You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PENGERUSI

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5 IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,
BATU PAHAT
SEMPERNA LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)
21 Ogos 2015,
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEPARAP
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Terima kasih Saudara Pengacara Majlis,
Yang Berhormat Puan Saodah binti Ahmad
Guru Besar SK Seri Separap
Yang Berusaha Tn Haji Jamhari bin Harun
Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Berusaha Encik Zahari bin Abu Bakar
Penolong Kanan HEM
Yang Berusaha Ustaz Fathi bin Misan
Penolong Kanan Ko-kurikulum

Yang dihormati En Mohd Razali bin Hashim


Penolong Penyelaras Program BIG FASA 5 IPG Kampus Tun Hussein Onn
Encik Awang Musa bin Awang Besar
Tutor OPSYEN Rbt SEM 5 GSTT AMBILAN JUN 2013
Guru-guru SK SERI SEPARAP, para peserta BIG fasa 5
Hadirin yang saya hormati sekalian.

1.

Bersuyukur kepada Tuhan kerana dengan izin limpah dan kurnia-Nya

dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Berhimpun BIG fasa 5 Lawatan
Penanda Aras.
2.

Sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya selaku Pengerusi

Jawatankuasa BIG fasa 5 IPG Kampus Tun Hussein Onn ingin merakamkan
penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak SK
SERI SEPARAP dalam menjayakan program kami ini. Secara peribadinya, saya
amat terharu dengan sinergi yang diberikan oleh pihak sekolah kerana memberi
sambutan yang meriah kepada semua peserta BIG fasa 5 ini malah menerima kami
dengan tangan yang terbuka. Sekolah ini dipilih berdasarkan pencapaian
cemerlang dalam semua bidang seperti kurikulum, kokurikulum,disiplin dan
sahsiah terpuji dikalangan semua ahli warga SK SERI SEPARAP. SK SERI
SEPARAP merupakan sebuah sekolah yang berpotensi untuk melahirkan adiwangsa
yang mampu mengharumkan nama sekolah dan negara di mata dunia kelak.
3.

Penganjuran

lawatan

ini

secara

khususnya

adalah

bertujuan

untuk

mendedahkan kepada guru pelatih dengan situasi sebenar apabila bertugas di


sekolah kelak. Melalui perkongsian bersama warga sekolah daripada Guru Besar
hinggalah kepada para pekerja awam. Diharapkan para guru pelatih telah dapat
menimba pengalaman dan

ilmu baharu berkaitan pengurusan dan pentadbiran

sekolah secara menyeluruh. Dalam usaha untuk menghasilkan golongan pendidikan


yang bukan sahaja cemerlang juga syumul serta mahir dalam pelbagai bidang serta
membawa kepada penghasilan modul yang berkesan. Lawatan ini dibuat ke sekolah
yang

telah

mendapat

pengiktirafan

Sekolah

Bestari

Luar

Bandar

oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, sedikit sebanyak kejayaan


yang diperoleh dapat dikongsikan dan dinilai agar menjadi panduan untuk kejayaan
bidang pendidikan di Malaysia. Semoga program sebegini akan menjadi wadah
pencetus semangat inovasi agar perjuangan pendidikan akan sentiasa berlaku
sepanjang hayat.

4.

Hasil daripada penanda aras ini semua peserta telah dapat memenuhi semua

objektif yang ditetapkan. Program ini telah membantu guru-guru pelatih bagi

mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kursus ini. Program ini juga telah
dapat memangkin serta menyemarakkan semangat untuk menjadi pendidik yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam kalangan guru pelatih dan akhirnya akan
memberi impak positif yang membanggakan. Kesan akhir yang kita inginkan adalah
untuk melihat sistem pendidikan kita mencapai taraf unggul dan setanding di
peringkat global. Semua ini bermula dengan pemupukan semangat dan daya usaha
yang tinggi dalam kalangan bakal-bakal guru agar mereka ini berupaya
menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada sistem pendidikan negara kita.
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada warga SK Seri Separap yang sanggup
berkongsi segala maklumat dengan kami. Segala info yang diperolehi umpamakan
sebutir belian yang sangat berharga kerana ia tidak boleh diperolehi dimana-mana
sahaja melainkan daripada pengalaman dan usaha gigih bersama. Selain itu, segala
urusan bersama warga SK Seri Separap sangat efisien dan ini telah memudahkan
kami bagi melaksanakan tugasan yang diberikan. Kerjasama dan komitmen
sepenuhnya dari semua pihak adalah amat dihargai bagi memastikan kejayaan
program ini.
Akhir sekali, saya mewakili semua peserta program mengucapkan berbanyakbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas layanan yang diberikan
oleh semua warga SK Seri Separap. Kami juga turut mendoakan agar SK Seri
Separap menjadi sebuah sekolah yang terkenal dijagatraya sebagai sekolah bertaraf
dunia. Harap kita dapat bertemu lagi dalam program yang lain kelak.
Sekian, Terima Kasih !

You might also like