You are on page 1of 1

SEMPORNA 18 Nov.

- Plastik merupakan sampah yang paling banyak terkumpul di


tapak-tapak pelupusan sampah di negeri ini dengan kadar 70 peratus berbanding
bahan buangan lain.
Bahan itu turut mencemarkan keindahan laut yang menjadi nadi utama
masyarakat nelayan di negeri ini. Kesan daripada pembuangan plastik ke laut
bukan sahaja mengancam pendapatan nelayan, malah hidupan marin seperti penyu
dan terumbu karang.
Berbanding dengan sisa bahan pepejal lain yang mudah terurai hanya dalam
beberapa minggu, plastik mengambil masa lebih 20 tahun untuk reput.
Terdapat tiga jenis plastik yang digunakan setiap hari iaitu beg plastik, plastik
pembungkus dan botol plastik. Katanya, plastik yang dijadikan bahan pembungkus
diperbuat daripada bahan kimia polietilina, propilina dan polivinil klorida (PVC)
yang dirawat dengan bahan pelembut (plasticizers).
Ramai yang tidak tahu bahawa bahan-bahan kimia ini berbahaya kerana ia boleh
mendatangkan kesan kesihatan seperti kanser kepada pengguna. Pembuangan
plastik juga mengakibatkan sistem perparitan tersumbat, bau busuk dan
kesihatan.
Plastik yang dibuang ke laut akan menyebabkan kerosakan pada enjin bot jika
tersangkut dan boleh mengancam penyu.
Fizikal plastik yang licin dan lembut seakan rumpai laut menarik perhatian penyu
untuk memakan plastik. Malangnya, bahan ini tidak dapat dihadam oleh penyu
kerana kita tahu plastik tidak mudah reput. Kebanyakan penyu yang memakan
plastik mati kerana sistem penghadaman mereka tersumbat.
Bagi mengatasi masalah itu Nattelee berkata, orang ramai perlu berwaspada dan
berusaha mengelakkan penggunaan plastik secara meluas. Katanya, orang ramai
digalakkan untuk menggunakan plastik yang tidak mengandungi bahan pelembut.

Artikel

Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_
%26_Sarawak&pg=wb_01.htm#ixzz3oycpriP4
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like