You are on page 1of 5

FAEDAH MENABUNG

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa


hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung
memberi banyak faedah kepada kita.
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap
berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala
perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan
ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke
dalam tabung.
Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang
simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan
kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang
simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri
kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang
pandai berjimat cermat dan berdikari itu.
Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan.
Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan
rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga
kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu memintaminta kepada orang lain.
Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita
menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian
keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk
menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan
selesa dan tidak menyusahkan orang lain.
Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya.
Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'.
Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lamalama jadi bukit.

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa


Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis karangan caracara kamu menggembirakan ibu bapa.
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita
tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang
sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh
sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.
Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak mulia
akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang
lain, bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang berakhlak
mulia juga akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang
demikian, sudah tentu akan menggembirakan hati ibu bapa.
Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar
bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat
keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar
agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa depan yang lebih cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu
mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik,
mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban
mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.
Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka.
Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan
nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka
antara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita
sentiasa gembira bersama anak-anak.
Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita
sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk
menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia


Tulis sebuah karangan tentang faedah berjimat-cermat.
Berjimat-cermat Amalan Mulia
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat
bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu
sahaja tanpa pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh
menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti
boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku
latihan dan sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir
panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan
kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya
barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah
hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk
berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat
dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik
mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan
tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulangalik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian
tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin
tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan.
Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas,
pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka
daripada membayar bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-

cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta
mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

PERANAN PELAJAR UNTUK MENGEKALKAN KEHARMONIAN


///Merdeka adalah satu perkara yang amat bermakna kepada kita
terutamanya kepada para perajurit yang terlibat secara langsung dalam
peperangan untuk menuntut kemerdekaan.Keberanian dan kecekalan
mereka perlulah kita hargai.Sifat kepahlawanan mereka telah memberi
kebebasan kepada kita untuk mencorakkan bumi Malaysia yang tercinta
ini.Sekarang,telah tiba masanya untuk kita pula menyambung
perjuangan mereka dalam mengekalkan kemerdekaan negara ini.
Kedaulatan negara perlulah dipertahankan dengan sebaik-baiknya
supaya anak-anak kita dapat mengecapi kebebasan seperti yang kita
miliki sekarang.Janganlah kita yang menjadi penyebab kehilangan
kebebasan ini untuk dinikmati generasi masa hadapan.Para remaja
adalah di antara golongan yang dipertanggungjawabkan untuk
mengekalkan kemerdekaan negara ini.kita seharusnya berbangga kerana
dapat menetap di negara bertuah yang dipanggil Malaysia.Untuk
mencerminkan perasaan cinta kepada negara sendiri,remaja perlulah
menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.
Para remaja perlulah bersemangat setia kepada negara supaya
pengekalan kemerdekaan negara dapat dilakukan dengan semangat
kepahlawanan yang berkobar-kobar.Di antara cara untuk remaja
mengekalkan kemerdekaan negara adalah dengan menyertai angkatan
tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan
boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat,
kedaulatan negara dapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban
untuk bangsa dan negara.
Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan
harmoni.Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting
dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu padu
tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah
seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan

Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan


perlulah dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.
Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat
melahirkan remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja
perlulah menyematkan disiplin dalam diri dengan cara menjadi lebih
bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus dapat menjadi
warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat
dipupuk dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan
ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej
Tentera Udara dan Akademi Tentera Malaysia yang dapat membentuk
sifat keperibadian yang unggul.
Dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara, remaja perlulah
lebih berusaha dan produktif apabila melakukan sesuatu perkara.Para
remaja haruslah lebih tabah dalam menghadapi cabaran demi
mempertahankan hak-hak mereka.Kita juga mesti berdikari dan tidak
bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya dapat menjamin
kedaulatan negara

You might also like