You are on page 1of 9

KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH

EDISI 2020

PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam
usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, pihak
Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pertandingan ini pada tahun
1989. Secara tidak langsung, para murid dapat menghayati dan berfikiran kritis
dalam hal ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Murid dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan semaksimum


mungkin

2.2 Murid dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa dalam menjawab


pantun

2.3 Murid membina keyakinan diri dalam pertandingan

3.0 PENGELOLAAN

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan secara timbal balik yang


menemukan pemenang antara dua kumpulan yang bermula pada peringkat
kedua .Walau bagaimanapun pada peringkat pertama, peluang bertemu antara
pasukan kalah dan menang dibenarkan seperti gambarajah berikut :

28
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020

CARTA PERTANDINGAN

K1 P1
M1
Negeri 1
Negeri 2
M9 P9 P10 M10
P2
M2 Negeri 3 K2 M18
M17 Negeri 4
P17 P18
K3 P3 M3
Negeri 5
Negeri 6
M11 P11 P12 M12
M21 P4 M22
M4 Negeri 7 K4
Negeri 8
P21 P22
K5 P5
M5
K21 M13 Negeri 9 M14 K22
P13 Negeri 10 P14
P6
M6 Negeri 11 K6
Negeri 12
M19 P19 P20 M20
K7 M7
P7
Negeri 13
M15 P15 Negeri 14 P16 M16

M8 P8 K8
Negeri 15
Negeri 16

Kalah Separuh Akhir


Ke-3 Bersama

P 23 ( Akhir)
Johan / Naib Johan

29
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020

5.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap 2 (tahun 4 hingga


6) warganegara Malaysia sekolah rendah yang bersekolah di Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Bantuan Kerajaan,
Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM dibenarkan
menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja.
Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.

5.1 Pendaftaran peserta –5 (lima) orang.


5.2 Bilangan guru – 1 guru pengiring

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid warganegara Malaysia


sekolah rendah sama ada di sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri,
Sekolah Agama Kerajaan Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta yang
berdaftar dengan KPM. Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.

6.1.1 Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun
empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris
maksud. Rima hujung baris mestilah berpolakan “a/b/a/b”

6.1.2 Pesta pantun ini disertai oleh lima pemantun yang terdiri daripada
tiga pemantun dan dua orang pemantun simpanan. Pemantun
simpanan dikehendaki memperkenalkan pasukan dengan pantun
dalam tempoh masa tidak melebihi dua minit. Tidak ada sebarang
markah diberikan. PERSEMBAHAN DALAM BENTUK PANTUN
SAHAJA DIBENARKAN.

6.1.3 Bagi pusingan pertama dan kedua, pemantun dibenarkan


membawa bahan rujukan. Selepas pusingan kedua, semua bahan
rujukan akan dikutip oleh urus setia.

6.1.4 Pasukan yang memperoleh markah tertinggi dikira sebagai


pemenang.

30
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020

6.1.5 Jika berlaku seri, pasukan yang memperoleh markah isi tertinggi
dikira sebagai pemenang.

6.1.6 Jika masih berlaku seri, markah bahagian bahasa pula diambil kira.

6.1.7 Masa dikira selepas arahan jurupantun.

6.1.8 Masa dikira sebaik sahaja jurupantun mengarahkan pemantun


menjual pantun iaitu 15 saat untuk pusingan pertama dan
kedua. Manakala pusingan ketiga, masa untuk menjual pantun
bagi tema yang dipilih ialah 90 saat.

6.1.9 Masa untuk membeli pantun ialah 90 saat untuk ketiga-tiga


pusingan.

6.1.10 Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat iaitu masa yang


ditetapkan untuk menjual pantun pusingan pertama dan kedua
dan 90 saat bagi pusingan ketiga untuk menjual pantun

6.1.11 Setiap pemantun dibenarkan menjual tiga rangkap pantun dan


membeli tiga rangkap pantun.

6.1 FORMAT PERTANDINGAN

6.1.1 Pertandingan pusingan pertama

1 A MENJUAL 15 SAAT
1 A MEMBELI 90 SAAT

2 B MENJUAL 15 SAAT
2 B MEMBELI 90 SAAT

3 C MENJUAL 15 SAAT
3 C MEMBELI 90 SAAT

6.1.2 Format Pusingan Kedua

1 B MENJUAL 15 SAAT
1 B MEMBELI 90 SAAT

2 C MENJUAL 15 SAAT
2 C MEMBELI 90 SAAT

3 A MENJUAL 15 SAAT
3 A MEMBELI 90 SAAT

31
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020

6.1.3 Format Pusingan Ketiga


(Tema spontan – Cabutan undian tema)

1 C MENJUAL 90 SAAT
1 C MEMBELI 90 SAAT
2 A MENJUAL 90 SAAT
2 A MEMBELI 90 SAAT
3 B MENJUAL 90 SAAT
3 B MEMBELI 90 SAAT

6.2 PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

 Isi - 20 markah
 Bahasa - 20 markah
 Persembahan - 10 markah

 Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima orang hakim

 Bahagian isi - 2 orang hakim


 Bahagian Bahasa - 2 orang hakim
 Bahagian Persembahan - 1 orang hakim

 Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan.


Sekiranya berlaku perbincangan, sebanyak 50 markah daripada
jumlah markah keseluruhan perlu dipotong.

 Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan


pasukannya semasa menyampaikan pantun dengan syarat tidak
mengganggu pihak lawan.

Pengiraan markah hendaklah dilakukan di bilik hakim. Keputusan akan


diumumkan/dipaparkan di tempat yang ditetapkan setelah semua
pertandingan setiap peringkat selesai.

 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

32
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020

6.3 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA

Menghakimi Bahagian Isi – Ketepatan soalan / belian / jawapan – Jelas


dan sesuai dengan tema – (10/20)

ISI – JUMLAH MARKAH (10/20)

i Ketepatan soalan/jawapan – jelas dan sesuai dengan tema

ii Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas.

iii Jika lebih daripada satu soalan, 0 markah diberikan.

iv Pantun jualan yang merupakan penyataan dan bukan soalan,


0 markah diberikan.

v Jualan pantun yang terkeluar daripada tema, 0 markah diberikan.

vi Pantun yang berupa pelarian, yakni yang tidak menjawab soalan


0 markah diberikan.

vii Bagi pantun jualan yang 0 markah, pemantun bagi pihak lawan
wajib membeli pantun berdasarkan tema yang telah ditetapkan.
Pantun belian bagi soalan yang 0 markah (iii, iv dan v) di atas,
hendaklah diberikan pertimbangan markah mengikut budi bicara
hakim antara 4 – 8 markah.

6.4 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA

Menghakimi bahagian isi – Padat dan jitu serta bernilai susila – (10/20)

ISI – Jumlah Markah (10/20)

Pantun yang dijual dan dibeli hendaklah:-

i Padat dan jitu - 5 markah


ii Mempunyai nilai susila - 5 markah

Padat dan jitu bermaksud:

 Pemilihan kosa kata yang indah


 Tanpa kesalahan bahasa
 Susunan kata yang betul

33
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020

Mempunyai nilai susila:

Pantun dapat dijadikan panduan / pedoman dalam kehidupan seharian

6.5 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KETIGA

Menghakimi bahagian bahasa - Pola rima dan suku kata (10/20)

a. Pola Rima ‘a/b/a/b’

 Rima di hujung baris - 3 markah


 Rima di tengah - 2 markah

b. Suku kata dalam baris

 8 hingga 12 suku kata - 5 markah

6.6 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM 4:

Menghakimi bahagian bahasa – pembayang maksud dan kesesuaian


dengan maksud - (10/20)

Pembayang maksud (6 markah)

a. Terdapat kesinambungan / hubungan antara baris pertama dengan


baris kedua.

 Kesinambungan / hubungan keindahan alam semesta, unsur


alam semula jadi dan karenah manusia dalam baris pertama
dengan baris kedua.

b. Kesesuaian pembayang dengan maksud (4 markah)

 Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris maksud

6.7 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KELIMA

Menghakimi bahagian persembahan – gerakan fizikal, intonasi / jeda dan


kelancaran - (10 markah)

a. Gerak geri yang seimbang dengan pantun – (3 markah)

34
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020

 (Gerak geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat aksi


yang berlebihan, tiada markah yang diberikan)

b Intonasi dan jeda – (3 markah)

 (Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata pada setiap
baris)

 Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud dengan


pembayang maksud pantun.

c. Kelancaran – (2 markah)
 Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan

d. Sebutan baku - (2markah)

PEMANTUN YANG BAIK

 Berpantun dalam keadaan biasa dan dalam suasana bersantai


 Berpantun dengan sebutan dan pengucapan yang biasa, tidak
meleret-leret atau pengucapan yang mengada-ngada.
 Berdiri dengan tertib, sopan dan kelihatan ceria.
 Tidak menunjukkan diri dalam keadaan yang dipaksa-paksa,
dibuat-buat atau berlakon.
 Tidak banyak mengulang perkataan / frasa/ rangkai kata yang
sama dalam setiap pantun yang dijual atau dibeli.
 Setiap jualan dan belian pantun mestilah jelas dan tepat.
Pantun yang dicipta mengandungi perkataan, frasa dan istilah
bahasa yang indah dan mudah difahami.
 Pantun yang dicipta mestilah bernilai tinggi.

35
KERTAS KONSEP PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020

CADANGAN TEMA PESTA PANTUN


PERINGKAT KEBANGSAAN

1. Kebersihan Makanan 43. Di Mana Bumi Dipijak, Di situ


2. Memperkasa Wawasan Remaja Langit Dijunjung
3. Majlis Harga 44. Memperkasa Bahasa
4. Rukun Negara 45. Budaya Keusahawanan
5. Amalan Budi Bahasa 46. Satu Malaysia
6. Sekolahku Duniaku 47. Faedah Koperasi
7. Murid Bestari 48. Pendermaan Organ
8. Negara Lestari 49. Permata Negara
9. Modal Insan 50. Pengguna Bijak
10. Malaysiaku Gemilang 51. Rakyat Sihat
11. Faedah Kokurikulum 52. Integriti
12. Malaysiaku Indah 53. Perpaduan Bangsa
13. Memperkasa Bahasa 54. Pelancongan Kesihatan
14. Pendidikan Percuma 55. Warisan Sejarah
15. Kepentingan Teknologi 56. Sains Sukan
16. Sayangi Keluarga 57. Sepakat Membawa Berkat
17. Cintai Alam Sekitar 58. Fikiran Terbuka
18. Semangat Kejiranan 59. Industri desa
19. Semangat Perpaduan 60. Hutan Simpan
20. Budaya Membaca
21. Gaya Hidup Sihat
22. Pendidikan Cemerlang
23. Kepimpinan Melalui Teladan
24. Akhlak Mulia
25. Ibu Mithali
26. Keselamatan Di Jalan Raya
27. Malaysia Cergas
28. Permainan Tradisional
29. Pakaian Tradisional
30. Batik Malaysia
31. Makanan Tradisional
32. Sayangi Warga Emas
33. Industri Tani
34. Perubatan Tradisional
35. Jati Diri
36. Pemimpin Mithali
37. Belia Jaya
38. Kebersihan Diri
39. Sekolah Satu Sesi
40. Makanan Seimbang
41. Pemikiran Kritis
42. Kecemerlangan Sukan Negara

36

You might also like