You are on page 1of 2

lhamdulillah, terlebih dahulu, marilah sama-sama kita mengucapkan rasa syukur

kehadrat Allah SWT, kerana dengan izinya, limpah dan hidayah-Nya, maka dapat
sama-sama kita berhimpun pada pagi ini dalam Majlis Anugerah Cemerlang dan
Apresiasi Tahun 6 SK Taman Johor Jaya 5.

Bagi pihak Johor Coperation (JCorp) , saya mengambil kesempatan di sini


untuk mengucapkan tahniah kepada SK Taman Johor Jaya 5 dengan kerjasama PIBG,
kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari ini. Bagi

pihak Johor Coperation juga, saya merakamkan ucapan terima kasih atas penghargaan
yang telah diberikan kepada pihak kami sebagai perasmi majlis ini. Sesungguhnya,
penghargaan ini kami anggap sebagai kesinambungan perhubungan antara pihak kami
dengan sektor pendidikan dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik
murid-murid. Saya berasa amat berbesar hati atas undangan ini, dan diharapkan majlis
yang dirancang rapi pada pagi ini berjalan lancar dan mendapat keberkatan daripada
Alllah SWT.

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis yang diadakan pada pagi ini merupakan program tahunan setiap sekolah.
Saya memahami bahawa program yang diadakan saban tahun ini antara lain sudah
tentulah bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-
murid di sekolah ini atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah sama ada
dalam bidang akademik, sahsiah dan juga dalam kokurikulum.

Pada hemat saya, majlis ini merupakan antara majlis yang sentiasa dinanti-
nantikan oleh murid-murid, guru-guru serta ibu bapa kerana dalam majlis inilah segala
usaha yang telah dilakukan oleh guru dan murid diiktiraf dalam dalam bentuk
penyampaian anugerah seumpama ini. Dalam majlis ini juga, kita sebagai ibu bapa
berpeluang untuk melihat anak-anak menunjukkan bakat mereka dalam membuat
persembahan pentas.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Saya yakin, selain pihak yang berkaitan dengan pendidikan, pihak swasta dan
badan korporat seperti JCorp juga sentiasa mempunyai tanggungjawab sosial dalam
memberikan sokongan yang penuh kepada pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti-
aktiviti yang berkaitan demi masa depan dan kebaikan anak-anak kita.

Kami sedia maklum bahawa tugas pihak sekolah menjalankan setiap aktiviti yang
dirancang bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, saya menyeru kepada para ibu bapa
agar marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dengan pihak
sekolah dan PIBG dalam menjalankan apa sahaja aktiviti yang berkaitan. Dengan
adanya hubungan tiga hala antara guru, murid dan ibu bapa, sudah pasti suasana
sekolah akan menjadi lebih harmoni, ceria, kondusif dan cemerlang.

Tanpa kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak terutama para ibu bapa
serta penjaga, sudah pasti setiap perancangan akan menemui jalan buntu. Saya
difahamkan, Program Sarana Ibu bapa yang cuba direalisasikan boleh menjadi platform
terbaik untuk menghubungkan sekolah dengan ibu bapa, seterusnya menjadikan SK
Taman Johor Jaya 5 ini sebagai antara sekolah yang berjaya dan terbilang dalam
semua aspek pada masa hadapan .

Perlu ditegaskan di sini bahawa sumbangan dan penglibatan agensi-agensi


korporat kepada sekolah-sekolah juga merupakan sebahagian daripada program Sarana
Sekolah. Inilah yang dikatakan sebagai tanggungjawab sosial syarikat kepada komuniti .
Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kejayaan yang dicapai adalah impak
sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,


Berbalik pada Majlis Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Murid Tahun 6 pada
pagi ini, saya amat berharap agar anugerah yang disampaikan nanti akan dapat
dijadikan pendorong kepada murid-murid supaya lebih berjaya pada masa hadapan.
Juga pasti menjadi kenangan manis untuk semua anak-anak Tahun 6 yang bakal
meninggalkan alam sekolah rendah. Ingatlah bahawa kejayaan yang dicapai hendaklah
disertai dengan sahsiah yang terpuji. Jadilah murid yang baik dan anak yang mendengar

kata. InsyaAllah, berkat kerjasama dan komitmen tinggi daripada guru-guru dan ibu
bapa, kejayaan dan kegemilangan pasti akan dicapai.

Sebelum saya mengakhiri ucapan pada pagi ini, sekali lagi saya mengucapkan
terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya untuk hadir dalam majlis ini.
Terima kasih dan tahniah kepada semua AJK Kerja Majlis ini yang terdiri daripada guru-
guru dan warga kerja SK.Taman Johor jaya 5 kerana telah menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi. Terima kasih juga kepada PIBG kerana sentiasa menyokong pihak
sekolah dalam apa juga program. Inilah kita harapkan.
Kepada para ibu bapa yang hadir pada hari, tahniah diucapkan. Semoga jasa baik tuan,
puan, saudara dan saudari akan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Selain, itu saya amat berharap hubungan baik antara badan korporat dan sektor
pendidikan dapat diteruskan pada masa akan datang dalam pelbagai bentuk aktiviti.
Maka dengan ini, saya dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM merasmikan
Majlis Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Murid Tahun 6 SK Taman Johor Jaya 5
bagi sesi 2018.
Sekian, Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like