You are on page 1of 4

KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM

MALAYSIA
(KASPA)

MATLAMAT

Matlamat penubuhan Pasukan Kadet Sekolah Pertahanan Awam


Malaysia (KASPA) adalah untuk membentuk masyarakat
khususnya para pelajar melalui pelbagai aktiviti kesukarelaan
bertujuan memantapkan semangat patriotik, meningkatkan tahap
disiplin dan membina semangat bekerjasama berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
 Memberi kemahiran-kemahiran pertolongan cemas,
melawan kebakaran dan menyelamat yang boleh digunakan
oleh pelajar pada bila-bila masa.
 Memberi perkhidmatan sukarela kepada sesiapa yang
memerlukan baik di sekolah atau luar sekolah tanpa mengira
bangsa, agama dan fahaman.
 Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab,
berperikemanusiaan, taatsetia, cintakan sekolah dan negara.
 Memupuk semangat hormat-menghormati, kekitaan,
pengorbanan dan kejujuran antara satu sama lain.
 Mencungkil dan memupuk semangat (nilai dan etika)
kepimpinan di kalangan pelajar.

KEANGGOTAAN
Pendaftaran untuk menyertai Kadet Sekolah Pertahanan Awam
Malaysia (KASPA) adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

 Pelajar-pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga


20 tahun.
 Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika
diperlukan ).
 Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam
yang lain.
 Mendapat kebenaran ibu bapa dan disokong oleh pihak
sekolah.
 Warganegara Malaysia.
 Mengajukan permohonan dengan mengisi borang
permohonan.

KAEDAH LATIHAN
Kuliah :

Boleh dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau jurulatih


bertauliah.

Praktikal :

Dijalankan oleh jurulatih bertauliah dan dibantu oleh Guru


Penyelaras Kadet.

Lawatan :

Dijalankan sendiri oleh Guru Penyelaras.

Perkhemahan :

Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing


dengan bantuan jurulatih bertauliah
Kerja Lapangan dan Kerja Kumpulan:

Dijalankan oleh Guru Penyelaras Kadet atau Guru Pembimbing.

You might also like