yang seimbang dan adil serta mengedarkan.


2. Menyedia senarai pembuat soalan dan memastikan mutu dan keesahan soalan.
3. Mengurus peperiksaan dan memastikan keselamatan soalan.
4. Menganalisis dan melapur keputusan peperiksaan dalaman dan luaran.
5. Memberi taklimat terperinci kepada pelajar pengedaran borang pendaftaran peperiksaan
6. Menyedia, mengisi, menyemak borang kemasukan dan menghantar borang
peperiksaan ke JPN.
7. Menyedia /melengkapkan bilik-bilik peperiksaan.
Bidang Tugas Jawatankuasa Jadual Waktu

1. Menyediakan Jadual Waktu Induk sekolah/Persendirian dan Kelas.


2. Mengubah jadual waktu dari masa ke semasa mengikut keperluan.
3. Menyedia jadual waktu ganti guru yang tidak hadir sekolah

Bidang Tugas Guru Kelas

1. Pendaftaran pelajar, butiran penjaga yang kemas kini ke dalam jadual kedatangan.
2. Merekod kehadiran pelajar/,mengambil tindakan pelajar yang tidak hadir.
3. Memungut bayaran peralatan murid dan sebagainya.
4. Keprihatinan guru terhadap pelajar.
5. Keceriaan kelas -sentiasa bersih dan selamat.
6. Rekod data pelajar,peperiksaan,kad kemajuan ,profil murid dan sebagainya.
7. Pengumpulan maklumat pelajar (SPBT,Borang biasiswa dll)
Bidang Tugas Guru Mata Pelajaran

1. Mempunyai sebuah Fail Rekod Mengajar yang kemas kini dan menyerahkan kepada
Guru Besar pada masa yang ditetapkan setiap minggu.
2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan
mata pelajaran yang berkenaan.
3. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai,
iaitu dar segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap
penggal bagi tiap tahun.
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran
yang disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan
pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.
6. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar / wakilnya pada
masa yang dikehendaki.
7. Menjalankan ujian dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa. Merekodkan
soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
8. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.
9. Menjadi ahli dalam Panitia mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
10. Memastikan buku-buku panduan yang digunakan adalah diluluskan oleh KPM/JPN/PPD.
Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
dikeluarkan oleh KPM/JPN dan PPD.
11. Memastikan keselamatan pelajar di bilik darjah /makmal / PSS serta mengawasi
penggunaan peralatan.
12. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada
yang dikelolakan oleh KPM/JPN dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada
guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
13. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi
mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
14. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
15. Membantu menguruskan Bank Soalan dan membina JSU dan soalan ujian/peperiksaan.
Bidang Tugas Jawatankuasa BBM

1. Berusaha menambah alat-alat BBM dan memastikan penggunaannya secara


maksimum.
2. Mereka dan mengemas kini penggunaan peralatan BBM.
3. Mengadakan pertandingan reka cipta alatan BBM.
4. Mengkategorikan alatan BBM mengikut mata pelajaran.

Bidang Tugas Jawatankuasa Makmal Komputer

1. Menyelaras penggunaan komputer


2. Mengadakan kursus dalam berkaitan dengan penggunaan komputer
3. Berusaha mewujudkan Kelab Komputer Sekolah.
4. Melakukan kerja rawat pulih komputer.

Bidang Tugas Jawatankuasa Aset dan Inventori

1. Menyediakan dan menguatkuasakan peraturan penggunaan kerusi, meja, almari


dan sebagainya.
2. Menerima,mengagih dan menyimpan peralatan sekolah yang baru serta menghapus
kira peralatan yang lama mengikut prosedur.
3. Menyediakan bengkel baik pulih peralatan sekolah dan mengaktifkannya.
4. Menjaga stok dan inventori.
Bidang Tugas Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah

1. Menggubal polisi perpustakaan dan peraturan-peraturan penggunaannya.


2. Berusaha mendapatkan koleksi bibliografi, katalog buku-buku baru untuk diedarkan
kepada guru-guru bagi memilih buku-buku yang sesuai.
3. Mengurus dan mengemas kini kerja-kerja berikut:
-Merekodkan semua buku yang ada dalam perpustakaan dalam buku stok.
-Menggelas, mengkatalogkan dan memproses buku.
-Menyedia buku rekod penggunaan PSS
-Melantik Pengawas PSS dan menentukan tugas-tugasnya.
4. Merancang aktiviti tahunan perpustakaan seperti:
-Sudut Pameran
-Pameran buku baru
-Minggu/bulan PSS dan bulan membaca.
-Mengadakan pertandingan banyak membaca, mengulas buku.
-Membuat potongan akhbar.
-Mengadakan penerbitan seperti” ‘Berita Perpustakaan”
5. Membaikpulih buku-buku yang rosak dan menjilid.
6. Membuat hapus kira, menutup kira-kira akhir tahun dan membuat
anggaran belanjawan tahun berikutnya.
7. Menghias cantik PSS supaya menjadi “Gedung Ilmu”.

Bidang Tugas Jawatankuasa Pembangunan Staf

1. Melaksanakan kursus-kursus dalaman kepada guru-guru dan staf sokongan.


2. Bekerjasama dengan badan-badan luar bagi pembangunan kendiri guru dan kakitangan.
3. Membuat anggaran belanjawan bagi pembangunan staf.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG


Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang
belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan
pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar
pendidikan kebangsaan.

Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang,suatu bentuk program
yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara pelajar untuk
menghasilkan impak yang maksima. Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada
kecemerlangan pelajar,bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna
sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1: Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2: Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3: Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri.

3.0 DASAR
3.1: Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua aspek pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi diri dalam diri pelajar dari aspek
jasmani,rohani,mantel dan emosi .
3.2: Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan
dasar pendidikan kebangsaan.
3.3: Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.4: Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum
semasa.
3.5: Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik mestilah
diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1: Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat ( 4 ) kali setahun
mengikut standard piawaian jabatan pelajaran bagi membincangkan pengurusan dan
pelaksanaan,masalah dan isu kurikulum di sekolah.
4.2: Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di dalam Buku
Pengurusan Kualiti SPSK
4.3: Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat
mestilah disediakan dalam tempoh seminggu.
4.3: Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh
mesyuarat.
4.4: Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia
dan maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa.
4.5: Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap
pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Pihak Pentadbiran Sekolah beserta
Ketua-ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN


5.1: Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas
Bil 4 / 1986 .
5.2: Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan
bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu
semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk
saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk
memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengajaran.
5.3: Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR
dalam pengurusan prestasi mata pelajaran.
5.4: Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi
pengajaran yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para
pelajar untuk belajar dengan lebih baik.
5.5: Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat
kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir sebagai penasihat. Satu
salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Guru Besar melalui Setiausaha
Kurikulum.
5.8: Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan panitia sambil diselia oleh
ketua panitia.

6.0 SISTEM FAIL


6.1: Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
6.2: Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi – putih).
6.3: Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di
bawah pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah.

7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN


7.1: Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) - Sepuluh ( 10 ) Mata Pelajaran.
7.2: Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) -Tiga belas ( 14 ) Mata Pelajaran.

8.0. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


8.1: Sukatan Pelajaran ( SP ),Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP ),Rancangan Pelajaran
Tahunan ( RPT ) dan Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) adalah dokumen rasmi kurikulum
dan mestilah sentiasa dirujuk oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan
pembelajaran.
8.2: Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
8.3: Satu salinan DSKP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia.
8.4: Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga
mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,dengan itu
setiap guru harus mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata-mata
pelajaran yang diajar.
8.5: Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru
yang telah disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod
Mengajar .
8.6: Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah
mengikut format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran masing-
masing atau paling minimina mengikut pekeliling yang ditetapkan.
8.7: Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam Fail Rekod
Mengajar sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran. Oleh itu, Fail Rekod
Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap waktu pengajaran.
8.8: Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap
pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan penambahbaikan
pada masa hadapan.
8.9: Fail Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah setiap hari
Jumaat persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan disahkan.
8.10: Semua guru mesti membawa Fail rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas.
8.11: Setiap guru mestilah menghabiskan Sukatan Pelajaran sebelum bulan Oktober setiap
tahun.
8.12: Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada student centered /
berpusatkan murid dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT yang disediakan. Kualiti
pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan guru juga harus menguasai kaedah-kaedah
terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staf.

9.0. JADUAL WAKTU


9.1: Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
9.2: Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
9.3: Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
9.4: Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil.
9.5: Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu
9.6: Kelas Komputer untuk mata pelajaran teras diwujudkan setiap minggu dan jadual
penggunaan makmal komputer turut disediakan.
9.7: Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat
ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Guru Ganti .
Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh
pelajar semasa Jadual Waktu Ganti tersebut .Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan
dijalankan oleh guru ganti yang terpilih.
9.8: Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan oleh Pihak
Pentadbiran Sekolah.
9.9: Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru pengawas Bilik-
bilik Khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap.Satu salinan jadual mestilah
diserahkankan kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat. Bilik-
Bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber,
Makmal Komputer,Makmal Sains.
9.10: Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar dalam
meningkatkan ketrampilan dan potensi diri murid-murid. Oleh itu matlamat perancangan
strategik pusat sumber oleh Guru Penyelaras Media mestilah mempunyai tujuhala ke arah
tersebut dan semua guru penolong kanan beserta ketua - ketua panitia adalah tertakluk
kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik.

10 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10.1: Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti
selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT).
10.2: Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran
dalam ICT. Oleh itu penggunaan peralatan ICT adalah amat digalakkan dan menjadi
keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan
bantuan Bahan Bantu Mengajar yang lain.
10.3: Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
selaras dengan dasar baru Kementerian Pelajaran iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memantapkan Bahasa Inggeris.
10.4: Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,seterusnya meningkatkan
ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan
awam . Ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang
berkualiti .
10.5: Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata
pelajaran , pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan pelajar di
dalam kelas .
10.6: Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan pelbagai
kaedah dan kemahiran berdasarkan aras kebolehan murid. Oleh itu setiap orang guru mestilah
berusaha meningkatkan ketrampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas
secara berterusan.
10.7: Guru matapelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian
mata pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat
tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata
pelajaran’ mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .
10.8: Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan.
10.9: Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya
membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan
budaya cintakan ilmu.Murid-murid juga digalakkan belajar melalui Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS ).
10.10: Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan- soalan bercapah
ataupun HOTS – Higher Order Thinking Skills Questions.

11.0 GURU GANTI


11.1: Mana-mana guru yang berkursus,bercuti sakit atau diluluskan untuk Cuti Rehat Khas
perlu memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran sekolah lebih awal untul
disediakan guru ganti bagi kelas guru tersebut.
11.2: Guru yang dipanggil berkursus perlu menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang
ditinggalkan.
11.3: Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang telah
diarahkan.
12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
12.1: Ujian Pengesanan - 2 kali setahun
12.2: PKSR - 2 kali setahun
12.3: Semua urusan peperiksaan yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti dalam
pendidikan
12.4: Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang
ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996.
12.5: Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran
berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif.
12.6: Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur
dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil
02/2008 – pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan peperiksaan
dan ujian seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tahun,format
peperiksaan,jadual pengawasan,rekod markah,syarat lulus,jadual spesifikasi ujian,’content skill’
dan post mortem peperiksaan menggunakan program yang telah ditetapkan .
12.7: Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua
data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ dan meletakkan
’ETR’ bagi peperiksaan awam.

12.8: Format Peperiksaan


12.8.1: Ujian Pengesanan – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.2: PKSR – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.3: Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
12.8.4: Format – Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi murid-murid tahap 2
iaitu tahun 4,5,dan 6 serta tahap 1 iaitu bagi murid-murid tahun 2 dan 3.
12.8.5: Untuk murid tahun 1 peperiksaan dan penilaian adalah berasaskan Kurikulum Standart
Sekolah Rendah yang baru diperkenalkan.

12.9 Jadual Pengawasan


12.9.1: Ujian diadakan serentak selama 4 hari minggu bagi semua tahun.
12.9.2: Jadual pengawasan disediakan oleh pihak pentadbiran sekolah.
12.9.3: Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.
12.10 Rekod Markah
12.10.1: Markah Peperiksaan dimasukkan dalam komputer melalui sistem SAPS.
12.10.2: Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu bapa untuk
ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata pelajaran murid-murid diadakan
semasa Hari Terbuka Sekolah yang dijalankan selepas peperiksaan.

12.11 Gred Pencapaian


12.11.1: Semua murid ( Tahun 1 hingga 6 ) - mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan
gred yang telah ditetapkan iaitu:
80 - 100 markah : Gred A
60 - 79 markah : Gred B
40 - 59 markah : Gred C
20 - 39 markah : Gred D
0 - 19 markah : Gred E

12.12 Jadual Spesifikasi Ujian


12.12.1: Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU
mengikut taha kesukaran yang logik untuk para pelajar.
12.12.2: JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
12.12.3: Bagi soalan objektif,analisis item melalui program SP Chart/ PEDIA mesti disediakan
setiap kali selepas ujian / peperiksaan.
12.12.4: Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau Penolong Kanan Pentadbiran
sebelum dicetak.

12.13 Post- mortem Untuk Peperiksaan


12.13.1: Post Mortem secara bertulis harus disediakan oleh Ketua Panitia bagi mata pelajaran
masing- masing setiap kali peperiksaan dijalankan.
12.13.2: Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah murid-murid hendaklah dikenal
pasti bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan.
12.13.3 Semua guru diminta mengisi borang NKRS+W seperti yang ditetapkan oleh pihak
sekolah dan diserahkan kepada PK Pentadbiran.

13.0 PEMANTAUAN
13.1: Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1: Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan dicerap dua kali dalam
setahun secara rasmi.
13.1.2Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun
jadual barisan pentadbir dan ketua-ketua panitia untuk menyelia dan memantau bagi
memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah yang telah dirancang.
13.1.3: Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan.Oleh
itu adalah penting guru tidak membuat ’judgement statement ’ tetapi mestilah membuat ’
statement berdasarkan observation ’ supaya penambaikan boleh berlaku.
13.1.4: Pengurusan dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali
setahun oleh guru-guru penolong kanan.
13.1.5: Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi
memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.
13.1.6: Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja,buku latihan dan hasil kerja pelajar
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik oleh
pihak pentadbiran sekolah.
13.1.7: Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap
pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh Guru
Besar untuk dimaklumkan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya diperbincangkan
dalam mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .
13.1.8: Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar / Penolong-penolong Kanan atau oleh Ketua –
ketua Panitia.Manakala semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
13.1.9: Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerapuntuk menetapkan tarikh dan masa
yang sesuai untuk dicerap.

13.2: Pengurusan Panitia


13.2.1: Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan
Pentadbiran.
13.2.2: Penolong kanan akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun.
13.2.3: Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di pejabat.
13.2.4: Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan
Operasi.
13.2.5: Semua Panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan setiap tahun
berdasarkan TOV,ETR dan headcount murid.
13.2.6: Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan PCG secara
berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
13.3 Peperiksaan dan Penilaian
13.3.1: Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru Besar dalam
pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
13.3.2: Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai
tugas tahunan.

13.4 Bilik-bilik Khas


13.4.1: Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab
berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
13.4.2: Penyeliaan adalah untuk bilik-bilik seperti berikut :
Bilik Mesyuarat
Pusat Sumber Sekolah
Bilik Perkembangan Staf
Stor-stor yang telah dikhaskan
Makmal Komputer
Bilik SPBT
Makmal Sains
Bilik Muzik
Bilik Bahan Bantu Mengajar
13.4.3: Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa bilik-bilik khas ini
mestilah diwujudkan.
13.4.4: Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.

13.5 Jawatankuasa Pemantauan


13.5.1: Guru Besar.
13.5.2: Guru-guru Penolong Kanan.

13.6 Penyediaan Buku Latihan Murid


13.6.1: Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun
bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2: Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah bilangan murid di
dalam setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak pentadbiran sekolah.
13.6.3: Semua Penolong Kanan akan menyerahkan buku latihan murid mengikut kelas yang
diajar kepada Guru Besar untuk semakan.

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA


14.1: Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan
Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bahan
bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran dengan mengisi borang Nota Minta.
14.2: Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3: 5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun berikutnya.
14.4: Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

15.0 BUKU TEKS,BUKU KERJA,BUKU LATIHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN
BACAAN
15.1: Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap pelajar
dan guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran.Maklumat dan
pengetahuan asas dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
15.2: Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks
dan mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 2 Oktober 1991.
15.3: Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru
bertanggungjawab dan dibantu oleh Pengawas SPBT.
15.4: Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains selaras
dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989.Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman
yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data,
maklumat, pemerhatian, dan kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian atau
eksperimen.Halaman yang kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah ,graf dan
sebagainya.Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran
komunikasi murid dalam bentuk penulisan .
15.5: Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun
sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik
darjah.Guru mata pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan
disemak mengikut tempoh yang telah ditetapkan .
15.6: Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia atau
guru terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti masalah
yang menyebabkan perkara tersebut berlaku serta mengambil tindakan susulan.Pelajar yang
melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah
dibincangkan dalam mesyuarat panitia .
15.7: Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat panitia.
16.0 LATIHAN MINIMUM
16.1: Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses
pengkayaan dalam topik-topik yang diajar.Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah
dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh semua guru matapelajaran.
16.2: Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat
panitia pertama setiap tahun.
16.3: Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi
mengikut tahap kebolehan murid-murid.

17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN


17.1: PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris untuk Program NILAM.
17.2: Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan
membawa murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video
berkaitan pelajaran.
17.3: Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa
Melayu untuk tempoh 6 bulan pertama persekolahan dan oleh guru-guru Bahasa Inggeris untuk
6 bulan berikutnya.
17.4: Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu secara bergilir-gilir.
17.5: Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan
diserahkan kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan .
17.6: Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

18.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


18.1: Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dibuat berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah perlulah
menyokong sepenuhnya semua program peningkatan akademik yang berfokus ke arah
kecemerlangan dan ketrampilan diri serta sahsiah murid.
18.2: Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu semua panitia
dalam merancang dan melaksanakan program akademik di peringkat sekolah.
18.3: Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid mengingat
dan menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata pelajaran ,menajamkan
kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai,dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid-murid terutamanya melalui
penulisan,meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan,meningkatkan
motivasi dan minat murid-murid untuk terus belajar .
18.4: Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program
yang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan
pada masa yang sama dapat meningkatkan ketrampilan diri murid-murid.Dilaksanakan
sepanjang tahun dengan bimbingan guru.Manakala program jangka pendek adalah program-
program yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk
peperiksaan awam yang lebih berfokus kepada latihtubi,pendedahan teknik dan ’practice
make perfect ’ juga ’practice make permanent ’.
18.5: Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan keberkesanan dan
kelancaran Program Kecemerlangan Akademik .
18.6: Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang
relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah.
18.7: Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan panitia.
18.8: Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang
bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
18.9: Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi yang akan membantu semua
Panitia dalam merancang dan melaksana program peningkatan akademik.
18.10:Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan dan
kelancaran Program Peningkatan Akademik.

19.0 PERKEMBANGAN STAF


19.1: Kursus Dalaman
19.1.1: Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru
Besar / Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan menggunakan format
minit curai.
19.1.2: Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi
bicara Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
19.1.3: Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.

19.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi


19.2.1: Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003. Setiap kakitangan
awam wajib menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari / 42 jam setahun.Dirancang
mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan.
19.2.2: Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk
mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
19.2.3: Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru.

19.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus


19.3.1: Diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan keperluan.
19.3.2: Disimpan untuk rujukan panitia.

20.0 KAJIAN TINDAKAN


20.1: Semua Panitia mata pelajaran diwajib membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
20.2: Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.

21.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


SERTA PEPERIKSAAN
21.1: Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan.
21.2: Percetakan hendaklah menggunakan mesin fotostat
21.4: Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
21.5 Guru diminta mencatat bahan yang perlu dicetak dalam buku mengikut format yang
disediakan bagi tujuan kawalan.

22.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN


22.1: UPSR - Semua murid lulus setiap mata pelajaran ( Sekurang-kurangnya dengan pangkat
C)
22.2: Sasaran 5 orang murid untuk pencapaian 8A dalam UPSR 2018.
22.3: Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.

23.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK


23.1: Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah,
Negeri dan Kebangsaan.
23.2: Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.

24.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM


24.1: Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan
pendidikan negara .
24.2: Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir
melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

You might also like