You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN PENGETUA

SEMPENA PROGRAM TITIAN KASIH MEGA 2016


SMK RAJA PUAN MUDA TENGKU FAUZIAH

TARIKH : 8 MAC 2016

MASA : 8.00 - 1.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN UTAMA SMK RAJA PUAN MUDA


TENGKU FAUZIAH
Bismillahhirahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Mengadap Duli Yang Teramat Mulia,Tuanku Syed Faizudddin Putra Ibni


Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail, Raja Muda Perlis
Dan
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil,
Raja Puan Muda Perlis.

Ampun Tuanku,

Patik bagi pihak warga Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda
Tengku Fauziah dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan penuh hormat
dan takzimnya merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku berdua bercemar duli berangkat sempena
PROGRAM TITIAN KASIH MEGA 2016 SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah
pada pagi yang indah ini. Sesungguhnya keberangkatan Duli Yang Teramat
Mulia Tuanku berdua bukan sahaja telah menyerikan majlis ini , malah telah
meningkatkan semangat patik sekalian untuk berusaha dengan lebih tekun
lagi dalam menjana dan menyebar luas ilmu kepada anak-anak pelajar di
sini. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku berdua melambangkan
keprihatinan tuanku terhadap perkembangan anak-anak pelajar SMK Raja
Puan Muda Tengku Fauziah. Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk
melahirkan warga pelajar yang mempunyai minda kelas pertama selaras
dengan Dasar Pendidikan Negara dan transformasi pendidikan negara ke
arah melahirkan pelajar berkualiti yang menyumbang kepada agama,bangsa
dan negara Malaysia yang tercinta ini.

Ampun Tuanku,

Patik pohon perkenan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku untuk berucap
sepatah dua kata kepada hadirin sekalian dalam program ini.

Ampun Tuanku’

Yang Berusaha, Tuan Haji Izmi bin Ismail, Pengarah Pendidikan Perlis,

Yang Berusaha Ketua-ketua Unit dan Pegawai Ikhtisas JPN Perlis,

Yang Berbahagia Encik Ridzwan bin Abu Hassan, Yang Dipertua PIBG SMK
Raja Puan Muda Tengku Fauziah,

Yang Dihormati ASP Shamsudin bin Ali, Pegawai Perhubungan Sekolah,

SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah,

Dif-dif jemputan, barisan penceramah, guru-guru dan seterusnya pelajar-


pelajar yang dikasihi sekalian.

Patik mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Dif-dif Jemputan dan tuan-tuan atas kesudian hadir ke Program
Titian Kasih 2016 SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah. Terima kasih juga
kepada para penceramah, agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama daripada
semua pihak ini mampu meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.
Ampun Tuanku,

Sekian sahaja ucapan daripada patik. Patik sekali lagi ingin


mempersembahkan ucapan menjunjung kasih yang tidak terhingga kepada
Duli-duli Tuanku atas perkenan berangkat ke Program Titian Kasih Mega
2016 SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, yang sarat dengan pengisian ini.

Sesungguhnya keberangkatan Duli-duli Tuanku amat besar maknanya buat


patik-patik sekalian.

Ampun Tuanku.

Sekian.
Wabillahitaufik Walhidayah
WassalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh.

You might also like