You are on page 1of 7

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1.1 Ketua Jabatan


Pentadbiran
1. Mentadbir dan mengurus sekolah
2. Merancang program perkembangan guru dan kakitangan
3. Mengangih dan menyelia tugas-tugas dan kakitangan sokongan
4. Menyelia tatacara pentadbiran dan tatasusila serta lain-lain aspek pengurusan
5. Penasihat badan disiplin murud-murid
6. Penasihat Persatuan Ibubapa dan Guru
7. Setiausaha Jemaah Pengurus Sekolah
8. Melaksanakan dasar pendidikan negara serta segala arahan dan peraturan yang
di keluarkan dari masa ke semasa
9. Mengeluarkan arahan dan peraturan untuk guru dan kakitangan sekolah bagi
melaksanakan tiap-tiap jenis tugas sama ada dalam bidang pentadbiran,
kurikulum, kokurikulum dan tata tertib
10. Mengawal perlaksaan kurikulum dan kegiatan kokurikulum
11. Ketua menilai dan perancang hasil usaha guru dan kakitangan sekolah serta
murid-murid
12. Ketua pembimbing guru-guru dan kakitangan sekolah
13. Ketua protokol bagi acara sekolah
14. Pegawai perhubungan di antara sekolah dengan luar sekolah
15. Pengerusi jawatankuasa buka tender kantin sekolah
16. Mengesah kesahihan dokumen-dokumen
17. Bertanggungjawab terhadap keselamatan murid, guru, kakitangan sekolah dan
harta benda sekolah
18. Bertugas di pejabat semasa cuti sekolah
Kewangan
1. Merancang dan mengawal kewangan sekolah
2. Ketua juru audit akaun persatuan atau kelab sekolah

Kurikulum
1. Pengerusi jawatankuasa perancang kuriklum sekolah
2. Menyelia pengajaran dan pembelajaran, buku persediaan mengajar, buku latihan
murid-murid dan lain-lain
3. Mengajar sekurang-kurangnya 9 waktu seminggu
4. Pengerusi Lembaga Tatatertib

Kokurikulum
1. Pengerusi jawatankuasa bimbingan pelajar sekolah
2. Pendaftar persatuan atau kelab sekolah
3. Penasihat kepada persatuan dan kelab sekolah
4. Penasihat jawatan kuasa sukan sekolah
1.2 Guru Penolong Kanan
I) Penolong Kanan Akademik
1. Melaksanakan tugas-tugas di bahagian akademik Menjadi ketua perhubungan di
antara guru besar dengan guru-guru dan kakitangan sekolah
2. Naib Pengerusi Perancang Sekolah Pengerusi jawatankuasa mesyuarat penuh
guru-guru
3. Menyelia dan mengurus perangkaan, penyataan tahunan, bulanan dan lain-lain
data
4. Menyelia dan mengurus borang-borang penilaian prestasi guru-guru dan
kakitangan sekolah sebagai pegawai penilai
5. Setiausaha Lembaga Tatatertib sekolah
6. Bertugas di pejabat semasa cuti penggal sekolah
7. Menyelia pendaftaran, kemasukan, dan perpindahan murid
8. Menyelia keadaan fizikal sekolah, peralatan dan harta benda sekolah
9. Menyelia buku kedatangan guru dan kakitangan sekolah Menyelia pengurusan
gaji, kewangan dan akaun sekolah
10. Mengurus permit mengajar guru-guru
11. Membantu guru besar dalam perhubungan luar sekolah
12. Menyemak dan mengambil tindakan terhadap laporan guru bertugas harian
13. Merancang dan melaksana bersama takwim sekolah
14. Mengatur dan menyelia kerja guru dan kakitangan sekolah
15. Ahli jawatankuasa buka tender sekolah
16. Mengajar tidak kurang dari 9 waktu seminggu
17. Menjalankan tugas guru besar semasa ketiadaannya
18. Menyelia proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan
sempurna pengerusi jawatankuasa jadual waktu
19. Mewakili guru besar dalam mesyuarat atau penyampaian semasa ketiadaannya.
Ii) Guru Penolong Kanan Hem
1. Menjalankan tugas hal ehwal murid-murid
2. Menyelia proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan
sempurna terhadap murid-murid
3. Setiausaha Jawatankuasa Perancang sekolah
4. Memastikan perlaksanaan sukatan pelajaran diikuti dengan sepenuhnya
5. Mengawasi disiplin pekerja dan murid-murid
6. Menyelia biasiswa murid-murid Menyemak buku latihan murid-murid
7. Menyelia pengurusan buku rekod, kad kemajuan murid
8. Menguruskan sijil-sijil akademik
9. Menyelia penyimpanan stok peralatan mengajar
10. Mengajar tidak kurang 9 waktu seminggu Menjalankan tugas guru besar dan
mewakili guru besar dalam ketiadaan guru besar dan penolong kanan 1
11. Bertugas di pejabat sekolah dalam masa cuti penggal sekolah Menyelia kantin
dan RMT
12. Mengawasi disiplin pengawas dalam menjalankan tugas
13. Mengawasi kedatangan guru dan murid
14. Mengatur kawasan sekolah kepada murid dan pekerja
15. Keselamatan jalanraya
16. Membahagikan tugas kepada murid dan pekerja
17. Mengadakan perjumpaan dengan ibubapa bila memdapati murid-murid lemah
atau tidak hadir ke sekolah atau kesulitan membayar yuran
18. Menerima pendaftaran murid Menyelia pengurusan gaji dan kewangan sekolah
19. Merumus dan menganalisa keputusan ujian peperiksaan serta penyaluran murid
iii) Guru Penolong Kanan Kokurikulum   
1. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada guru besar dalam aspek pengurusan ko-
kurikulum
2. Menjalankan tugas guru besar semasa ketiadaan penolong kanan 1 dan 2.
3. Mengajar tidak kurang 9 waktu seminggu.
4. Menyelia dan menilai aktiviti ko-kurikulum di sekolah.
5. Merancang takwim sukan dan permainan, unit berunifom, persatuan dan kelab.
6. Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan, kegiatan unit berunifom
persatuan dan kelab.
7. Menyelaras aktiviti sukan dan permainan, unit berunifom, persatuan dan kelab di
dalam dan di luar sekolah
8. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk kegiatan ko-kurikulum
9. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan ko-kurikulum
10. Menyelaras hari upacara dan perayaan yang diadakan di sekolah.
11. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pasukan sekolah
12. Menyelaras pembahagian murid-murid dalam pasukan dan persatuan
13. Menentukan penglimatan murid-murid dalam masa kegiatan ko-kurikulum
14. Mengurus dan bertanggungjawab mengenai alat-alat sukan dan permainan
15. Bertanggungjawab mengenai semua pakaian seragam yang diberi oleh sekolah
16. Memastikan rekod data ko-kurikulum Menguruskan kursus dan latihan untuk guru
dan murid dalam bidang ko-kurikulum
17. Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan ko-
kurikulum
18. Menganggotai jawatankuasa perancang sekolah, penjadualan sekolah
Menganggotai jawatankuasa tatatertib sekolah
1.3 Guru Panitia
1. Memperolehi sukatan matapelajaran yang terbaru untuk kegunaan ahlinya.
2. Menyediakan rancangan mengajar selaras untuk penggal-penggal persekolahan
3. Memilih dan mencadangkan buku teks kepada pentadbir
4. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau buku bacaan tambahan untuk
kegunaan pelajar dan guru kepada Pusat Sumber
5. Menyelaras ujian dan peperiksaan dan menubuhkan bank soalan
6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan
7. Mengadakan mesyuarat secara berkala dan pertemuan ‘ad hoc’ jika perlu
8. Bertukar pengalaman
9. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan kelab dan persatuan
10. Bekerjasama dengan panatia lain
11. Melantik setiausaha menyediakan minit
12. Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit, laporan mesyuarat, surat-
menyurat, serta rekod berkaitan.

1.4 Guru Baharu


1. Melaksanakan tugas sebagai guru dan mematuhi etika profesion keguruan.
2. Melaksanakan aktiviti/program pementoran dan peningkatan profesionalisme
bersama Guru Mentor seperti yang digariskan dalam PPGB yang meliputi aspek
Pembelajaran dan Pengajaran (P&P), Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan
Sekolah (termasuk pengurusan Hal Ehwal Murid) dan Pembangunan
Profesionalisme.
3. Sentiasa peka terhadap persekitaran sekolah sebagai satu kawasan yang
selesa, selamat, bersih dan ceria yang dapat mewujudkan suasana P&P yang
kondusif dan efektif
4. Memberi kerjasama terhadap pentadbir, Guru Mentor dan rakan sekerja untuk
mencapai objektif pelaksanaan PPGB.
5. Menyediakan laporan aktiviti/program pementoran dalam bentuk folio yang
sentiasa dikemaskini. Folio yang dihasilkan (seperti dicadangkan dalam modul
PPGB) hendaklah sentiasa dikemaskini dan hendaklah dibincangkan bersama
Guru Mentor dari semasa ke semasa serta hendaklah diserahkan kepada
pentadbir sekolah pada awal tahun kedua perkhidmatan untuk tujuan penilaian
dan perakuan cadangan pengesahan dalam perkhidmatan.
6. Meningkatkan pengetahuan untuk pembangunan profesionalisme berterusan
secara formal dan informal.

You might also like