You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) GANDHI MEMORIAL 33000 KUALA

KANGSAR, PERAK.
காந்தி நினைவு தமிழ்ப்பள்ளி, கோலகங்சார்,பேராக்.

abd4109 @1bestarinet.yes.my ABD4109


TEL:05-7760846

Ruj Tuan :
Ruj.Kami : SJKTGM.KK.04/07/002 ( 20 )
Tuan Pegawai Kesihatan, Tarikh : 7 OGOS 2019
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar,
Jalan Sultan Idris Shah 1,
33000 Kuala Kangsar
(u.p: Unit Sekolah)

Tuan,

JEMPUTAN MEMBERI CERAMAH OBESITI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, pihak kami ingin memohon jasa baik Tuan untuk menghadiri Ceramah tentang
Obesiti dalam Kalangan Murid Sekolah SJKT Gandhi Memorial, Kuala Kangsar.

2. Pihak sekolah ingin menerapkan amalan menjaga kesihatan dalam diri murid. Murid-murid perlu
mengawal berat badan mereka dan mengamalkan cara pemakanan yang sihat setiap hari.

3. Melalui ceramah ini, murid perlu memahami cara-cara mengawal berat badan, mengetahui cara
pemakanan yang sihat serta menjadi seseorang yang aktif dalam kehidupan masing-masing. Selain
daripada itu, ceramah ini dapat membantu murid untuk menghayati maksud amalan gaya hidup sihat.
Ketetapan program adalah seperti di bawah:

3.1 Tarikh : 20 Ogos 2019


3.2 Tempat : SJKT Gandhi Memorial
3.3 Masa : 7.40-8.40 pagi

4. Pihak sekolah amat berharap agar pihak Tuan dapat menghantar seorang pegawai yang boleh
berkomunikasi dalam Bahasa Tamil. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cikgu Yaamini. ( 011-26538902 )

Kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

.....................................................
(JAYALUXMI A/P UGANDA)
Guru Besar

sk. Fail Sekolah


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) GANDHI MEMORIAL 33000 KUALA
KANGSAR, PERAK.
காந்தி நினைவு தமிழ்ப்பள்ளி, கோலகங்சார்,பேராக்.

abd4109 @1bestarinet.yes.my ABD4109


TEL:05-7760846

You might also like