You are on page 1of 5

Ruj. Kami : SAMTAJ.SB 01/07/001 Jld.

1( )
Tarikh : 8 Julai 2013

Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui
Pengetua,
Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

Kepada :
Ibu bapa /Penjaga
Tuan,
Pemberitahuan tentang Program Kecemerlangan Bahasa Melayu Anjuran Panitia Bahasa Melayu
bagi Calon SPM
Perkara di atas dirujuk
2. Sehubungan dengan perkara di atas, Panitia Bahasa Melayu akan mengadakan satu program
iaitu Kecemerlangan Bahasa Melayu bagi calon-calon SPM. Program ini dijalankan bertujuan
meningkatkan prestasi pelajar ke tahap kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, di
samping melahirkan yakin diri dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan yang akan
menjelang tiba.
3. Bersama ini saya sertakan surat kebenaran penjaga untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
4. Menjadi harapan saya agar pihak tuan membenarkan kehadiran anak-anak jagaan tuan/puan
agar kecemerlangan dalam genggaman. Insya-Allah. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak
tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang menjalankan tugas,
-------------------------------------------------------
(EN. LUQMAN HAKIM BIN MOHD SAID)
Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SAM Tengku Ampuan Jemaah, Sg. Besar.


SAM TENGKU AMPUAN JEMAAH, SG BESAR

KERTAS KERJA
PROGRAM KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU

ANJURAN:
PANITIA BAHASA MELAYU

SEKOLAH AGAMA MENENGAH
TENGKU AMPUAN JEMAAH, SG BESAR

OLEH:
PN ROSNIDA BINTI AHMAD HASSAN
(GURU BAHASA MELAYU ),
&
EN LUQMAN HAKIM BIN MOHD SAID
(KETUA PANITIA BAHASA MELAYU)





1.0 PENGENALAN

Program ini dijalankan adalah rentetan daripada keputusan peperiksaan pertengahan
tahun SPM 2012 yang lalu. Walaupun keputusan yang lalu tidak begitu membimbangkan
namun terdapat pelajar yang perlu dibimbing. Program ini juga dijalankan untuk memberi
peluang kepada pelajar yang mendapat gred B+ dan C dalam menyerlahkan potensi diri
terus menggapai gred yang tertinggi. Sehubungan dengan itu, Panitia Bahasa Melayu
yang cakna dengan perkembangan pelajar, mengambil inisiatif melaksanakan Program
Kecemerlangan Bahasa Melayu dalam menjamin 100% selain tidak menghampakan
harapan sekolah dan ibu bapa.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menjadikan pelajar berkeyakinan dalam menjawab soalan peperiksaan Bahasa
Melayu
2.2 Menjadikan pelajar faham dan menguasai cara-cara pembinaan karangan dan
rumusan yang baik dan cemerlang
2.3 Menjadikan pelajar faham dan menguasai tatabahasa dan cara menjawab dengan
betul
2.4 Menjadikan pelajar faham dan menguasai cara menjawab soalan pemahaman
dengan lengkap, tepat dan baik.
3.0 HARI PELAKSANAAN
SABTU
4.0 TARIKH
13 JULAI 2013
5.0 AGENDA PROGRAM
8.00 10.00: KARANGAN BAHAGIAN A
10.00 10.30: REHAT
10.30 11.30: TATABAHASA
11.40 1.30: KOMSAS







6.0 PERMOHONAN PERUNTUKAN
BIL PERKARA RM

1. MAKANAN
Sarapan pagi = rm 3.00 x 65
Tengah hari = rm 5.00 x 22

RM 195.00
RM 110.00
2. Kertas sebak rm 0.60x50

RM 30.00
3. 1. Hamper = RM 15x6

RM 90.00
4. Gula-gula RM 2.50
Jumlah RM 427.50

10.0 PENUTUP
Semoga segala perancangan ini akan dipermudahkan oleh Allah Taala. Segala kerjasama
daripada semua pihak amat diharapkan dan mendapat keberkatan dari Nya jua dalam
mendaulatkan ilmu Allah di muka bumi ini, Amin.
Yang menjalankan tugas,
..
(EN LUQMAN HAKIM BIN MOHD SAID)
Ketua Panitia Bahasa Melayu, SAMTAJ















Ruj. Kami : SAMTAJ.SB.01/07/001 Jld. 1 ( )
Tarikh : 8 Julai 2013

Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.


Kepada ,
Pengetua,
Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
Permohonan Kelulusan Kertas Kerja Program Kecemerlangan Bahasa Melayu dan Memohon
Wang Peruntukan Program
Perkara di atas dirujuki.
2. Sehubungan dengan perkara di atas, Panitia Bahasa Melayu, akan menganjurkan satu program
iaitu Kecemerlangan Bahasa Melayu pada 13 Julai 2013. Sehubungan dengan itu saya memohon
jasa baik pihak tuan agar dapat meluluskan kertas cadangan ini dan seterusnya meluluskan
permohonan peruntukan perbelanjaan dalam menjayakan program ini iaitu sebanyak RM 427.50
sahaja.
3. Bersama ini saya sertakan kertas cadangan program tersebut dengan permohonan peruntukan
untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
4. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang menjalankan tugas,
-------------------------------------------------------
(LUQMAN HAKIM BIN MOHD SAID)
Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SAM Tengku Ampuan Jemaah, Sg. Besar

You might also like