You are on page 1of 11

TEKS UCAPAN PERASMIAN

*DATUK MAGENDRAN M. MUNISAMY

PENGARAH

BAHAGIAN SUKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEMPENA

MAJLIS APRESIASI TAHUN 2018

SMK SUBANG UTAMA

TEMPAT: DEWAN PERDANA PIBG

SMK SUBANG UTAMA

TARIKH: 3 SEPTEMBER 2018

HARI: ISNIN

MASA: 7.30 PAGI – 10.30 PAGI

1
UCAPAN PERASMIAN MAJLIS APRESIASI 2018
SMK SUBANG UTAMA

TEKS UCAPAN PENUH:

Terima kasih Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia,
Puan Yasmin binti Kamarudin,
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama.

Yang Berusaha,
Encik Quek Cham Sheng,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama.

Yang Berusaha,
Puan Mohanizam binti Mashod,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

2
Yang Berusaha,
Puan Noor Haslina binti Ibrahim,
Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati,
Encik Patrick Lai,
Tuan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama,

Ahli-ahli jawatankuasa PIBG,

Barisan guru-guru kanan mata pelajaran,

Guru-guru,

Para penerima sijil dan hadiah, dan


Murid-murid yang dikasihi.

3
Selamat Pagi dan Salam sejahtera,
Terlebih dahulu, marilah kita memanjat kesyukuran kerana
dengan izin Tuhan kita diberi keupayaan untuk bersama-
sama memeriahkan Majlis Apresiasi Tahun 2018 , Sekolah
Menengah Kebangsaan Subang Utama kali ke
___________ pada pagi yang sungguh bermakna ini. Bagi
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargan dan terima kasih
atas jemputan yang diberikan untuk menghadiri majlis dan
seterusnya merasmikan majlis yang gemilang pada pagi ini.
Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola yang
telah dapat mengatur dan melaksanakan majlis ini sebagai
satu program tahunan di sekolah ini demi memberi
pengiktirafan kepada murid-murid.
Majlis Apresiasi merupakan satu majlis khas untuk meraikan
murid-murid yang telah membuktikan kecemerlangan
mereka yang terserlah dalam bidang koakademik dan
kokurikulum khususnya di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Saya amat kagum
dengan prestasi cemerlang iaitu, JOHAN PERINGKAT
KEBANGSAAN DALAM KUIZ LEO, PERTANDINGAN STEM
1 DAN 2, PERTANDINGAN YOUNG ACHIEVERS, ESEI
COMPETITION WASTE TO WEALTH DAN JOHAN

4
ANTARABANGSA DALAM PERMAINAN SKUASH OCEANA
DAN AUSTRALIA OPEN 2018 DAN JOHAN MEN’S
DOUBLE DAN MIXED DOUBLE. SYABAS DAN TAHNIAH
KERANA MENGHARUMKAN NAMA DAN IMEJ SEKOLAH.
Segala kemenangan dan pengiktirafan prestasi kokurikulum
ini akan menyuntik semangat untuk mencungkil dan
mengembangkan bakat terpendam dalam kalangan murid
Subang Utama.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah

berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya. Murid-

murid bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi

untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal

insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini selari

dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama

Negara (NKRA), iaitu meluaskan akses kepada pendidikan

berkualiti dan berkemampuan. Dalam konteks ini, NKRA itu

sendiri merupakan satu inovasi dasar dan strategi yang

ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan


5
kualiti pendidikan negara.

Sistem pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan


progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan
pembaharuan seiring dengan peredaran zaman. Lantaran
Kementerian Pelajaran sebagai organisasi yang terlibat
secara langsung dalam pembangunan modal insan negara
sentiasa komited dalammelakukan usaha berterusan bagi
memupuk minat dan kecenderungan murid dalam bidang
sukan. Justeru, usaha bagi menyemarakkan kembali
kegiatan sukan di sekolah telah pun dilaksanakan melalui
Dasar Satu Murid Satu Sukan yang bertujuan memastikan
penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah,
menerapkan nilai-nilai sukan dalam kalangan seluruh warga
sekolah serta mengembalikan sekolah sebagai institusi
utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat
akar umbi.

Sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan


berkualiti di peringkat antarabangsa perlu digalas semua
pihak. Pelbagai program diperkenalkan Kementerian
Pelajaran seperti Sarana Ibu Bapa dan Sarana
Sekolah sebagai platform meningkatkan penglibatan ibu
bapa dengan pembelajaran anak-anak serta menggalakkan
6
penglibatan komuniti dengan sekolah. Inisiatif ini seperti
yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, merupakan salah
satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi menyediakan
pendidikan yang berkualiti adalah kerjasama dengan ibu
bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
Penglibatan ibu bapa dapat mewujudkan budaya persaingan
yang sihat dalam kalangan murid-murid dan sekali gus
membina persekitaran sosial yang kondusif untuk
perkembangan mereka dalam Badan Beruniform, Persatuan,
Sukan dan Permainan.

7
Bersyukur kita kerana dapat bersama-sama menghadiri
“Majlis Apresiasi Kokurikulum SMK Subang Utama bagi
tahun 2018. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima
kasih atas kesudian pihak sekolah menjemput saya
menghadiri majlis yang amat bermakna ini. Majlis seperti ini
amat baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya
memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kokurikulum
khususnya. Selain memberi pengiktirafan, majlis ini juga
turut akan menyuntik semangat kepada murid-murid lain
untuk meningkatkan pencapaian masing-masing.

Saya sungguh gembira dan berbesar hati dengan usaha


yang ditunjukkan oleh warga sekolah yang telah
bersungguh-sungguh menjayakan Majlis Apresiasi ini.

8
Sesungguhnya anugerah seumpama ini telah memberi
peluang terbaik kepada murid-murid, guru-guru dan pihak
pengurusan sekolah untuk mempamerkan keupayaan dan
kemampuan sebenar murid-murid untuk meraih gelaran di
peringkat sekolah, negeri, dan kebangsaan. Mencari dan
memberi anugerah kepada “siapa yang terbaik di antara
yang sangat baik” sudah pastinya sukar bagi jawatankuasa
penilaian. Hanya orang yang benar-benar layak sahaja akan
menerima ganjarannya.

Hadirian-hadirat sekalian,

(isi bahagian ini perlu tukar) Gagasan 1Malaysia berteraskan


“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” merupakan
wadah terbaik untuk memperkasa integrasi kaum, etnik dan
ras dalam negara. Kita perlu merealisasikan inspirasi negara
melalui dasar 1Murid 1Sukan bagi memacu kecemerlangan
murid secara holistik berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(JERI) iaitu kekuatan jasmani, kestabilan emosi,
keutuhan rohani dan kematangan intelektual.

Dalam konteks sekolah, pencapaian murid mesti diutamakan

9
kerana mereka merupakan aset dan modal insan negara.
Pembangunan modal insan (human capital) tidak akan
terlaksana sekiranya budaya dan sikap murid tidak dibentuk
dan diperkasa melalui penyampaian ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang mereka perlukan kerana sebagai penjawat
awam para pendidik memegang amanah yang sangat besar
untuk memastikan kelestarian sistem pendidikan negara
tetap unggul dan cemerlang.

Peranan guru bukan sekadar memindahkan ilmu


pengetahuan semata-mata tetapi sebagai obor membentuk
minda murid menjadi insan berkualiti mempunyai jati diri
sebagai warga negara sejati yang bermaruah dan
berintegrasi.

Selaras dengan hasrat KPM untuk menjadikan Malaysia


sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, peranan warga
guru dalam membangunkan potensi murid secara seimbang
merupakan tonggak kekuatan negara kerana kemajuan
sesebuah negara bergantung kepada bilangan rakyatnya
yang mendapat pendidikan secara menyeluruh sesuai
dengan matlamat pendidikan “Education For All”.

10
Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada
pihak sekolah yang telah menganjurkan Majlis Apresiasi ini.
Saya berharap anugerah yang diterima akan menjadi
pendorong dan perangsang kepada murid-murid manakala
guru-guru pula perlu terus berusaha untuk melonjakkan
kecemerlangan sekolah melalui kerjasama padu berteraskan
semangat ’espirit de corps’ sebagai tonggak kejayaan
organisasi.

Dengan rasa sukacitanya, saya merasmikan Majlis Apresiasi


Kokuriklum SMK Subang Utama, bagi tahun 2018.
Sekian, terima kasih.

11

You might also like