You are on page 1of 6

Ruj. Kami : Tarikh : Kepada: ...........................

Tuan/Puan,

PERLANTIKAN SEBAGAI PENTAKSIR DAN JAWATANKUASA PBS SEKOLAH 2013 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan/puan/cik telah dilantik sebagai Ketua Pentaksir /

Pentaksir * dan AJK PBS Sekolah bagi mata pelajaran _______________________________ bermula pada ----------------------------------------.

3.

Perlantikan ini merupakan salah satu daripada tugas rasmi tuan/puan. Semoga tuan/puan

dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh cemerlang.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


....................................................................

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MAMAT, JALAN PAYAMAS, 84900 TANGKAK, JOHOR DARUL TAKZIM.

KOD SEK :JEA5026 NO TEL : 06-9781245 NO FAX: 06-9789784

Ruj. Kami Tarikh Kepada, Ibubapa/Penjaga, SMK Tun Mamat

: SMKTM 06/02/002 : 14 Januari 2013

Tuan, Makluman Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) Tahun 2013 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa semua sekolah diwajibkan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) . 2. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah, dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan sepanjang tahun dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk ujian lisan dan kerja kursus. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Sehubungan dengan itu, kehadiran murid ke sekolah amat penting agar proses pentaksiran ini dapat dijalankan dengan lancar semasa pengajaran dan pembelajaran. Jadual pelaksanaan PBS adalah seperti dalam lampiran. 4. Kerjasama dan komitmen Tuan/ Puan amatlah diharapkan bagi membantu pihak sekolah menjayakan PBS dengan sentiasa memberi dorongan dan memantau kehadiran dan perkembangan pelajaran anak Tuan/ Puan. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah, . ...

Lampiran
JADUAL PELAKSANAAN PBS 2013 BIL 1 2 3 4 MATA PELAJARAN (PMR) Sejarah (Kerja Kursus) Geografi (Kerja Kursus) Bahasa Arab Komunikasi Pendidikan Islam Tilawah & hafazan Adab & Akhlak Islamiah Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) Sains Pentaksir Kerja Amali (PEKA) Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Kemahiran Teknikal Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) ERT Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) P&K Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris (PLBS) KOD 21/2 23/2 31/2 45/2 Tingkatan 3 JAN-JULAI TARIKH

5 6 7 9 10

55/3 76/2 77/2 79/2

MATA PELAJARAN (SPM) BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS BAHASA CINA SCIENCE PEND. MORAL PSV PENDIDIKAN ISLAM ERT LUKISAN KEJURUTERAAN PENDIDIKAN AL QURAN DAN SUNNAH PRODUKSI MULTIMEDIA PHYSICS CHEMISTRY BIOLOGY BAHASA ARAB KOMUNIKASI PRINSIP PERAKAUNAN BAHASA TAMIL

KOD 1103 1119 6351 1511 1225 2611 1223 3758 3759 3763 7403 4531 4541 4551 6362 3756

BENTUK UJIAN ULBS ULBS ULBS PEKA KERJA KURSUS KERJA KURSUS

TARIKH

Tingkatan 4 KERJA KURSUS PROJEK PROJEK MODUL PEKA PEKA PEKA PLBS KERJA KURSUS Tingkatan 5 (JAN-JULAI) (JAN OKT )

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MAMAT, JALAN PAYAMAS, 84900 TANGKAK, JOHOR DARUL TAKZIM.

KOD SEK :JEA5026 NO TEL : 06-9781245 NO FAX: 06-9789784

Ruj. Kami Tarikh Kepada, Pelajar-pelajar, SMK Tun Mamat Tangkak, Johor

: SMKTM 06/02/003 : 14 Januari 2013

Makluman Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) Tahun 2013 Dimaklumkan bahawa semua sekolah diwajibkan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) bagi murid-murid Tingkatan Satu hingga Lima. Ia akan dilaksanakan oleh guru matapelajaran masing-masing dalam bentuk lisan dan kerja kursus, 2 . Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4, PBS akan dilaksanakan pada bulan Januari hingga Oktober dan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5, ia kan dilaksanakan pada bulan Januari hingga Julai. 3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kerjasama semua pelajar untuk memberi komitmen yang penuh untuk hadir ke sekolah dan dapat menyiapkan tugasan-tugasan PBS mengikut ketetapan berikut: Bil 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 3. Sekian. Matapelajaran Semua mata pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains Pendidikan Islam Bahasa Arab Kemahiran Hidup Sejarah Geografi Kimia/Biologi/Fizik Pendidikan Moral Pendidikan seni visual Lukisan kejuruteraan ERT Bahasa Cina Prinsip Perakaunan Produksi Multimedia Tingkatan 1-2 Bentuk Pentaksiran Sekolah dan Pusat Lisan Lisan Kerja Amali/PEKA Tilawah/Hafazan/PAFA Lisan Kerja Kursus Kerja Kursus Kerja Kursus Kerja Amali Kerja kursus Kerja kursus Kerja kursus Kerja kursus Lisan Kerja kursus Kerja kursus

3-5

4-5

Segala usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan akan menghasilkan kejayaan cemerlang .

. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MAMAT, JALAN PAYAMAS, 84900 TANGKAK, JOHOR DARUL TAKZIM.

KOD SEK :JEA5026 NO TEL : 06-9781245 NO FAX: 06-9789784

Ruj. Kami Tarikh Kepada, Ibubapa/Penjaga, SMK Tun Mamat Tuan/Puan

: SMKTM 06/02/002 : 14 Januari 2013

MAKLUMAN TENTANG PELAKSANAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TINGKATAN 1 dan 2 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan penambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran Kebangsaan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun 2011. Pada tahun 2013, pelaksanaan PBS ini melibatkan murid Tingkatan 1 dan 2. 3. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah, dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. 4. Komponen PBS terdiri daripada: Pentaksiran Sekolah

AKADEMIK

BUKAN AKADEMIK

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru yang melibatkan semua mata pelajaran. Pentaksiran Pusat Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat Sukan dan Kokurikulum sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti

Pentaksiran Psikometrik

kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum. Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

5. Dengan pelaksanaan PBS maka tidak ada lagi laporan pencapaian atau kemajuan prestasi murid dalam bentuk markah, gred dan ranking (kedudukan dalam kelas). Sebaliknya melalui Pentaksiran Sekolah pelaporan prestasi adalah merujuk kepada Standard Prestasi berasaskan band yang akan menyatakan apa yang murid tahu, faham dan boleh buat. Berikut adalah kerangka Standard Prestasi yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah: BAND 6 5 4 3 2 1 STANDARD Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu dan Faham Tahu

6. Sehubungan dengan itu, kehadiran murid ke sekolah amat penting agar proses pentaksiran ini dapat dijalankan dengan lancar semasa pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan kehadiran dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan ekstrakurikulum akan dapat memberi nilai tambah dalam pencapaian prestasi murid. 7. Kerjasama dan komitmen Tuan/ Puan amatlah diharapkan bagi membantu pihak sekolah menjayakan PBS dengan sentiasa memberi dorongan dan memantau kehadiran dan perkembangan pelajaran anak Tuan/ Puan. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

You might also like