You are on page 1of 7

TEKS UCAPAN PENGETUA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 TAHUN 2023

SMK TAMAN KOTA KULAI

OLEH :
EN HAMZAH BIN ABU TALIB

PENGETUA
SMK TAMAN KOTA KULAI

HARI : AHAD
TARIKH : 25 JUN 2023
TEMPAT : WAKAF KOTA, SMK TAMAN KOTA KULAI
Terima kasih pengacara majlis.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang dihormati Puan Nor Alisalawati binti Ali,
Yang Dipertua PIBG SMK Taman Kota Kulai
Yang dihormati Puan Norazlin binti Hassan,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Taman Kota Kulai
Encik Mohd Tahir bin Ismail,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Rosnah binti Mastor,


Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Zuraidah binti Desa,
Penolong Kanan Petang
Barisan guru kanan mata pelajaran
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Taman Kota
Kulai.
Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati
sekalian.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah izin-Nya kita dapat berkumpul sempena
Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Kota Kulai kali
ke-22 bagi tahun 2023 ini. Saya bagi pihak sekolah
merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran
ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SMK Taman
Kota Kulai ke mesyuarat agung ini. Ibu bapa yang
hadir pada pagi ini sebenarnya ialah ibu bapa yang
cemerlang. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Di
sini saya ingin merakamkan ucapan
penghargaan kepada YDP PIBG, Jawatankuasa
PIBG dan guru-guru serta staf sekolah kerana
telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya
melaksanakan mesyuarat ini. Terima kasih
tidak terhingga daripada saya.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah
pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang
akademik mahupun dalam bidang kokurikulum.
Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan
usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa dalam
mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga
menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin
kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini
diberkati oleh Allah SWT.
Berdasarkan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) 2022 yang telah diumumkan baru-baru ini,
sukacita ingin saya maklumkan bahawa pencapaian
sekolah telah meningkat berbanding tahun 2021 iaitu
kita memperoleh peratus lulus sebanyak 89.14%
berbanding 87.28% dan gred purata sekolah yang
dicapai ialah 5.01 berbanding 5.20.

Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan


ini, PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah dalam
mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga
banyak memberi sumbangan dalam bentuk
kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta
hadiah kecemerlangan untuk anak-anak yang
berjaya.
Sumbangan yang PIBG berikan dalam
menjayakan semua aktiviti ini merupakan hasil
sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG.
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Kemenjadian murid bukanlah diukur berdasarkan
kejayaan mereka dalam akademik sahaja.
Sehubungan dengan itu, konsep ABC iaitu “Anak
yang Baik lagi Cerdik” telah diperkenalkan oleh Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Haji
Pkharuddin Haji Ghazali yang menekankan
kemenjadian murid dari segi akademik dan sahsiah.
Murid-murid dididik untuk mengamalkan tingkah laku
yang baik seperti beratur, memberi salam, menyusun
kasut dan lain-lain.

Konsep ini juga selaras dengan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan ke arah lebih
mengembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sekolah yang ceria dan kondusif adalah sangat
penting kerana mampu memberi impak kepada
emosi murid. Oleh itu, pihak sekolah sedang giat
dalam usaha pembangunan dan keceriaan kawasan
sekolah yang sudah pasti memerlukan kerjasama
daripada semua pihak dari segi tenaga kerja dan
kewangan. Oleh itu, sumbangan dan sokongan
berterusan daripada pihak tuan puan amat kami
hargai demi merealisasikan impian ini.

Selain itu, untuk pengetahuan hadirin yang saya


hormati, pelbagai program telah dirangka sepanjang
tahun 2023 ini yang mampu memberi impak kepada
kemenjadian anak-anak Kota Kecemerlangan seperti
program peningkatan sahsiah, program motivasi,
program kecemerlangan, program pembangunan
profesional guru dan program penyelenggaraan
bangunan.
Tuan puan yang dirahmati sekalian,
Sebelum saya melabuhkan tirai, sekali lagi saya
ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
ibu bapa yang hadir pada hari ini. Kehadiran para ibu
bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen
dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak
pada masa hadapan. Kerjasama dan sokongan
daripada ibu bapa dalam bentuk kewangan mahupun
barangan amat saya hargai.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like