You are on page 1of 22

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

GURU KANAN PENTADBIRAN


Guru penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab kepada guru besar untuk
mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, dengan itu Guru Penolong
Kanan
Pentadbiran
bertanggungjawab
bagi
melicinkan
pentadbiran,
mempertingkatkan prestasi pengajaran guru serta pembelajaran murid dan
menyediakan khimat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan tercapai.

BIDANG TUGAS
1. Menjalankan tugas-tugas guru besar semasa ketiadaan guru besar
2. Mengajar bilangan waktu mengikut arahan guru besar
3. Bertanggungjawab kepada guru besar dalam pentadbiran, kurikulum,
pengurusan guru dan kakitangan bukan guru
4. Membantu guru besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah
5. Membantu guru besar menyelia dan menilai pengajaran pembelajaran di
sekolah

SENARAI TUGAS
1. Menentukan pelaksanaan Kursus Pengajian.
2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan tahunan.
3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.
4. Membantu dalam pengurusan penyeliaan peralatan teknologi pendidikan dan
pusat sumber sekolah.
5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber
pendidikan.
6. Membantu serta membimbing dalam tugas mengajar guru pelatih,guru-guru
yang baru mengajar dalam menjalankan tugas harian mereka.
7. Menentukan program tv dan radio pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.
8. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan.
9. Membantu dan merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan
ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadangkan tindakan susulan.
10. Menyelaras pengurusan perjalanan kegiatan bimbingan dan pemulihan.
11. Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah dan
Pejabat Pelajaran Daerah.
12. Membantu menentukan bahan PSS sekolah dan lain-lain buku bacaan dan
kesesuaiannya.

PENTADBIRAN
1. Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan bukan guru
2. Membantu menyelaras dan menyelenggara kutipan data, maklumat dan
perangkaan
3. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru dan
kakitangan bukan guru
4. Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan takwim sekolah
5. Membantu menyelia kerja-kerja guru dan bukan guru
6. Membantu menyelia anggaran belanjawan tahunan sekolah
7. Menyelaras penyeliaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan
8. Menyelaras semua jenis pungutan yuran sekolah
9. Menjadi ahli lembaga tatatertib sekolah
10. Menjadi penanda tangan cek-cek sekolah

DISKRIPSI TUGAS
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENGURUSAN DAN PERANCANGAN SEKOLAH
1. Merancang, mengurus dan menyelaras segala program sekolah.
2. Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan, bilik-bilik khas,
kawasan sekolah dan lain-lain.
3. Memastikan segala program yang dirancang mengikut jadual.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH
1. Merancang dan menyediakan buku panduan pengurusan sekolah.
2. Mengedarkan buku panduan pengurusan sekolah kepada semua staf.
PENYEDIAAN TAKWIM SEKOLAH
1. Merancang dan menyediakan takwim tahunan sekolah.
2. Memastikan setiap perancangan dalam takwim dijalankan mengikut fleksibiliti
dan kesesuaian.
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH
1. Membaca dan memahami pekeliling / surat pekeliling yang berkaitan dengan
pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah yang diedarkan dari masa
kesemasa.
2. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada Penolong
Kanan,Penyelia Petang ,Guru Kelas dan pembantu tadbir.
3. memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan.
4. mengagihkan buku resit kepada guru kelas dan penyelaras kelas.
5. Memastikan semua terimaan telah dimasukkan kedalam bank.
6. Memastikan semua pembelian / pembiayaan dibuat mengikut peraturan.
7. Menyediakan Buku Tunai Kerajaan / Suwa / Panjar Wang Runcit.
8. Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam Buku Tunai
Kerajaan/Suwa/Panjar wang Runcit.
9. Membuat mesyuarat Jawatankuasa Kewangan sekurang-kurangnya 4 kali
setahun.
AUDIT DALAMAN
1. Memeriksa akaun sekolah sekali dalam jangka masa 3 bulan.
2. Memeriksa buku tunai kerajaan dan Suwa serta menandatatanganinya
setelah disemak.

SUB NKRA PENDIDIKAN : SKPM

1. Merancang melaksanakan dan memantau proses pelaksanaan PKS.


2. Mengadakan mesyuarat bagi merancang aliran kerja dan melaksanakan PKS
mengikut prosedur dan panduan yang ditetapkan.
3. Meneliti dan mengandungi SKPM secara terperinci dan menyeluruh.
4. Mendokumentasikan segala sumber dan maklumat untuk dijadikan sandaran
kepada pemberian skor berdasarkan criteria kritikal dan deskripsi skor.
PENGURUSAN LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN
1. Membuat penilaian sepanjang tahun tugas hakiki dan bukan hakiki staf
2. Membuat keputusan untuk pemilihan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
PENYELIAAN DAN PENCERAPAN
1. Menyediakan jadual pencerapan guru melibatkan Guru Besar dan semua
GPK.
2. Memastikan semua guru dibuat pencerapan sekurang-kurangnya sekali
dalam setahun.
PENGURUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)
1. Merancang dan melaksanakan program kemajuan staf.
2. Memberi motivasi, bimbingan dan kaunseling.
3. Meningkatkan kecekapan dalam menguruskan sumber.
4. Membuat penilaian program latihan dan menjalankan tindakan susulan.
5. Penyediaan dokumentasi.
6. Memberi latihan dan pendedahan kepada guru yang baru dilantik, bertukar ke
sekolah ini, bertukar opsyen dan GSTT.
PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN
1. Menerima dan merekodkan semua aduan daripada pelanggan sama ada
secara lisan atau bertulis
2. Memaklumkan kepada pelanggan bahawa aduan telah diterima dan siasatan
sedang dijalankan
3. Memaklumkan kepada Guru Besar / GPK Pentadbiran tentang aduan diterima
4. Menjalankan dan melaporkan siasatan kepada Guru Besar / GPK
Pentadbiran terhadap aduan yang diterima
5. Menyediakan Peti Cadangan / Maklum Balas Pelanggan di tempat yang
sesuai dan berkunci
PELUPUSAN HARTA BENDA
1. Menyediakan laporan lembaga pemeriksaan kew PA-17.
2. Mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai.
3. Menandatanganni KEW PA-17 dan memgemukakan kepada urusetia
Pelupusan

PENGURUSAN STOK DAN INVENTORI


1. Membaca semua arahan dan melaksanakan semua arahan yang dihantar
oleh kementerian ,Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
2. Semua penerimaan / pembeliaan mesti direkodkan dalam kad harta modal,
kad inventori dan buku bekalan pejabat
3. Mengurus harta benda sekolah / aset alih kerajaan yang hendak dihapus kira
mengikut peraturan
4. Mengenal pasti keperluan perabut dan sistem inventori dilaksanakan
5. Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan dan akhir tahun
6. Mengurus harta modal termasuk membaiki dan menyelenggara bila perlu
7. Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat
8. Menetapkan dan melaksanakan peraturan menjaga keselamatan perabut dan
harta benda sekolah serta jenis denda yang dikenakan kepada murid
PENGURUSAN ASET
1. Memeriksa harta modal dan iventori sekurang-kurangnya satu kali setahun
2. Memeriksa setiap asset berserta kad daftar
3. Menyedikan laporan pemeriksaan harta modal KEW PA-10 dan laporan
pemeriksaan inventori KEW PA-11 kepada ketua jabatan
PENGURUSAN DATA & MAKLUMAT SEKOLAH
1. Menyediakan data enrolmen pelajar mengikut kelas, kaum dan jantina
2. Menyediakan data maklumat guru menggunakan EMIS online
3. Menyediakan penyata bulanan pelajar dan penyata bulanan guru
4. Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik pelajar
PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
1. Merancang program TMK sekolah dan membudayakan TMK di sekolah
2. Mengurus kemudahan TMK dan menyediakan kemudahan TMK guru dan
murid
PENGURUSAN REKOD DAN DOKUMENTASI
1. Menyelaras format laporan dan dokumentasi
2. Mengumpul semua rekod dan dokumentasi program
PENGURUSAN SAMBUTAN HARI GURU
1. Merancang dan menyelaras sambutan hari guru
2. Rekod dan dokumentasi

DISKRIPSI TUGAS
JAWATANKUASA KURIKULUM
JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai


Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
Mencadangkan, membina dan mengurus alat bantu mengajar
Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran
Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran
Memantapkan garis panduan penyediaan Jadual Waktu
Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu
Mengadakan mesyuarat
Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan lagi
prestasi pembelajaran
10. Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan
11. Mengesan dan memastikan supaya sukatan dan perancangan pembelajaran
dilaksanakan dengan sempurna
12. Merancang kursus dan pendedahan kapada kakitangan akademik berkenaan
perkara baru dalam pendidikan
13. Menyebar bahan-bahan bacaan dan maklumat mengenai pendidikan kepada
guru
14. Mengkaji analisis keputusan UPSR dan peperiksaan dalaman dan membuat
program jangka pendek dan panjang
15. Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan
oleh pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika
terdapat kesalahan
16. Berusaha memperbanyakan bahan sumber disekolah
17. Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran
18. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa

PENYEDIAAN DAN PENYELARASAN JADUAL WAKTU


1. Merangka dan menyusun jadual waktu untuk semua guru
2. Menentukan peruntukan masa tiap-tiap mata pelajaran mencukupi
3. Menyediakan jadual guru ganti
4. Membuat perubahan pada jadual waktu sekiranya berlaku pertukaran guru
(jika perlu)
5. Membuku dan menyimpan jadual waktu kelas dan persendirian
6. Mengedarkan Slip Guru Ganti

PENYELARASAN PEMANTAUAN PEPERIKSAAN SEKOLAH


1. Mengadakan mesyuarat penyelarasan peperiksaan dan ujian dalaman setiap
kali sebelum peperiksaan dan ujian dalaman dijalankan
2. Menyediakan dan mengedarkan jadual kerja peperiksaan dan ujian kepada
semua guru
3. Membuat jadual penggubal soalan bagi setiap mata pelajaran setiap kali
sebelum peperiksaan dan ujian dalaman dijalankan
4. Mengedarkan jadual waktu peperiksaan dan ujian kepada semua guru

5. Mengadakan mesyuarat post mortem setiap kali selepas ujian dan


peperiksaan dijalankan
PENGURUSAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
1. Mengurus pendaftaran calon UPSR dengan segala butir yang diperlukan
2. Menyemak borang komputer
3. Menyediakan jadual ujian dalaman dan luar serta jadual pengawasan
4. Menyediakan takwim ujian
5. Menguruskan perpindahan calon UPSR
6. Mengumumkan angka giliran calon dan peraturan peperiksaan
7. Mengedar dan mengumpul borang markah, buku laporan adab belajar untuk
tindakan guru-guru
8. Membuat analisis pencapaian akademik
9. Bertanggungjawab dalam merangka dasar penggubalan dan penyediaan
soalan-soalan ujian sepanjang tahun
10. Memastikan setiap guru kelas dan mata pelajaran memasukkan markah
murid di dalam Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS)
11. Mencetak dan mengedarkan analisis peperiksaan dan ujian kepada guru
kelas dan ketua panitia setiap kali peperiksaan dan ujian dijalankan
PENYELARASAN LINUS
1. Mengenalpasti murid yang tidak dapat menguasai kemahiran Bahasa Melayu
dan Matematik
2. Merancang dan melaksanakan program LINUS
3. Merancang kaedah PdP yang sesuai
4. Menyediakan ABM yang sesuai untuk PdP
5. Penilaian dan menganalisis serta tindakan susulan
PENYELARASAN PROTIM
1. Mengenalpasti murid yang tidak dapat menguasai kemahiran Bahasa Melayu
dan Matematik bagi murid Tahap 2
2. Merancang dan melaksanakan program PROTIM
3. Merancang kaedah PdP dan menyediakan ABM yang sesuai
4. Penilaian dan menganalisis serta tindakan susulan
PENYELARASAN PPSMI
1. Menjaga dan menyimpan peralatan PPSMI dengan baik dan selamat
2. Memastikan daftar inventori peralatan PPSMI sentiasa dikemaskinikan
3. Memastikan perjalanan PdP Matematik dan Sains dalam Bahsa Melayu
dijalankan secara soft landing
PENYELARASAN MBMMBI
1. Merancang program MBMMBI untuk Panitia BM dan BI.
2. Melaksanakan aktiviti ko akademik Bahasa Inggeris.
3. Melaksanakan program kemahiran berbahasa.

4. Menyediakan pelaporan aktiviti yang dijalankan.


PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Memberi pendedahan penggunaan PSS kepada guru-guru, Pengawas PSS
dan murid sekolah ini.
2. Membantu pihak sekolah memesan dan menerima buku-buku dan bahanbahan lain untuk PSS.
3. Mengkelas dan mengkatalog buku-buku, alat-alat dan bahan sumber lain.
4. Bertanggungjawab membaiki, menyemak dan menghapus kira buku-buku,
alat-alat dan bahan PSS.
5. Membantu menggalakkan penggunaan PSS demi meninggikan tahap
pembelajaran murid.
6. Menyediakan buku penggunaan atau pinjaman serta memilih buku-buku
rujukan yang sesuai berpandukan cadangan guru-guru.
PENGENDALIAN PROGRAM NILAM (PROGRAM PSS)
1. Menggalakkan budaya membaca di kalangan murid-murid.
2. Menyemai sikap murid-murid supaya menghargai bahan bacaan ilmiah
dengan mengoptimumkan penggunaan masa senggang (awal pagi dan waktu
rehat).
3. Memantau perjalanan program NILAM sewaktu PdP dan memastikan setiap
murid melengkapkan pelaporan di dalam buku rekod NILAM.
4. Memastikan semua guru Bahasa Melayu memasukkan data NILAM di dalam
i-NILAM.
5. Memilih dan mengumumkan pembaca buku terbanyak setiap bulan.
6. Memilih tokoh NILAM untuk dinobatkan pada Hari Anugerah Cemerlang
setiap tahun.
PENYELARASAN PROJEK AKADEMIK / PROJEK KHAS
1. Menyelaras perjalanan bengkel akademik sepanjang tahun.
2. Membuat tempahan penceramah untuk bengkel akademik.
3. Merancang dan mengendalikan aktiviti kem motivasi sepanjang tahun
terutama bagi murid-murid Tahun 6.
4. Menjadi urus setia bagi sebarang acara akademik.
PENYELARASAN PROGRAM KHAS KECEMERLANGAN UPSR (TAHUN 6)
1. Mengadakan mesyuarat bagi merangka program belajar yang berkesan
untuk meningkatkan pencapaian UPSR.
2. Menyediakan target pencapai UPSR berdasarkan keputusan yang lepas.
3. Bekerjasama dengan semua pihak untuk merangka dan melaksanakan
program seperti kem motivasi, perjumpaan ibu bapa, kelas bimbingan yang
berteraskan kem kecemerlangan, kelas intensif, aktiviti rakan belajar dan
seumpamanya.
4. Menyediakan rekod maklumat pelajar UPSR dengan lengkap dan kemas.
Rekod-rekod penting ini termasuklah pelunjuran markah sebagainya.
5. Sentiasa menyelia dan menilai segala perancangan yang diatur berdasarkan
maklumat terkini.

6. Merangka program senggang selepas UPSR.


PENYELARASAN KBSR / KSSR
1. Memberikan pendedahan tentang KSSR kepada semua guru terlibat dengan
mengadakan latihan dalaman.
2. Memastikan segala dokumen berkaitan KSSR seperti Dokumen Standard dan
Standard Prestasi wujud dan disebarluaskan kepada semua guru terlibat.
3. Membimbing guru-guru KSSR dalam penyediaan Rancangan Pelajaran
Harian dan Rancangan Pelajaran tahunan.
4. Memastikan murid tahap 2 masih lagi mengikuti Sukatan Pelajaran KBSR dan
PdP KBSR berjalan lancar.
PENYELARASAN PBS
1. Menyelaraskan perjalanan pentaksiran berasaskan sekolah sepanjang tahun
(bermula Januari Julai).
2. Memastikan semua guru Tahap 2 bagi mata pelajaran yang mempunyai PBS
menjalankan pentaksiran tersebut secara berterusan (bermula Januari
Julai).
3. Menyediakan fail-fail PBS dan pelaporan markah PBS untuk pemantauan
pada bulan Julai setiap tahun.
4. Memasukkan markah PBS secara online pada bulan Ogos setiap tahun.
PENGURUSAN ANUGERAH AKADEMIK
1. Menyediakan kertas kerja bagi Hari Anugerah Cemerlang.
2. Membuat anggaran perbelanjaan untuk Hari Anugerah Cemerlang.
3. Membuat tempahan hadiah dan sijil Hari Anugerah Cemerlang.
4. Mengedarkan borang pencalonan Tokoh Murid, Murid Terbaik Kurikulum dan
Tokoh Nilam.
5. Merancang dan mengadakan mesyuarat dan taklimat Hari Anugerah
Cemerlang.
6. Memastikan ahli jawatankuasa pelaksana menjalankan tanggungjawab
masing-masing dengan baik dan lancar.
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BILIK KHAS
1. Memastikan keadaan bilik kemas dan bersih.
2. Melengkapkan papan imfo dan sudut-sudut yang berkaitan.
3. Menjaga / menguruskan asset alih / inventori peralatan yang ada.
4. Menyediakan jadual penggunaan bilik.
5. Menyediakan carta organisasi bilik khas.
6. Memastikan suis lampu, kipas telah ditutup sebelum meninggalkan bilik khas.
7. Memastikan bilik ditutup selepas digunakan.
PENYELARASAN PANITIA MATA PELAJARAN
1. Memperolehi Sukatan Pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan
ahli panitia.

2. Menyediakan Rancangan Mengajar untuk kedua-dua penggal persekolahan.


Rancangan Mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu darjah
dan juga di antara darjah di mana ada kaitan.
3. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan yang sesuai dengan keperluan para pelajar dan kegunaan guruguru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
4. Memilih dan mencadangkan kepada Pentadbir Sekolah buku-buku kerja yang
digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari
segi kehendak Sukatan Pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian (PKSR) yang disediakan bagi tiap-tiap
darjah dan juga menubuhkan bank soalan.
6. Mengkaji dan menganalisa keputusan ujian pelajar dalam tiap-tiap
peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan tahun
dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
pengajaran dan pembelajaran.
7. Mengadakan menyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali
bagi satu penggal dan mengadakan perjumpaan secara bila-bila dan jika
perlu.
8. Mengatur perjumpaan atau menyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal
atau tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah
berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah atau isu-isu tersebut.
9. Bertukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah
mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.
10. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan
menjalinkan hubungan kerja yang boleh mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran.
11. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran.
12. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah
memajukan pelajar-pelajar lemah dalam mata pelajaran tertentu.
13. Melantik seorang setiausaha di kalangan ahli untuk menyediakan semua minit
atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod tertentu.

DISKRIPSI TUGAS
JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID
1. Meningkatkan pengurusan berkaitan Hal Ehwal Murid
2. Meningkatkan keperibadian murid dari segi sahsiah, akhlak dan ketrampilan
3. Membantu murid dalam meningkatkan potensi diri
4. Menggubal peraturan-peraturan sekolah dan mengkaji semula ikut
kesesuaian semasa
5. Menguruskan hal-hal berkaitan disiplin dan memastikan tahap disiplin murid
berada di dalam keadaan terkawal. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk
kepada Guru Besar sebelum tindakan diambil

6. Memutuskan murid yang layak menjawat jawatan pengawas sekolah dan


melucutkan jawatan pengawas sekolah bagi pengawas yang menghadapi
masalah disiplin
7. Menanggani masalah murid cicir
8. Memastikan kebajikan murid terjaga
9. Mengesan murid yang bermasalah dan memberi bimbingan serta bantuan
berdasarkan masalah yang menghadapi
10. Membimbing dan menerima cadangan daripada murid, guru dan ibubapa halhal berkaitan murid
11. Mengadakan program-program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu
kecemerlangan murid di peringkat sekolah
12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa kesemasa.

PENDAFTARAN MURID
1. Mendaftar murid baru dalam Buku Pendaftaran Murid dan mendapatkan
nombor bilangan sekolah.
2. Membuat taklimat kepada murid baru.
3. Menerima dokumen-dokumen penting murid seperti salinan sijil lahir, salinan
kad pengenalan ibu bapa / penjaga, gambil dan lain-lain perkara yang
diperlukan oleh pihak sekolah.
4. Memberi kad kesihatan, kad gigi dan lain-lain kepada murid baru dan
menerima dokumen-dokumen tersebut dari sekolah lama bagi murid yang
berpindah.
5. Menghantar senarai nama murid yang akan ke Tingkatan 1 ke sekolah
menengah
6. Menguruskan pemberian sijil berhenti sekolah dan lain-lain sijil yang
diperlukan bagi murid tahun 6
7. Memproses borang kemasukan murid ke Tingkatan
8. Mengambil senarai nama murid yang akan bersekolah pada sesi akan datang
di sekolah tadika

PERTUKARAN MURID
1. Menyediakan 4 salinan borang pertukaran murid untuk ibu bapa / penjaga
menyerahkannya kepada PPD
2. Memastikan individu yang memohon untuk murid berpindah adalah ibu atau
bapa atau penjaga murid tersebut
3. Menyediakan surat Penyerahan Dokumen Pertukaran Murid kepada ibu
bapa / penjaga sebagai bukti penerimaan dokumen-dokumen penting mereka
4. Menyerahkan dokumen-dokumen murid seperti Fail Peribadi, Fail
Perkembangan Murid, Kad Kesihatan, Kad Gigi dan lain-lain
5. Memaklumkan tentang perpindahan murid kepada guru kelas
6. Memaklumkan perubahan enrolmen murid kepada pentadbir dan guru-guru

KES-KES KHAS DAN KEHADIRAN


1. Menyiasat murid-murid yang tidak hadir
2. Membuat pantauan ke rumah murid dan memujuk murid dan ibu bapa
penjaga supaya murid hadir ke sekolah
3. Menyediakan bukti ketidakhadiran murid melalui Buku Kedatangan
4. Memastikan Buku Kedatangan lengkap diisi dengan butiran peribadi murid
5. Memastikan kedatangan murid ditanda setiap hari dan Buku Kedatangan
Murid dihantar ke pejabat sebelum atau pada jam 9.00 pagi
6. Menyemak Buku Kedatangan Murid pada setiap hujung bulan
7. Mengemaskini dan memasukkan maklumat murid dalam data APDM

SISTEM MAKLUMAT MURID


1. Mengedar dan mengumpul borang BMM
2. Menghadiri mesyuarat dan menghantar laporan SMM pada awal Februari
(semakan Januari) dan awal Julai (semakan Jun)
3. Mengisi data SisMakan dengan mendapatkan maklumat kantin daripada
Penyelaras Kantin
4. Mengemaskini dan melekatkan enrolmen murid yang baru di papan
kenyataan untuk rujukan semua guru setiap kali berlaku perubahan pada
bilangan murid

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS


1. Menentukan murid-murid yang layak menerima SPBT dan mendapat satu set
buku teks yang mencukupi pada sesi persekolahan
2. Menyimpan dan mengemaskini Buku Stok SPBT dan Invois bekalan buku
3. Menentukan keperluan buku teks dan menguruskan pelupusan buku
4. Menguruskan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

5. Melantik Pengawas SPBT bagi membantu menguruskan buku dan Klinik


Buku
6. Memastikan murid membuat pulangan set buku teks yang mencukupi
sebelum mengagihkan set buku teks yang baru untuk tahun berikutnya
7. Mengadakan pemeriksaan buku teks dari masa ke semasa

BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS


1. Merupakan Ketua Guru Disiplin
2. Memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah
3. Mengadakan Watikah Perlantikan dan Kepimpinan Pengawas dan Ketua
Kelas
4. Merancang aktiviti dan menyediakan Buku Tugasan Pengawas
5. Melatih dan membimbing pengawas untuk menguruskan perhimpunan
sekolah dan hal-hal berkaitan disiplin
6. Melatih dan membimbing ketua kelas untuk menguruskan kelas
7. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes salah laku murid,
menyediakan laporan dan menyimpan rekod kes dalam Buku Rekod
Kesalahan Murid sebagai bukti dan rujukan pihak sekolah, ibu bapa /
penjaga, PPD, JPN dan lain-lain
8. Menghadiri mesyuarat dan menghantar laporan SSDM kepada PPD tiga kali
setahun

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1. Mengadakan Program Maju Diri untuk murid Tahap II
2. Terlibat secara langsung dalam semua program yang diadakan di sekolah
3. Menghadiri mesyuarat Bimbingan dan Kaunseling dan menghantar laporan
aktiviti yang dijalankan kepada PPD
4. Mewujudkan Sudut PPDa bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman
warga sekolah mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah

PENGURUSAN 3K - KECERIAAN
1. Penjadi Penyelaras 3K (Keceriaan, Kesihatan dan Keselamatan) sekolah
2. Bekerjasama dan berbincang dengan guru-guru 3K
3. Mengadakan Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas
4. Membuat Jadual Guru Bertugas untuk mengadili kebersihan dan Keceriaan
setiap kelas.
5. Mengumumkan kelas yang terbaik dan tercorot diperhimpunan pada setiap
minggu dan menentukan kelas terbaik secara keseluruhan pada akhir tahun

6. Melaksanakan Program Tandas Bersih dengan dibantu oleh Skuad Tandas


7. Terlibat secara langsung dengan aktiviti keceriaan sekolah

PENGURUSAN 3K KESIHATAN
1. Bekerjasama dan berbincang dengan guru-guru 3K
2. Membuat pemeriksaan di sekeliling sekolah untuk memastikan tiada takungan
air yang membolehkan jentik-jentik dan nyamuk membiak
3. Menyediakan laporan AEDES dan Denggi setiap bulan untuk dihantar ke PPD
4. Mengedar dan menampal risalah berkaitan kesihatan
5. Memastikan setiap murid mempunyai Kad Kesihatan dan Kad Rawatan Gigi
yang lengkap berisi maklumat dengan kerjasama guru kelas
6. Menyediakan tempat untuk rawatan murid
7. Mengumpul maklumat dan menguruskan murid yang memerlukan rawatan
dan perhatian kesihatan
8. Menguruskan aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan seperti suntikan, rawatan
gigi, pemeriksaan mata, ceramah kesihatan dan lain-lain
9. Memastikan murid yang sakit mendapat rawatan atau berehat dengan
kerjasama guru bertugas

PENGURUSAN 3K KESELAMATAN
1. Bekerjasama dan berbincang dengan guru-guru 3K
2. Membuat penegasan keselamatan murid semasa pergi dan balik dari sekolah
3. Merancang dan menjalankan latihan kebakaran dan kecemasan
4. Menyedia, mengedar dan memastikan pelan laluan kecemasan / kebakaran
ditampal di setiap kelas dan bilik-bilik khas
5. Memastikan alat-alat pemadam api dalam keadaan baik dan berfungsi
6. Menghubungi pihak polis, bomba dan hospital jika ada kecemasan
7. Menyediakan dan memastikan kotak kecemasan (first Aid) lengkap
8. Merancang pergerakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan pada masa
majlis rasmi sekolah

KEBAJIKAN MURID TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA


1. Menyediakan senarai nama murid tahun 1 hingga 6
2. Membuat bayaran insurans takaful sebanyak RM1.50 bagi setiap murid di
Takaful Malaysia di Putrajaya
3. Membuat salinan resit yang diterima dari Takaful Malaysia
4. Menguruskan tuntutan insurans murid jika berlaku sebarang bencana atau
kecelakaan pada murid

KEBAJIKAN MURID KWAPM DAN E-KASIH


1. Menguruskan bantuan KWAPM dan eDamak
2. Mengedarkan dan mengumpul borang permohonan KWAPM kepada semua
murid tahun 1 hingga 6 melalui guru kelas
3. Memastikan murid yang layak menerima bantuan KWAPM dan eKasih
4. Menghadiri mesyuarat, mengemaskini dan melengkapkan borang rumusan
KWAPM untuk dihantar ke PPD
5. Menyelaras taklimat dan pemberian wang KWAPM dan eKasih kepada ibu
bapa penjaga
6. Membuat permohonan bagi murid cicir

KEBAJIKAN MURID RMT DAN KANTIN


1. Menentukan menu RMT dan memastikan makanan yang diberi menu tersebut
2. Menyediakan perjanjian RMT dan perjanjian Kantin dan pengusaha mengikut
seperti yang ditentukan dalam perjanjian
3. Memastikan pengusaha RMT mematuhi peraturan penyediaan makanan dan
membuat laporan harian kantin
4. Membuat dan menghantar laporan Kendiri Kantin ke PPD pada setiap bulan
5. Memberi maklumat dan Data SisMakan pada penyelaras SMM
6. Memastikan pemeriksaan kesihatan kepada pengusaha kantin pada setiap
tahun dimana setiap pekerja telah menerima suntikan TYT termasuk
pengusaha

KEBAJIKAN MURID PROGRAM SUSU


1. Mendapatkan kebenaran ibu bapa penjaga untuk pemberian susu kepada
anak jagaan mereka
2. Memaklumkan kepada murid kepentingan amalan pemakanan seimbang,
minum susu.
3. Menerima susu sekolah daripada pembekal dan menyimpannya di tempat
yang sesuai
4. Memberi susu sekolah kepada murid mengikut jadual yang ditetapkan

KEBAJIKAN MURID BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN


1. Menyediakan senarai nama murid

2. Menyediakan borang penerimaan wang bantuan untuk di tanda tangani oleh


ibu bapa penjaga semasa penerimaan wang bantuan
3. Memastikan setiap murid menerima bantuan khas persekolahan sebanyak
RM100.00
4. Menyelenggara jamuan ringan jika perlu
5. Menyediakan laporan yang lengkap untuk salinan sekolah dan PPD.
HARI KANAK-KANAK
1. Menyediakan kertas kerja dengan menyatakan anggaran perbelanjaan untuk
Hari Kanak-kanak
2. Mengadakan mesyuarat untuk membincangkan aktiviti yang bakal di jalankan
3. Merancang aktiviti sukaneka dengan kerjasama Setiausaha Sukan
4. Merancang dan melatih murid untuk aktiviti persembahan dengan kerjasama
guru-guru kelas
5. Menyediakan sijil dan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada muridmurid
6. Memilih persembahan yang terbaik untuk dijadikan persembahan sempena
Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah

SARANA SEKOLAH DAN IBU BAPA


1. Penyelaras merupakan Setiausaha PIBG sekolah
2. Memastikan semua eviden disimpan sebagai bukti sekolah menjalankan
sarana seperti gambar, soal selidik, brochure dan sebagainya
3. Menganalisis maklumat dan bertanggungjawab dalam mengurus segala
perkara yang berkaitan dengan sarana sekolah dan ibu bapa

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN KESELAMATAN


1. Memastikan bilangan Pekerja Pembersihan dan Pengawal Keselamatan
adalah mencukupi seperti mana peruntukan yang sepatutnya
2. Memastikan Kontraktor Pembersihan menyediakan keperluan barangan
pembersihan yang mencukupi
3. Memastikan Pengawal Keselamatan menjaga keselamatan sekolah dan
warga sekolah sepanjang hari
4. Mengurus hal-hal berkaitan perkhidmatan pembersihan dan keselamatan

BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (JKM)

Buku Jadual Kedatangan Murid (JKM) adalah satu dokumen yang sangat penting dan akan
diaudit. Oleh yang demikian guru kelas hendaklah sentiasa berwaspada dalam
pengendaliannya. JKM murid sementara akan digunakan untuk bulan Januari.

Peraturan Menulis Jadual Kedatangan Murid


Menggunakan pen dakwat BIRU
Buku Kedatangan ini perlu ditulis tangan dan tidak boleh ditampal atau bercetak
Nama penuh murid ditulis bin, binti atau anak mengikut ejaan surat beranak dan
disusun mengikut abjad bukan lelaki di atas dan perempuan di bawah
Murid yang baru berdaftar perlu mendapatkan nombor pendaftaran sekolah dari
Buku Pendaftaran Murid di pejabat dan namanya ditulis di bawah sekali sehingga
akhir tahun
Murid yang berpindah tidak perlu menulis namanya pada bulan berikutnya dan nama
di bawahnya dinaikkan ke atas
Jika murid bertukar/berhenti sila catatkan di ruang bulan berkenaan dan dibahagian
Butir Diri Murid tentang tarikh dan sebab berhenti.
Pada hari Sabtu dan Ahad jangan diconteng atau dibulatkan
Kedatangan murid perlu ditanda dan hantar ke pejabat sebelum atau pada jam 9.00
pagi setiap hari dan hanya guru kelas yang boleh mengambil dan menghantar buku
Jadual Kedatangan Murid
Buku kedatangan mesti sentiasa berada di sekolah iaitu di rak di pejabat bukan di
bilik guru, kelas dan lain-lain.
Tanda-tanda yang digunakan dalam menandakan kedatangan
a)
/
hadir
b)
O
tidak hadir tanpa sebab
Guru Kelas tidak boleh mengugurkan atau memasukkan nama sebarang murid
dalam Jadual Kedatangan tanpa arahan daripada Guru Besar/GPK I/ GPK HEM
Hari kelepasan hendaklah ditandakan dengan garis melintang (slash) dari atas kiri ke
bawah kanan (dari no 130) dan ditulis CUTI di atas garisan tersebut
Jumlah murid yang tidak hadir pada bahagian bawah : tulis O jika semua hadir
Jadual kedatangan hendaklah ditutup selengkapnya pada setiap akhir bulan
Hitung Panjang Kedatangan, Peratus Kedatangan dan Hitung Panjang Ramai Murid
perlu ditulis dalam nombor bulat dan bukan perpuluhan
Penyata bulan mengikut bangsa dan agama serta analisis kedatangan setahun perlu
dikemas kini pada setiap akhir bulan
Butiran peribadi murid di bahagian belakang hendaklah diisi lengkap dan terkini
Semua ketidakhadiran murid ke sekolah hendaklah disokong dengan surat akuan
doktor atau surat ibubapa/penjaga dan hendaklah disimpan dalam sampul surat
yang ditampal di kulit belakang buku Jadual Kedatangan Murid
Tertakluk pada PERATURAN di buku Jadual Kedatangan Murid

DISKRIPSI TUGAS
JAWATANKUASA KOKURIKULUM
JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM
1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah Rancangan Jangka Panjang /
Pendek
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti
5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum
peringkat daerah / negeri / kebangsaan
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum
8. Memastikan tarikh Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah, Merentas Desa,
Hari Kokurikulum dan kegiatan lain
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di
sekolah
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan wang yang
akan digunakan
12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH


1. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai
2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek
3. Mengenalpasti T.O.V (take of Value) dan merancangkan aktiviti sukan
4. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan
5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di
sekolah
6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan
7. Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus
dalaman / luaran
8. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi
menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan

SETIAUSAHA SUKAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah


Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSD, MSSS, MSSM
Membantu Guru Besar mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
Menetapkan murid dalam rumah sukan
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan
Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah
Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah
Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan
Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar
sekolah untuk edaran , rujukan dan rekod
Sentiasa berbincang dengan Guru Besar / Penolong Kanan Kokurikulum
untuk kepentingan sukan sekolah
Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam Buku
Rekod Pencapaian Sukan Sekolah

GURU PERMAINAN
1.
Membentuk Jawatankuasa
2.
Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam permainan
3.
Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar
4.
Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi
5.
Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
kokurikulum
6.
Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan / Kelas / Sekolah
7.
Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai
8.
Mengurus surat kebenaran ibu bapa /penjaga untuk pertandingan luar
sekolah
9. Menyemai semangat kesukanan dikalangan murid
10.
Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan
baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan
11.
Merancang aktiviti tahunan dengan Guru Rumah Sukan
12.
Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkannya
13.
Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah
/ negeri / wakil daerah / wakil negeri dan negara

KETUA RUMAH SUKAN


1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan
murid)
2. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga
dan permainan serta membuat pengagihan tugas kepada semua ahli
3. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan
4. Menentukan guru yang menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat
sekolah
5. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan / Penolong Kanan
Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah
6. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod
7. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada
Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah

GURU RUMAH SUKAN


1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan
2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan
dicatat dalam buku kehadiran
3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan
antara rumah sukan
4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah
5. Merekodkan kedatangan dan mengambil tindakan murid yang tidak hadir
6. Mengawasi keselamatan murid waktu latihan
7. Menyemai semangat kesukanan dikalangan murid
8. Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan
prestasi rumah sukan

SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1.
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum sekolah
2.
Menyediakan takwim dan jadual aktiviti kokurikulum yang sesuai dengan
aktiviti peringkat daerah / negeri / kebangsaan
3.
Membantu Guru Besar mengagih tugas guru dalam kelab, persatuan dan unit
beruniform
4.
Menetapkan pelajar dalam kelab, persatuan dan unit beruniform
5.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan
6.
Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti kokurikulum luar sekolah
7.
Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan kokurikulum sekolah
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan kokurikulum
9.
Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan kokurikulum

10.
11.
12.

Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti kokurikulum sekolah dan


luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod
Sentiasa berbincang dengan Guru Besar / Penolong Kanan Kokurikulum
untuk kepentingan kokurikulum sekolah
Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam Buku
Rekod Pencapaian Kokurikulum Sekolah

PENYELARAS PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM


1.
Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan / kelab / unit beruniform
2.
Menyelaras semua aktiviti
3.
Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk murid memasuki
persatuan / kelab / unit beruniform
4.
Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan
baik
5.
Memastikan Peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan
dan failkan
6.
Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan
7.
Menguruskan Buku / Kad Kokurikulum:
a. Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada
semua murid
b. Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod
di Bilik GPK Kokurikulum
c. Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti:
Borang memasuki persatuan
Borang senarai AJK dan ahli
Buku Laporan Kegiatan
Fail-Fail yang diperlukan

GURU PENASIHAT PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM


1. Membentuk jawatankuasa persatuan / kelab / unit beruniform
2. Memastikan aktiviti persatuan / kelab / unit beruniform selaras dengan objektif
sekolah
3. Memastikan adanya peraturan / perlembagaan
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam
perlembagaan
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid dan menyerahkan
kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan

7. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan failkan


8. Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan
persatuan / kelab / unit beruniform
9. Bekerjasama dengan pihak untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari
Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Upacara, Hari Guru dan lain-lain
10. Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar
sekolah.
11. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya
12. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan
kepada Jawatankuasa Kokurikulum

You might also like