You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN GURU BESAR

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019

Indah sungguh ciptaan tuhan,


Mentari merah di waktu senja
Terima kasih saya ucapkan,
Atas jemputan menyampai bicara

Berdiri megah tugu negara


Teguh dipersada tiada tandingan
Terima kasih pembuka bicara ,
Kepada pengacara cantik rupawan

Yang Berbahagia
Tuan Haji Dr Zainuddin bin Othman ( CEO SUASA EFEKTIK ( M ) SDN BHD)

Yang Di hormati
En Mohd Syafrin b. Abd Hamid
YDP PIBG SK Seri Bonus

Yang Berusaha
Pn hajah Atnawati Bt Abu Hanipah
GPKTadbir dan Kurikulum
En Mazerul bin Haji Mohd Mohayudin
GPK Hal Ehwal Murid
Pn Mimi Saliza Bt Abd Rahman
GPK Kokurikulum
Yang di Kasihi Barisan Guru, Ketua Guru KAFA, Guru – Guru KAFA, para ibubapa dan
penjaga murid , anak – anak cemerlang SK Seri Bonus sekalian

Assalamualaikum w.mw.m salam sejahtera, salam Malaysiaku Bersih

Alhamdulillah bersyukur kerana pada pagi yang penuh bermakna ini sekali lagi kita
dapat berkumpul bersama-sama bagi memberikan pengiktirafan kepada murid-murid
yang telah memperoleh tahap pencapaian yang cemerlang khusus dalam bidang
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah sepanjang tahun 2019. Sesungguhnya majlis indah
yang telah disusun atur oleh pihak pengurusan sekolah ini merupakan satu agenda
Pendidikan yang bertujuan untuk menghargai kejayaan-kejayaan yang telah diperolehi
murid-murid kita. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis
yang diketuai oleh Pn Atnawati Abu Hanifah , GPK Tadbir dan Kurikulum yang tentunya
telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini akan berjalan dengan lancar dan teratur
seterusnya mencapai matlamatnya Untuk tahun ini juga pihak sekolah
mengambungkan majlis anugerah kecemerlang sekolah dan kelas KAFA.Kejayaan
murid2 dalam kelas KAFA tidak kami lupakan.Memandangkan apa yang dinilai
sekarang ialah pencapain murid secara menyeluruh dan sudah tentukan kami bekerja
dibawah satu bumbung.. Kita sedar bahawa majlis seumpama ini amat perlu
dilaksanakan untuk memberi makna dan penghargaan kepada kehidupan anak-anak
generasi pewaris masa depan negara.

Dikesempatan ini juga saya ucapkan terima kasih kepada yang Berbahagia Tuan Haji
Dr Zainuddin Bt Othman, CEO Suasa Efektif (M) Sdn Bhd.kerana sudi meluangkan
masa untuk sama-samamemriahkan dan meraikan majlis kita pada pagi ini dan
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sk Seri Bonus pada tahun ini.
Walaupun dalam kesibukan tugas tapi masih mampu meluangkan masa Bersama
kami..Terima Kasih Tuan Haji.Saya juga mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan
kehadiran tuan puan. Saya percaya kerjasama yang padu serta sokongan yang
berterusan daripada ibu bapa akan meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk
terus mencatat kejayaan yang membanggakan.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Dikesempatan ini izinkan saya untuk mengicapkan Sekalung tahniah untuk semua guru
yang telah bekerja keras demi menyediakan dan menyampaikan pembelajaran yang
berkualiti supaya pada akhirnya murid yang menerima pembelajaran di sekolah ini
dapat menguasai kemahiran yang sepatutnya jesteru dapat menyumbang terhadap jati
diri dan daya saing negara seterusnya mampu menjadi insan yang cemerlang dan
dapat membangunkan negara sejajar dengan kehendak semasa pada masa akan
datang.

Syabas diucapkan kepada semua guru yang sememangnya tidak pernah jemu dan
sentiasa bekerja keras untuk melaksanakan perubahan dan pendekatan baharu dalam
sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk menggembleng bakat dan
potensi murid secara optimum. Syabas juga kepada ibu bapa kerana turut memainkan
peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Namun demikian
pada hemat saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri murid-murid
.Murid - murid.sendiri harus sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi
sekiranya ingin mencapai kecemerlangan.

Para Hadirin yang dihormati

SekolaH SK Seri Bonus boleh diketegorikan sekolah yang kecil walaupun bangunan
nya kelihatan agak besar dan gah.Dengan enrolmen murid seramai termasuk
pra sekolah dengan bilangan guru seramai 35 ..Bilangan ini agak kecil untuk
mengembeling tenaga bagi bagi menghadapi pelbagai tugasan, tuntutan,
tanggungjawab samada yang di amanahkan oleh pihak sekolah, ppd , jabatan maupun
KPM.Namun dengan kaspasiti dan kekangan yang ada kami berusaha untuk
memastikan tugasan, tuntutan dan tanggungjawab yang diamanahkan tetap kami
laksanakan demi anak didik kami di seri bonus ini.

Untuk makluman yang berbahagia Tuan hj dan ibubapa yang hadir..70% murid murid
kami datang dari keluarga B40..Dengan sumbangan PIBG yang kecil sudah semestinya
kami menghadapi sedikit kekangan untuk memajukan prasarana sekolah,menyediakan
kelengapan murid, kelas dan menyedaiakn dana untuk program – program
pembangunan akademik , sahsiah dan kokurikulum..Namun begitu walaupun dalam
situasi ini kami masih mapu bersaing dengan sekolah – sekolah yang lebih besar dan
hebat. Sebagai contoh dalam pertandingan Yamahan Music Time peringkat negeri kami
meraih tempat emas pertama utk kumpulan tahap dua dan emas ketiga bagi murid
tahap1. Dalam pertandingan Seni silat gayong peringkat kebangsaan, murid – murid
kita juga mendapat johon..2 hari lepas untuk pertandaingan Video ilham sempena
semposium kaunseling dan kerjaya sekolah telah memenangi tempat keempat
peringkat kebangsaan ..pada hemat saya , pencapaian ini amat membanggakan bagi
sekolah biasa seperti kami.

Justeru saya bagi pihak sekolah memohon jikan tuan – puan yang hadir dan ada
didepan saya iniyang berkemampuan, yang ada repo yang baik dengan badan – badan
Korporat dan Ngo,bolehlah kiranya membantu pihak sekolah dalam melaksanakan
perkongsian pintar dan jalinan kerjasam untuk pembangunan akedemik, sahsiah dan
koko murid.Semoga dengan bantuan ini kami dapat terus memacu kecemerlangan
tanpa masalah

Para Hadirin yang dihormati

Sebagaimana yang telah saya nyatakan di awal tadi bahawa majlis ini merupakan satu
pengiktirafan kepada murid-murid yang berjaya. Oleh itu, saya mengucapkan tahniah
dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya berharap agar
kejayaan murid-murid ini akan berterusan dan akan menjadi pembakar semangat
kepada murid-murid yang lain untuk sentiasa mempunyai sikap daya saing untuk
mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik bahkan dalam
bidang kokurikulum juga. Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar semua murid akan
terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah,
masyarakat, bangsa dan negara.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima
anugerah dan terima kasih daun keladi kepada jawatankuasa Majlisi Anugerah
Cemerlang 2019 Sekolah Kebangsaan Seri Bonus. Kepada tetamu dan hadirin,
sokongan tuan puan akan dikenang sampai bila-bila.

Makan rumput di tengah hutan ,


Hutan nya tumbuh si pohon jati
Andai tersalah dalam ucapan
Usah disimpan didalam hati

Daun selasih permainan budak


Bunga melur berbau wangi
Bertaut kasih bercerai tiada
Panjang umur berjumpa lagi

Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum
warahmatullahi wabaratuh.

You might also like