You are on page 1of 3

SYARAT-SYARAT PENILAIAN PESERTA NILAM BAGI ANUGERAH NILAM

PERINGKAT DAERAH KATEGORI

1. Kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah


2. Kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah
3. Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
4. Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

Kriteria Kelayakan Calon

 Calon mesti terdiri daripada murid Tahun 5 / Tingkatan 4 yang menyertai


program NILAM dan mencapai tahap pengiktirafan;

 Program NILAM Ditambahbaik


o Pencapaian tahap IQNILAM ; 1 atau lebih daripada 1.

PENILAIAN

1. Penulisan (P)
• Terdapat beberapa tema.
• Peserta perlu membuat persediaan untuk semua tema.
• Tajuk-tajuk akan diberikan lebih awal.
• Hanya perlu menjawab dua soalan yang akan dipilih secara rawak.
• Masa yang diperuntukkan selama 2 jam.
• Sekolah menengah 100-150 patah perkataan.
• Sekolah rendah 60-100 patah perkataan.
• Soalan Tambahan Khas wajib dijawab oleh semua peserta.

2. Individu (I)
• Terdapat beberapa tema.
• Membuat persediaan untuk semua tema.
• Tajuk-tajuk akan diberikan lebih awal.
• Hanya perlu menjawab 1 soalan yang akan dipilih secara rawak oleh
panel hakim.
• Masa 10-15 minit .
• Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang alat muzik dan lain-lain.
(tiada tambahan markah)

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak


3. Kumpulan (K)
• Terdapat beberapa tema.
• Membuat persediaan untuk semua tema.
• Tajuk-tajuk akan diberikan lebih awal.
• Hanya perlu menjawab 1 soalan yang akan dipilih secara rawak oleh
panel hakim.
• Perbincangan dalam Kumpulan.
• Masa 30-45 minit.
• Penilaian akan diberi kepada setiap peserta dalam kumpulan.

4. Penyediaan Folio (Pelaksanaannya terpulang dgn. Pengurusan daerah


masing-masing)
• Prakata Pentadbir.
• Prakata Calon NILAM.
• Borang Pencalonan / Salinan Kad Pengenalan / MyKid / Sijil Lahir.
• Keputusan Akhir Peperiksaan.
• Sijil PT3. (jika berkaitan)
• Sijil Penyertaan / Kemenangan Aktiviti Kokurikulum.
• Buku Rekod Bacaan NILAM.
• CD Profil Calon NILAM.

Ciri-Ciri Pemenang
• Berpengetahuan tinggi.
• Cemerlang dalam peperiksaan.
• Berwibawa dan menunjukkan kematangan.
• Berpewatakan sopan tetapi ada ketegasan dan pendirian.
• Telah menyertai pelbagai aktiviti galakan membaca.
• Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan minat membaca yang terserlah.
• Berkebolehan untuk membimbing dan menarik minat orang lain.

Etika Semasa Penilaian


• Berpakaian seragam sekolah yang kemas dan tidak menjolok mata.
(terutama ketika duduk)
• Sopan sepanjang dinilai.
• Memperkenalkan diri.
• Nada suara sesuai dengan suasana penilaian.
• Gerak tangan/nada tidak berlebihan.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak


Lain-lain Syarat Yang Perlu Dipatuhi Semasa Penilaian
• Hanya seorang guru pengiring dibenarkan bersama-sama murid
sepanjang penilaian berlangsung.
• Hanya peserta sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam bilik penilaian
iaitu semasa penilaian bertulis, penilian individu dan kumpulan
berlangsung.

Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

You might also like