You are on page 1of 1

contoh ulasan

Pada zaman yang serba moden ini, gaya hidup sihat perlu
diamalkan.
Pengambilan makanan yang seimbang mengikut piramid
makanan penting untuk menjamin kesihatan diri. Ini kerana,
piramid makanan menunjukkan kadar makanan harian yang
patut kita ambil untuk menjamin kesihatan.
Selain itu, kita juga perlu bersenam kerana aktiviti ini
dapat membantu badan kita mengeluarkan peluh dan
melancarkan perjalanan darah.
Kita juga haruslah membuat pemeriksaan kesihatan
untuk mengesan tahap kesihatan tubuh badan kita. Kita akan
dapat mengesan penyakit pada peringkat awal kerana
mencegah lebih baik daripada mengubati.
Jelaslah bahawa gaya hidup sihat merupakan salah satu
cara yang perlu kita amalkan untuk menjamin kesihatan
tubuh badan kita.

You might also like