You are on page 1of 5

TUTORIAL TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA CELIK KEWANGAN


Siti Nur Najihah binti Mohamad Din
(Bahasa Melayu 3)
Mohammad Haziq Irsyad bin Che Mohd Zahari
(Bahasa Melayu 1)
1. TERANGKAN
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PENGGUNA
DALAM MENGURUS KEWANGAN PERIBADI MEREKA.

• Tiada perancangan perbelanjaan.


Hal ini timbul disebabkan aktiviti perbelanjaan harian yang tidak mengikut perancangan
yang betul, disamping kegagalan membezakan antara keperluan dan kehendak.

• Tiada simpanan tunai


Setiap individu perlu mempunyai simpanan tunai sekurang-kurangnya 10%-30% daripada
pendapatan tahunan supaya kita tidak menghadapi masalah apabila terpaksa berbelanja
lebih.
2. JELASKAN KEPENTINGAN LITERASI
KEWANGAN DALAM PENDIDIKAN.
• Literasi kewangan merupakan kemahiran yang boleh melengkapkan pengetahuan dan
keyakinan seseorang individu membuat keputusan kewangan yang bijak pada setiap
peringkat kehidupan. Hal ini bagi memastikan seseorang individu itu berada dalam keadaan
yang sedia dari segi kewangan sekiranya berlaku sebarang masalah yang memerlukan
pengeluaran belanja yang besar. Sebagai contoh, perlindungan insurans wajar dimiliki ketika
seseorang itu masih berkemampuan dari segi kewangan dan mempunyai kesihatan yang baik.
• Tabiat menabung juga boleh bermula dari awal dengan pelbagai cara meskipun kita
mempunyai banyak kewajipan dalam menguruskan perbelanjaan harian dan memilih gaya
hidup yang sewajarnya.
3. BAGAIMANAKAH ANDA INGIN MENERAPKAN ILMU
CELIK KEWANGAN KEPADA MURID-MURID ANDA?

• Mengenalkan kepada murid-murid tentang instrumen kewangan yang wujud pada masa
kini.
• Menyemai sikap berjimat cermat dan membantu murid memahami kepentingan
menabung.
• Mengaplikasikan elemen kewangan seperti perbelanjaan yang berhemah dalam PdP di
dalam kelas.
4. APAKAH AKTIVITI-AKTIVITI DILUAR KURIKULUM YANG BOLEH
DILAKSANAKAN UNTUK MENERAPKAN CELIK KEWANGAN
DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH?

• Menjalankan satu minggu keusahawanan untuk mendidik murid bagaimana memperoleh


dan mengurus kewangan.
• Melalui permainan melibatkan kewangan seperti MonopolyGo dan Saidina.
• Mengadakan segmen Celik kewangan secara mingguan dalam bentuk video kesedaran
yang disebarkan di sosial media.
• Menerapkan penggunaan buku rekod kewangan dalam kalangan murid bagi merekod
perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan bagi memastikan murid dididik untuk tidak
boros bermula peringkat awal.

You might also like