You are on page 1of 4

SM ST MARY SANDAKAN

PERJUMPAAN KO-KURIKULUM UNIT BADAN BERUNIFORM

PENGENALAN KEPADA KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan salah satu unit badan
beruniform yang ditawarkan kepada para pelajar sekolah menengah di Malaysia.
Program ini dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Para pelajar yang terlibat di dalam
program ini akan diajar latihan asas bomba seperti kawad kaki dan teknik-teknik
asas penggunaan dan pengendalian hos. Mereka juga turut didedahkan tentang
langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan
kecemasan kelak.

Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia berhasrat untuk memberi pendedahan dan mendidik para pelajar
tentang bagaimana untuk menghadapi kebakaran dan kecemasan pada masa
hadapan. Selain itu, jabatan juga berhasrat untuk membentuk dan melahirkan
pelajar-pelajar yang lebih berdisiplin, menepati masa, proaktif dan bersemangat
patriotisme. Pasukan ini mula ditubuh secara rasminya pada tahun 1984 setelah
mendapat persetujuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan dijadikan
salah satu program kokurikulum bagi sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Motto Kadet Bomba ialah ‘Mencegah Untuk Menyelamat’ yang selaras dengan
tujuan penubuhannya. Pelajar diberi latihan dan didikan kaedah menyelamat
bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran tetapi juga ketika menghadapi
kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang
mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal,
pasukan ini ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat
utama penubuhan Kadet Bomba ialah untuk membentuk pelajar yang peka
terhadap isu-isu semasa, keselamatan dan kemanusiaan.

Sekolah pertama yang menganggotai pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat

Malaysia ialah Maktab Rendah Sains MARA Sultan Abdul Samad, Negeri Sembilan
dan Maktab Rendah Sains MARA Kuantan, Pahang pada tahun 1984 dengan
jumlah keanggotaan seramai 40 orang. Jumlah sekolah dan keanggotaan yang
menyertai Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia semakin bertambah
sehingga tahun 2005 iaitu sebanyak 819 pasukan ditubuhkan dengan kekuatan
anggota seramai 49,122 orang. Oleh itu, dengan menyertai Kadet Bomba, para
pelajar akan dapat menimba pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal
bantuan kebombaan, berkongsi kesefahaman dan meningkatkan kemahiran
dalam menjalankan tugas dan memberi kesedaran kepada sekolah dan
masyarakat secara umumnya tentang bahaya kebakaran dan kecuaian manusia.
SM ST MARY SANDAKAN
PERJUMPAAN KO-KURIKULUM UNIT BADAN BERUNIFORM

PENGENALAN KEPADA KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan salah satu unit badan
beruniform yang ditawarkan kepada para pelajar sekolah menengah di Malaysia.
Program ini dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Para pelajar yang terlibat di dalam
program ini akan diajar latihan asas bomba seperti kawad kaki dan teknik-teknik
asas penggunaan dan pengendalian hos. Mereka juga turut didedahkan tentang
langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan
kecemasan kelak.

Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia berhasrat untuk memberi pendedahan dan mendidik para pelajar
tentang bagaimana untuk menghadapi kebakaran dan kecemasan pada masa
hadapan. Selain itu, jabatan juga berhasrat untuk membentuk dan melahirkan
pelajar-pelajar yang lebih berdisiplin, menepati masa, proaktif dan bersemangat
patriotisme.

Pasukan ini mula ditubuh secara rasminya pada tahun 1984 setelah mendapat
persetujuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan dijadikan salah satu
program kokurikulum bagi sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Motto Kadet Bomba ialah ‘Mencegah Untuk Menyelamat’ yang selaras dengan
tujuan penubuhannya. Pelajar diberi latihan dan didikan kaedah menyelamat
bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran tetapi juga ketika menghadapi
kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang
mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal,
pasukan ini ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat
utama penubuhan Kadet Bomba ialah untuk membentuk pelajar yang peka
terhadap isu-isu semasa, keselamatan dan kemanusiaan.

Sekolah pertama yang menganggotai pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat

Malaysia ialah Maktab Rendah Sains MARA Sultan Abdul Samad, Negeri Sembilan
dan Maktab Rendah Sains MARA Kuantan, Pahang pada tahun 1984 dengan
jumlah keanggotaan seramai 40 orang. Jumlah sekolah dan keanggotaan yang
menyertai Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia semakin bertambah
sehingga tahun 2005 iaitu sebanyak 819 pasukan ditubuhkan dengan kekuatan
anggota seramai 49,122 orang. Oleh itu, dengan menyertai Kadet Bomba, para
pelajar akan dapat menimba pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal
bantuan kebombaan, berkongsi kesefahaman dan meningkatkan kemahiran
dalam menjalankan tugas dan memberi kesedaran kepada sekolah dan
masyarakat secara umumnya tentang bahaya kebakaran dan kecuaian manusia.
SM ST MARY SANDAKAN
PERJUMPAAN KO-KURIKULUM UNIT BADAN BERUNIFORM

KUIZ KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

1. Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan salah satu unit badan
beruniform yang ditawarkan kepada __________________________________.

2. Para pelajar yang terlibat di dalam program ini akan diajar latihan asas bomba

I . ___________________________________________________
II. ___________________________________________________
III. __________________________________________________

3. Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia berhasrat untuk
I . _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
II. _______________________________________________________________

4. Pasukan ini mula ditubuh secara rasminya pada tahun ________________.

5. Motto Kadet Bomba ialah _______________________________________.

6. Apakah falsafah Kadet Bomba?

____________________________________________________________

7. Apakah Sekolah pertama yang menganggotai pasukan Kadet Bomba dan

Penyelamat Malaysia?

You might also like