You are on page 1of 3

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail;
2. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar bermula PISMP Semester 1 hingga
PISMP Semester 7;
3. Penyertaan pelajar adalah secara individu
4. Penyertaan adalah PERCUMA;
5. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak peserta;
6. Tema Puisi Kemerdekaan adalah:
“Malaysia Prihatin”

FORMAT PERTANDINGAN

1. Puisi berbentuk sajak hendaklah karya asli peserta yang terlibat berkenaan dengan
menggunakan Bahasa Melayu sahaja;
2. Tema puisi “Malaysia Prihatin” dan isinya mestilah bersesuaian serta tidak
menyentuh perkara-perkara sensitif seperti agama, budaya dan kaum;
3. Puisi ditulis oleh setiap peserta dan dihantar sebelum tarikh tutup penyertaan;
4. Hanya pemenang yang telah terpilih sahaja akan membuat rakaman
mendeklamasikan puisi;
5. Rakaman untuk pendeklamator puisi adalah rakaman statik yang menampakkan
peserta yang terlibat;
6. Lagu iringan semasa mendeklamasikan puisi boleh menggunakan sebarang lagu
yang dimainkan secara instrumental tanpa mengganggu lontaran vokal
pendeklamator;
7. Hanya sedikit effect echo atau reverb dibenarkan untuk vokal manakala bagi alat
muzik juga boleh digunakan dalam kadar yang rendah tanpa menghilangkan
keaslian bunyi akustik alat-alat tersebut.

VIDEO PERSEMBAHAN

1. Penghasilan video puisi ini bergantung pada kreativiti pelajar;


2. Rakaman video untuk puisi juga perlu menampakkan keseluruhan peserta dengan
mempelbagaikan kreativiti dalam rakaman pelbagai sudut kamera;
3. Rakaman video menggunakan resolusi 1080HD.

ISI KANDUNGAN VIDEO


1. Menyampaikan mesej pengajaran kepada penonton;
2. Memaparkan pandangan dan pemahaman tentang skop yang dipilih;
3. Menonjolkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat patriotik yang
boleh dicontohi;
4. Menepati tema yang telah ditetapkan;
5. Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif;
6. Karya yang dihasilkan menggambarkan kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai
murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang boleh menyentuh sensitiviti
perkauman, kebudayaan, keagamaan, unsur lucah, kekejaman, politik dan
pemimpin;
7. Tempoh klip video bagi setiap peserta adalah berdurasi 5 hingga 10 minit. Tempoh
ini termasuk montaj dan kredit;
8. Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu;
9. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan dipaparkan dalam pelbagai
bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV dan
MP4. Resolusi maksimum video yang dihantar adalah video HD – 1080HD;
10. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli;
11. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan
puisi dari mana-mana agensi awam mahupun swasta yang lain;
12. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak
asli/ diciplak;
13. Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur
tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak
cipta;
14. Pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya yang dihantar untuk tujuan
promosi;
15. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan; dan
16. Sijil penyertaan hanya diberikan kepada peserta yang menghantar penyertaan
lengkap dan memenuhi syarat sahaja.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

PERINGKAT KAMPUS

22 Ogos 2021

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
1. Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep dan kreativiti serta kualiti
produksi oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak penganjur.
2. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

You might also like