You are on page 1of 4

KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG

Menabung merupakan satu amalan proaktif berpaksikan kesedaran seseorang


dalam membuat persediaan bagi menjamin masa depan yang cerah. Pada zaman
pascaglobalisasi ini, menyimpan wang tabungan di bank merupakan prakarsa yang
efektif untuk memastikan wang tabungan disimpan dengan selamat berbanding dengan
menyimpan wang secara konvesional di rumah. Malah terdapat juga tabungan yang
dibuat melalui skim pelaburan yang menjanjikan dividen yang tinggi. Amalan menabung
ini perlu dijadikan instrumen dalam mendepani kos hidup yang semakin kompleks dan
mencabar. Walaupun amalan menabung ini merupakan perkara yang positif, masih
ramai golongan remaja yang memandang sepi akan faedah menabung kepada mereka.
Pelbagai pihak perlu membuka mata akan faedah menabung kepada seseorang apatah
lagi dalam era ledakan maklumat dan bahang industrialisasi kini.

Aktiviti menabung membolehkan seseorang merencana masa depan dengan


ekonomi yang kukuh dan mapan. Hal ini kerana menabung merupakan alternatif untuk
menambah pendapatan dengan menyimpan wang di bank secara berterusan dan
dalam jangka masa panjang. Melalui penyimpanan ini, pendeposit akan memperoleh
faedah atau dividen daripada pihak bank mahupun agensi pelaburan. Apabila wang
sudah terkumpul, seseorang individu tidak akan berdepan dengan masalah ketirisan
wang sehingga boleh menjejaskan keselesaan hidup mereka. Amalan gali lubang tutup
lubang dengan meminjam daripada rakan-rakan atau saudara mara akan dapat diatasi.
Amalan ini bukan sahaja boleh merosakkan institusi kekeluargaan malah boleh
merenggangkan persahabatan apabila pinjaman tidak dapat dibayar semula. Sebagai
contohnya, seseorang individu boleh menggunakan wang tabungan untuk membeli
hartanah dan membiayai kos pembelian termasuklah urusan jual beli yang pastinya
tidak melibatkan wang yang sedikit jumlahnya. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh,
menabung merupakan inisiatif positif yang perlu menjadi budaya hidup seseorang
kerana boleh merencana masa depan yang kukuh.

Pada zaman yang serba canggih dengan kepesatan kemajuan sains dan
teknologi ini memaksa kita mendapatkan pendidikan yang sempurna agar dapat
bersaing di pentas global. Hal ini kerana melalui tabiat menabung, kita akan mendapat
pelbagai limpahan nikmat terutamanya apabila hendak melanjutkan pelajaran ke
menara gading. Hasil tabungan boleh digunakan untuk membiayai kos pendidikan dan
mentaliti kebergantungan kepada wang bantuan dapat dikesisikan daripada terus
menjadi pegangan hidup. Sebagai contohnya, ibu bapa yang ,membuat tabungan
melalui insurans pendidikan tidak akan menghadapi masalah apabila anak-anak
mereka ditawarkan mengikuti pengajian di universiti. Para remaja juga boleh
menggunakan wang tabungan untuk membeli buku rujukan yang boleh membantu
meningkatkan tahap intelektualisme mereka. Kursus-kursus pengajian yang ditawarkan
tentu sahaja memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, amalan menabung sedikit-sedikit
lama-lama jadi bukit akan membantu kita membiayai kos pendidikan yang sempurna
bagi menjana kemajuan negara agar dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi
dengan negara maju yang lain.

Putaran kehidupan akan mengubah seseorang daripada kanak-kanak kepada


remaja dan akhirnya menjadi dewasa. Semasa menjangkau usia dewasa, komitmen
hidup semakin kompleks kerana perlu menyara kerluarga. Hal ini kerana dalam zaman
milineum ini, kos kehidupan dijangka semakin meningkat dan memerlukan kebestarian
akal dalam menghadapinya. Wang tabungan amat penting dan perlu direncanakan
secara sistematik agar pendapatan bulanan dapat dibelanjakan secara berhemah. Kek
pendapatan perlu dibahagikan dengan bijak dan memastikan sebahagiannya disimpan
sebagai wang tabungan. Kehidupan berkeluarga amat bernilai dan kemenjadian anak-
anak menjadi satu harapan bagi semua insan yang bergelar ibu dan bapa. Sehubungan
dengan itu,, anak-anak perlu mendapat pendidikan yang sempurna bagi melengkapkan
mereka dengan ilmu dan kemahiran menguasai teknologi. Sebagai contohnya, selain
diberikan pendidikan wajib dan formal di sekolah, ibu bapa juga perlu menghantar anak-
anak menghadiri kelas tambahan . dan memastikan tanggungjawab menjaga dan
menanggung keperluan asas anak-anak seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal
yang selesa. Oleh itu, amalan menabung perlu subur di dalam jiwa kerana boleh
dijadikan sumber untuk menyara keluarga .
Keselesaan dan kesenangan hidup tentunya menjadi impian setiap insan.
Sesebuah keluarga memerlukan bukan sahaja rumah yang selesa malah kemudahan
yang moden dan efisien. Hal ini kerana kos untuk memiliki semua ini bukanlah sedikit.
Selain harga rumah yang melebihi ratusan ribu ringgit, peralatan elektrik, bil elektrik dan
air merupakan perkara wajib yang mesti dimiliki dan dibayar dengan segera. Justeru,
untuk memiliki kesempurnaan hidup ini, amalan menabung merupakan langkah bijak
dan mendatangkan impak yang besar. Kemampuan untuk membeli peralatan rumah
secara tunai sebenarnya jauh lebih murah daripada jika dibeli secara ansuran. Segai
contohnya, kita boleh menyimpan dalam jangka waktu tertentu untuk memiliki barangan
idaman tanpa perlu berhutang. Kebijaksanaan dalam membuat belanjawan kewangan
dan membuat tabungan merupakan cara yang paling bijak untuk membeli barangan
yang berkualiti sesuai dengan alah beli menang memakai. Bagaimanapun, amalan ukur
baju di badan sendiri perlu menjadi keutamaan dalam menggunakan wang tabungan.
Oleh itu, amalan menabung menjamin keselesaan dan kesenangan hidup kita.

Hidup ini bagai roda dan kita tidak dapat menduga masa depan kita. Menabung
boleh dijadikan instrumen untuk mempersiapkan diri menghadapi sebarang
kemungkinan seperti kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Hasil tabungan kita
boleh dijadikan cagaran pada waktu kesusahan, kecemasan dan kesempitan.
Walaupun kita berusaha untuk menjauhi sebarang kesusahan namun malang tidak
berbau dan langit tidak selalu cerah. Apabila awan mendung menyelubungi kehidupan,
wang yang disimpan boleh digunakan untuk membiayai kos rawatan perubatan atau
saat kecemasan. Kealpaan untuk menabung merupakan satu kesilapan yang perlu
diteladani daripada pengalaman hidup orang lain. Kita tidak mahu meminta-minta
apabila ditimpa musibah. Sebagai contohnya, apabila keupayaan dan kudrat terbatas
akibat penyakit atau usia yang semakin bertambah, wang tabungan boleh digunakan.
Kita menjadikan wang simpanan sebagai perisai menghadapi risiko dan tidak menjadi
seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Oleh itu, menabung boleh menjadi medium
penyelamat bagi kita menghadapi sebarang kemungkinan dalam kehidupan.
Menabung boleh dijadikan sebagai wahana mendisiplinkan keluarga. Hal ini
kerana amalan menabung membolehkan kita nmenyemai dan menyuburkan amalan
berjimat cermat dan berpegang kepada peribahasa ingat sebelum kena jimat sebelum
habis. Anak-anak yang masih kecil perlu dididik untuk menabung boleh mendorong
anak-anak menjauhi pembaziran, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kesederhanaan dalam kehidupan dapat dibentuk memandangkan fitrah anak-anak
yang mudah dibentuk jika diberikan teladan yang baik. Sebagai contohnya,ibu bapa
boleh membelikan tabung atau membawa anak-anak mengunjungi institusi perbankan
agar mereka dapat melihat sendiri akan iklim sihat yang perlu diikuti. Dengan cara ini
anak-anak akan terdedah dengan budaya hidup sihat dan mengenali pengurusandunia
kewangan dan impaknya kepada ekonomi diri, keluarga dan kepentingannya di
peringkat sarwajagat.Kemaslahatan menabung juga perlu diwara-warakan dengan
sebaik-baiknya agar anak-anak yang masih kecil dapat menghayati konsep tabungan
dengan lebih jelas lagi. Oleh itu, amalan menabung boleh menjadi salah satu prakarsa
yang pragmatik untuk mendisiplinkan keluarga sekaligus melahirkan keluarga yang
sejahtera

Natijahnya, menabung merupakan amalan mulia yang perlu dijadikan budaya


hidup dan dipraktikkan. Amalan ini boleh menjana kestabilan ekonomi seseorang
individu dan mengekalkan keseimbangan negara secara efektif. Perspektif negatif
seperti biar papa asal bergaya perlu diubah agar setiap individu mempunyai visi untuk
keluar daripada belenggu kehidupan yang begitu mencabar. Menabung boleh dijadikan
benteng untuk mendepani realiti dunia baru yang pantas berubah dan berkembang.
Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan obligasi
terhadap amalan menabung terus subur dalam diari ekonomi setiap individu agar
kemakmuran diri dan negara dapat dikekalkan momentumnya.

You might also like