You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ASET ALIH & PEMBANGUNAN SEKOLAH KALI

PERTAMA 2014
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN ABDUL RAZAK, SELEKOH
Hari
: Rabu
Tarikh : 26 Februari 2014
Masa : 1.30 petang
Tempat : Makmal komputer 2
Kehadiran :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

En. Shamsuddin B. Tajul Urus


Pn. Siti Bt. Basri
Pn. Hjh Noor Aziah Bt. Mohd Bakri
En. Jeya kumar A/L Paramsivam
En. Muhamad Nurul Azmi B. Ahmad Mukhtar
En. Nor Hidan B. Md Nor
Pn. Salwatty Bt. Mohd Saad
Pn. Musliza Bt.
Cik. Dayanthi

PK Pentadbiran (Pengerusi)
PK HEM
Guru Kanan Bidang Sains
Setiausaha
Guru Media
Penyelaras Makmal Komputer
Ketua Panitia Kemahiran Hidup

Tidak Hadir:
1. En. Mohd Hakimi B. Musa
2. En. Mohd Ali B. Dahalan
3. En. Ibrahim Bin Abdul Rani
4. En. Nasrul Nizan B. Mohamed
5. Tn. Hj Halim B. Kamaruddin
6. En. Azhar B. Ridzuan
7. Pn. Mek Bt. Mohamed
8. Pn. Ainon Bt. Othman
9. Pn. Tuty Haryati Bt. Affandi
10. En, Shamsihar B. Razali
11. Pn. Salbiah Bt. Tukiran
12. Mohd Faizzan B. Sani
.

Pengerusi Mesyuarat

Bersebab
Bersebab
Bersebab
Bersebab
Bersebab
Bersebab
Bersebab
Bersebab
Bersebab
Bersebab
Bersebab
Bersebab

En. Shamsuddin Bin Tajul Urus


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Agenda Mesyuarat :
1.

Perutusan Pengerusi

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang dan
berterima kasih atas kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa
Aset alih dan pembangunan sekolah Kali Pertama bagi sesi persekolahan tahun 2014.
Tindakan : Makluman
1.2 Beliau amat mengharapkan semua guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya
sepanjang 2014 agar visi dan misi sekolah dapat dicapai.

1.3 Beliau juga menekankan kehadiran penuh bagi setiap menyuarat yang diadakan.
Sekiranya ahli mesyuarat tidak dapat hadir diatas sebab-sebab tertentu perlu
maklumkan kepada pengerusi sebelum mesyuarat dijalankan.
1.4 Ahli jawatankuasa aset alih, perabot dan pembangunan sekolah sesi 2014.
1.4.1 Menjelaskan bidang tugas jawatan kuasa agar tugas-tugas dapat dijalankan
dengan lebih berkesan.
a. Penyelaras Pembangunan & Perabot sekolah sesi pagi En. Jeya kumar A/L
Paramsivam
i. Menyediakan rekod keperluan perabot sekolah.
ii. Membuat pesanan perabot sekolah.
iii. Membuat pelupusan perabot sekolah.
iv. Menyediakan data bilangan perabot dan kelengkapan di dalam kelas
dan bilik-bilik khas.
v. Menyediakan data kerosakan dan kelengkapan di dalam kelas dan
bilik-bilik khas.
vi. Memastikan bilangan perabot dalam kelas mencukupi.
b. Penyelaras perabot sekolah sesi petang En. Hakimi Bin Musa
i. Menyediakan data bilangan perabot dan kelengkapan di dalam kelas
dan bilik-bilik khas.
ii. Menyediakan data kerosakan dan kelengkapan di dalam kelas dan
bilik-bilik khas.
iii. Memastikan bilangan perabot dalam kelas mencukupi.
c. Penyelaras teknikal elektrik En. Mohd Ali Bin Dahalan.
i. Bertanggungjawab bila berlaku gangguan bekalan elektrik sekolah.
d. Ahli Jawatan kuasa :
i. En. Ibrahim Bin Abdul Rani Penyelaras teknikal elektrik sesi petang.
ii. En. Nor Hidan Bin. Md Nor bertanggungjawab terhadap perabot dan
kelengkapan dalam makmal komputer.
iii. En. Mohammad Nasrul Nizan Bin. Mohamed membuat perlabelan
perabot baru.
1.4.2 Pengerusi memberi maklumat mengenai jumlah inventori pada tahun 2013.
i. Harta Stok Modal = 233
ii. Bilangan kad inventori = 1335
iii.Jumlah nilai harta modal = RM 1,781,586.40
iv. Jumlah nilai inventori = RM 295 894.40
v. Jumlah nilai harta modal & nilai inventori = RM 2,078,480.80
Pengerusi turut mengingatkan supaya borang-borang Kew.pa dan fail aset
alih perlu dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tindakan : Ahli jawatan kuasa
2.

Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

2.1 Pn. Hjh Noor Aziah Bt. Bakri telah mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan
disahkan. Pn. Salwatty Bt. Mohd Saad telah menyokong cadangan tersebut.
3.

Perkara Berbangkit

3.1 (Merujuk kepada agenda 3.1)


Tuan pengerusi memaklumkan bahawa persediaan sesi sekolah tahun 2014 yang
dirancang pada tahun 2013 telah dijalankan sepenuhnya seperti baik pulih kantin sekolah, 4
CCTV yang sedang berfungsi, sistem siaraya telah diganti baru, penyelengaraan tandas
murid perempuan dan lelaki, semua papan putih dan papan kenyataan yang rosak telah
diganti baru, penyelengaraan penghawa dingin bilik guru kanan.

4. Pengurusan Aset
4.1 LCD di bilik darjah dan bilik-bilik khas
4.1.1
4.1.2

4.2
4.2.1

Pengerusi meminta bilangan bilik darjah dan bilik-bilik khas yang dilengkapi dengan
LCD yang masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Pn. Hjh Aziah memberitahu bahawa kempat-empat makmal sains dilengkapi
dengan LCD namun komputer PPSMI dalam maklamt tersebut tidak dapat
digunakan kerana rosak.
Peralatan di Bilik Media

4.2.4

En. Nurul Azmi memaklumkan bahawa terdapat 8 buah kumputer di pusat


Sumber, bilik tayang, bilik stor dan kaunter. Namun pada masa ini (2014) semuanya
telah rosak dan hanya terdapat 2 buah komputer yang disumbangkan oleh En. Nor
Hidan masih dalam keadaan baik dan berfungsi. Beliau menanyakan cara merekod
harta tersebut.
Pengerusi meminta En. Nor Hidan merekodkan pergerakan aset tersebut.
En. Nurul Azmi turut memaklumkan bahawa terdapat 5 buah televisyen iaitu sebuah
di pusat sumber, 2 buah di bilik tayang dan sebuah di kantin sekolah. Namun sebuah
lagi telah rosak. Manakala bilangan radio adalah empat buah yang masih dalam
keadaaan baik dan berfungsi.
En. Nurul Azmi turut meminta prosedur untuk pelupusan almari.

4.3

Penyelarasan peralatan ICT

4.3.1

En. Nor Hidan memaklumkan bahawa pusat akses mempunyai 10 buah komputer
yang berfungsi baik.
Makmal komputer dilengkapi dengan 42 buah komputer dan 2 buah printer yang
Masih berfungsi. Beliau turut menyatakan bahawa kita tidak berhak mendapat
gantian baru untuk komputer-komputer yang ada sekarang kerana ia adalah
keluaran 2010 kerana kita telah pun mendapat gantian baru pada tahun 2002.
Beliau telah memaklumkan bahawa kedua-dua makmal komputer dilengkapi dengan
6 buah penghawa dingin.
Bilik KDP dilengkapi dengan 19 buah komputer sumbangan korea selatan. komputer
Komputer tersebut tidak boleh dikira sebagai harta alih keranan berkos RM 500
Dalam bentuk sumbangan.
Manakala makmal MPV mempunyai 22 buah komputer yang semuanya dibekalkan
Pada tahun 2003. Kebanyakannya telah menjadi usang dan rosak. Hanya terdapat 8
buah komputer keluaran 2006 yang berjenama acer yang masih berfungsi.
Komputer-komputer uang rosak boleh dilupuskan kerana belum tentu dapat gantian.
En. Nor Hidan turut memaklumkan bahawa terdapat sebuah alat ELMO di makmal
sains.

4.2.2
4.2.3

4.3.2

4.3.3
4.3.4
4.3.4

4.3.5

Tindakan : Makluman
5. Hal-hal lain
5.1. Pengerusi meminta semua guru berhubung terus dengan Pn. Ainon di pejabat untuk
berkaitan borang Kew.pa dan rekod aset.
5.2 En. Jeya kumar memaklumkan semua kerusi dan meja murid dan guru telah dilabel.
5.3 Pengerusi menjelaskan penyimpanan kunci-kunci bilik khas akan disimpan di pejabat.
5.4 Pengerusi meminta kerusi baru di dewan terbuka STARS perlu dirantai dan dielakkan
dari diambil oleh murid untuk dibawa ke dalam kelas.
Tindakan : Makluman

6. Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.


Disediakan oleh:

Disemak oleh:

___________________________
( Cik Rozana Binti Zamri)
Setiausaha Kurikulum 1,
SK Sungai Rokam.

_________________________
( Pn Hjh. Rafiah bt Abd. Razak )
Guru Besar
SK Sungai Rokam.

Tarikh: 20 Januari 2014

You might also like