You are on page 1of 12

4.

0 RUMUSAN KRITIK PENILAIAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN


PJK TAHUN 3 SK

SKOR
ASPEK TUMS TAHAP TINDAKAN (TT)
1 2 3 4

GURU SEBAGAI PERANCANG

Guru merancang pelaksanaan PdPc dengan:


1
i. menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti
/
  pembelajaran yang sesuai
  1.1 ii. menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc /
 
iii. menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK /

Bilangan Tindakan/Jumlah Skor Kualiti 10/12

a) GURU SEBAGAI PERANCANG

KEKUATAN
Rancangan Pengajaran Harian yang dirancang oleh guru dicerap telah disediakan
dengan teratur dan sistematik mengikut aspek standard kandungan dan pembelajaran
yang telah dipilih. Set induksi yang telah dirancang oleh guru telah Berjaya menarik
minat murid-murid terhadap pembelajaran. Tayangan yang ditayangkan telah
mewujudkan suasana pembelajaran yang cukup selesa bagi murid-murid.
Penggunaan bahan multimedia merupakan bahan pengajaran yang efektif dalam
pengajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang menuju ke arah abad ke – 21.
KELEMAHAN
Perancangan pengajaran didapati tidak melibatkan penglibatan murid-murid secara
langsung. Walaupun ugru menggunakan TMK dalam set induksi tetapi ia tidak
melibatkan kepelbagaian kaedah dalam pembelajaran abad ke – 21 seperti peta buih,
trafik light, pemberian token dan sebagainya.

PENAMBAHBAIKAN
Guru boleh merancangkan pengajaran pembelajaran yang berpusatkan murid dan
memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang
dijalankan. Hal ini kerana ia akan dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam
dalam diri murid-murid.
RUMUSAN

Seorang guru yang professional dan sistematik dapat menyediakan sumber


Pendidikan mengikut keupayaan murid dengan mematuhi ketetapan kurikulum.
Seorang guru perlu membimbing murid-murid dan memberi peluang untuk
penglibatan murid-murid bagi mencungkil pemikiran KBAT dalam kalangan
murid-murid.
2 GURU SEBAGAI PENGAWAL

Guru mengawal proses pembelajaran dengan:


 
  i. mengelola isi pelajaran/skop pembelajaran yang dirancang /
 
  2.1 ii. mengelola masa PdPc selaras dengan aktiviti pembelajaran /
 
  iii. memberi peluang kepada penyertaan aktif murid. /
 
Bilangan Tindakan/Jumlah Skor Kualiti 10/12
 
  Guru mengawal suasana pembelajaran dengan:
 
  i. mengawasi komunikasi dan perlakuan murid dalam PdPc /
 
  2.2 ii. menyusun atur kedudukan murid /
 
  iii. mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. /
  Bilangan Tindakan/Jumlah Skor Kualiti 1/12

b) GURU SEBAGAI PENGAWAL

KEKUATAN

Guru telah bertindak sebagai pengawal dengan sentiasa mengawasi


pergerakkan murid-murid semasa aktiviti dalam PDPC. Susunan atur kelas juga
lebih bersistematik. Dengan ini, murid -murid dapat memberi perhatian dan dapat
memberi respon yang baik kepada guru. Suasana pembelajaran yang selesa
dan seronok telah memberi sokongan untuk murid memberi perhatian semasa
pengajaran dijalankan.

KELEMAHAN

Walaupun penyusunan kelas dapat memberi peluang kepada murid-murid dalam


pemfokusan pengajaran tetapi murid-murid tidak dapat keseronokan dalam
pembelajaran yang telah dijalankan kerana tidak ada suasana yang kondusif.
Guru juga gagal memberi tumpuan kepada pengeolalan masa tehadap aktiviti
yang telah dijalankan. Guru juga tidak memberi teguran kepada murid murid
yang kurang tumpuan terhadap pengajaran.

Penambahbaikan
Guru perlu sentiasa peka terhadap pergerakkan murid-murid di dalam kelas.
Guru perlu menjadi pemerhati kepada murid - murid dan memberi isyarat kepada
murid -murid yang tidak memberi perhatian seperti meniup wisel , menghasilkan
tepukan dan sebagainya. Guru juga perlu merancang aktiviti dan mengeolala
masa pengajaran dengan sistematik.

Rumusan
Pesekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi proses pembelajaran kerana
ia boleh menggalakan atau menghalang proses tersebut daripada berjalan
dengan lancar. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian
daripada faktor proses pengajaran dapat dijalankan tanpa gangguan. Menurut
Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau
‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan
aktiviti pengajaran. Walaupun dunia Pendidikan kita mengalami perubahan
akibat Covid 19, para pendidik perlu mewujudkan suasana yang teratur di
sekolah mahupun murid-murid mengikut pembelajaran dari rumah untuk
mendapatkan sambutan yang positif. Guru – guru perlu menyediakan bahan
pengajaran dan suasana pembelajaran sama seperti di sekolah bagi murid-murid
supaya mereka tidak berasa bosan dan merasakan suasana sekolah walaupun
mereka belajar dari rumah.
GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Guru membimbing murid dengan:


i. memberi tunjuk ajar/tunjuk cara/panduan menguasai isi
/
pelajaran/konsep/fakta berkaitan pelajaran
3 ii. memandu murid menggunakan/ memanfaatkan sumber pendidikan
/
 
3.1
berkaitan pelajaran
 
  iii. menggabung/merentas/mengaitkan isi pelajaran dengan
  tajuk/unit/tema/nilai/kemahiran/mata pelajaran lain dalam aktiviti /
  pembelajaran.
 
 
  Bilangan Tindakan/Jumlah Skor Kualiti 9/12

c) GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Kekuatan

Dalam pengajaran guru yang dicerap, guru telah tersebut bertindak sebagai
pembimbing yang membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan
mengamalkan nilai berdasarkan obejektif pembelajaran dan menghasilkan aktiviti
yang dapat melibatkan murid secara efektif. Guru dapat membimbing murid
untuk menguasai pengajaran. Beliau mengabungkan dan mengaitkan isi
pelajaran dengan matapelajaran lain seperti Pendidikan moral. Dalam tahap ini,
guru tersebut telah bertindak untuk mewujudkan kelas bersifat interaksi
kolabaratif di kalangan murid-murid. Guru juga telah membimbing murid-murid
untuk melakonkan perkataan dan ayat yang telah dipilih.

Kelemahan

Guru kurang memberi tumpuan terhadap pelaksanaan aktiviti ini kerana murid-
murid teruja-uja semasa menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Hal ini
menunjukkan guru kurang peka dalam pengikutan SOP yang telah ditetapkan
dalam bilik darjah kerana faktor keselamatan merupakan faktor utama pada
masa pandemic Covid 19.

Penambahbaikan
Sebagai pendidik, guru perlu mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan
oelh kerajaan semasa melaksanakan PDPC.

Rumusan
Guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan
tingkah laku murid-murid. Sekiranya mendapati murid-murid menghadapi
masalah, guru perlu sebagai pembimbing , membimbing murid mencari cara
menyelesaikan masalah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah tidak
wujud seperti tidak menumpu perhatian semasa p& p dijalankan, tidur di dalam
kelas, bergaduh dan membuli murid lain dan sebagainya. Ini telah membuktikan
bahawa peranan guru untuk membantu murid menyelesaikan masalah adalah
penting dan perlu dipraktiskan oleh semua guru supaya proses p& p dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan justerunya sasaran dan objektif
pembelajaran dapat dicapai.

4 GURU SEBAGAI PENDORONG


Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan:

 i. merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif dalam aktiviti


/
pembelajaran.
ii. mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif /
4.1

  iii. mewujudkan peluang untuk murid memimpin /


 
iv. menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
  /
pengetahuan dan kemahiran secara kendiri.
 
 
  Bilangan Tindakan/Jumlah Skor Kualiti 13/16
 
Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan:
i. memberi pujian/galakan terhadap perlakuan positif. /
4.2 ii. memberi penghargaan terhadap hasil kerja/ idea yang bernas /
iii. memberi keyakinan dalam mengemukakan soalan/memberi respons. /
Bilangan Tindakan/Jumlah Skor Kualiti 11/12

d) GURU SEBAGAI PENDORONG

KEKUATAN

Guru memberi ganjaran yang dapat menjawab dengan betul. Ini merupakan
tanda penghargaan yang diberi oleh guru dalam proses mendorng emosi murid
yang positif. Impaknya emosi murid akan berada dalam keadaan gembira dan
bersemanagat untuk meneruskan PDPC.

Kelemahan

Guru gagal mengaplikasikan pembelajaran abad ke 21 peta i- think. Guru juga


kurang beri tumpuan semasa melaksanakanaktiviti “snake poison men” kerana ia
melibatkan aktiviti kumpulan. Guru juga kurang memberi tumpuan dalam
keyakinan murid-murid semasa menjawab.

Penambahbaikan

Dalam masa pandemic Covid 19 guru perlu merancang PDPC dengan aktiviti
yang kepada murid yang tidak bersentuhan ataupun aktiviti kumpulan. Untuk
melibatkan semua murid-murid guru perlu memilih pembelajaran berpusatka
bahan (TMK) dan menggunkan pengajaran Academic Supporting Team (AST)
untuk pembelajaran kendiri dalam norma baharu ini.
Rumusan
Setiap peranan guru yang didefinasikan dalam amalan kompetensi guru (pdpc)
memberi impak kepada kemenjadian murid kerana setiap satu peranan mampu
membentuk kepada kemenjadian murid. Kemenjadian murid dalam dimensi
kemahiran memimpin , murid dan guru boleh berkomunikasi dengan baik
merupakan hasil daripada peranan guru sebagai pengawal iaitu guru mengawal
suasana pembelajaran dengan mengawasi komunikasi murid dalam Pdpc
secara berhemah. Selain itu, peranan guru sebagai pendorong juga, mendorong
minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan merangsang
murid berkomunikasi.
GURU SEBAGAI PENILAI

5 Guru melaksanakan penilaian dengan:


  i. menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dalam PdPc /
 
  ii. menjalankan aktiviti pemulihan/pengayaan dalam PdPc. /
  5.1
  iii. memberi latihan/tugasan berkaitan pelajaran dan membuat refleksi PdPc. /
  v. menyemak/menilai hasil kerja/gerak kerja/ latihan/tugasan. /
Bilangan Tindakan/Jumlah Skor Kualiti 10/16

e) GURU SEBAGAI PENILAI

KEKUATAN

Pada setiap tahap pengajaran guru telah memberi rumusan untuk Pemahaman
yang lebih mendalam. Guru juga telah melakukan pelbagai kaedah untuk
menilai pemahaman murid. Guru juga telah menjalankan pengajaran dengan
komunikasi dua hala dan membuat refleksi PdPC.

KELEMAHAN

Walaupun guru telah menggunakan pelbagai keadah tetapi ia kurang


mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid. Guru juga tidak
sempat menilai kesemua murid kerana kekangan masa. Perkara ini
mewujudkan kurang tumpuan kepada murid yang kurang memahami
Pembelajaran. Guru yang dicerap tidak melakukan aktiviti pengayaan bagi murid
yang kurang faham. Hal ini menyebabkan murid-murid hilang minat terhadap
pengajarannya.

PENAMBAHBAIKAN

Guru telah meluangkan masa yang lebih di Langkah 1, dimana murid membuat
aktiviti membaca pada masa yang agak lama. Selain mengulang aktiviti
membaca guru boleh menyingkatkan masa tersebut dan memberi tumpuan
terhadap aktiviti-aktiviti
KBAT, seperti menyuruh murid untuk bercerita perayaan di Malaysia atau di
luar negara. Guru perlu merancang dan menghasilkan pelbagai lembaran kerja
mengikut tahap murid.

RUMUSAN
Seorang guru yang peka selalu menilai murid-muridnya menurut tanggapan
mereka terhadap situasi belajar. Tidak mustahil bahawa guru boleh jadi
mempunyai penilaian yang salah mengenai bagaimana seharusnya tanggapan
para muridnya. Tujuan guru bukanlah mengadili murid. Sebaliknya, ia berhati-
hati untuk menggalakkan pertumbuhan untuk membantu murid memahami
tempatnya di dalam proses. Ia juga untuk membimbing dengan cara-cara yang
dapat membantu untuk menggalakkan kekuatannya dan untuk menasihatinya
mengenai kelemahan-kelemahannya. Setiap guru bekerja dengan murid dalam
ikatan yang sangat rumit yang dipengaruhi oleh reaksi murid terhadap guru
sebelumnya ataupun pengajaran pada umumnya. Namun mengingat kerumitan
ikatan yang ada antara guru dan murid, kita hanya dapat meninjau guru sebagi
penilai.
MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF

Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran dengan:


6
i. memberi respons berkaitan isi pelajaran. /
 
 
ii. berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. /
 
 
6.1 iii. melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif. /
 
  v. memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi
  /
pelajaran dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
vi. mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid/ isu lokal/global /

Bilangan Tindakan/Jumlah Skor Kualiti 16/20

f) MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF

KEKUATAN
Murid menunjukkan kelangsungan dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru.
Murid -muird berasa selasa dan berasa selamat dengan perwatakan guru di
dalam kelas. Guru berprihatian terhadap pendidikan murid dan sikap adil serta
bertimbang rasa terhadap setiap murid. Beliau mempunyai bersikap mesra sabar
dan mudah didekati. Perwatakan positif yang diamalkan oleh guru ini boleh
dicontohi oleh para murid mahupun guru-guru lain.

KELEMAHAN

Dalam bahagian ini, guru didapati kelemahan dari segi pembinaan aktiviti yang
kreatif. Guru juga tidak memberi perhatian dalam pengaitan isi pelajaran dengan
situasi pada masa kini kerana akativiti yang dijalankan oleh guru hanya
melibatkan soal dan jawab dan tidak melibatkan aktivit yang melibatkan
pemikiran secra kreatif dan kritis.

Penambahbaikan

Sikap Professionalisme yang ditunjukkan oleh guru. Beliau boleh dikategorikan


sebagai guru berkemahiran tinggi dimana beliau dapat menguasai serta memberi
segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri sendiri
sebagai alat meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pemudahcaraan di
sekolah
Rumusan

Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan


kemahiran serta mengamalkan nilai positif. Murid juga perlu dibimbing oleh untuk
memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif,
berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah
dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran,
secara aktif, yakin dan berhemah.

You might also like