You are on page 1of 5

DERAF TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ HAJI MD. FIAH BIN MD. JAMIN D.BN.S, A.N.S

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

Tarikh:

21 JULAI 2022 (KHAMIS)

Tempat:

(PUSAT DAKWAH ISLAMIAH, PAROI)

1
Bismillah-ir Rahman-ir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
Perpaduan dan Salam Sehati Sejiwa kepada hadirin hadirat sekalian.

SALUTASI (SENARAI HADIRIN)

PENDAHULUAN

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah


S.W.T. lantaran dengan limpah izin dan kurnia-Nya, dapat kita sama-sama
berkumpul secara maya sebagai tanda komitmen dan usaha kita dalam
melaksanakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban 2021. Syabas dan tahniah saya
tujukan kepada PPD Seremban yang telah berusaha gigih untuk
menjayakan majlis ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya dimaklumkan pada tahun 2021 seramai 687 orang warga pendidik
dan anggota khidmat sokongan daripada pelbagai peringkat jawatan telah
dipilih untuk menerima anugerah pada kali ini. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada semua penerima dan saya berharap agar mereka yang
berjaya ini akan terus bersemangat mencurahkan khidmat bakti kepada
negara yang dicintai ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang dianjurkan setiap tahun adalah


merupakan satu bentuk penghargaan ke atas usaha dan kegigihan

2
anggota perkhidmatan awam yang telah menunjukkan mutu perkhidmatan
yang melampaui dari kebiasaan. Insentif ini diberikan untuk terus
menggalakkan anggota perkhidmatan awam secara amnya untuk terus
berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.
Saya berharap penganugerahan yang diberikan ini akan dapat dijadikan
sebagai pembakar semangat kepada semua penerima agar terus bekerja
keras bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Kementerian Pendidikan
sebagai World Class Education Provider.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita perlu berganjak daripada pendekatan model kilang penghasilan


pendidikan (factory model of producing education) kepada model
penciptaan pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan
minda, yang menguji daya kreativiti dan inovasi, yang mencungkil
keupayaan menyelesaikan masalah dan yang mengasah ketajaman
penaakulan (reasoning) para pelajar. Ertinya, orientasi pengajaran dan
pembelajaran mesti berganjak daripada pembelajaran berbentuk hafalan
(rote learning) kepada pembelajaran yang memberangsangkan akal
(mind stimulating learning). Ini selaras dengan hasrat kementerian
Pendidikan Malaysia yang menitikberatkan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah.

Dalam merealisasikan hasrat ini, kita perlulah membuat lonjakan


paradigma di mana guru-guru perlu mengubah cara kerja yang lapuk dan
ketinggalan zaman kepada corak kerja yang pantas, tepat, inovatif dan
berkesan. Walau setinggi mana pun kita menggapai perubahan, adalah
yang lebih penting bagi kita semua untuk terus memberi penekanan
kepada “character building” iaitu melalui penambahan ilmu pengetahuan,
meningkatkan kemahiran dan juga mengamalkan nilai-nilai murni serta ciri-
ciri peribadi yang positif termasuk mengutamakan aspek integriti yang
tinggi dalam menjalankan tugas.

3
Imam Al-Ghazali pernah berkata bahawa ‘Beriman dan beramal
sumbernya ialah ilmu. Ilmu diperoleh dengan belajar. Tiada ertinya iman
kalau tiada amal dan tiada erti amal kalau tiada keikhlasan. Oleh itu, para
pendidik perlu sedar orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur
pencapaian berdasarkan standard kualiti yang telah dijanjikan.

Bagi merealisasikannya guru-guru mesti mengubah kaedah pengajaran


mereka dalam mengendalikan proses pengajaran dalam bilik darjah.
Mereka perlu menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi, sikap
dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam ilmu pengajaran abad ke-
21. Oleh itu, usaha untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 terletak pada saudara dan saudari yang berada di
hadapan saya ini. Umpama kata peribahasa Melayu: “Bak nyiru bak
tampian, bak guru bak anak sasian”, yang membawa maksud “Murid
akan mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak
baik”. Oleh yang demikian, jadilah contoh guru yang cemerlang yang
dapat memimpin dan membimbing murid sehingga menjadi insan yang
berguna kepada nusa dan bangsa.

PENUTUP

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada penerima-


penerima APC di daerah Seremban ini. Semoga kecemerlangan yang
dihasilkan dapat diteruskan dan ditambah baik dalam usaha meningkatkan
produktiviti dan memacu prestasi sekolah.

Akhir kata, saya berdoa agar kecemerlangan prestasi kerja yang dicapai
oleh tuan-tuan dan puan-puan dapat berkekalan, malah terus
mempertingkatkan lagi tahap kecemerlangan serta menjadi suntikan
semangat kepada warga kerja yang lain untuk turut cemerlang.

Syabas dan tahniah juga kepada seluruh warga pejabat Pendidikan


Daerah Seremban yang telah berusaha gigih bagi menjayakan Majlis

4
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Pendidikan Daerah
Seremban Tahun 2021. Saya berdoa dan berharap, moga komitmen dan
kerja keras tuan-tuan dan puan-puan akan menjadi legasi kepada jalinan
usaha yang akan terus memacu kecemerlangan yang berterusan dan tidak
akan berhenti di sini sahaja.

Dengan lafaz Bismillahhirohmannirahim, saya merasmikan Majlis


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah
Seremban Tahun 2021 ini.

Sekian. Wa Billahi Taufiq Wal Hidayah Wassalammualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

You might also like