You are on page 1of 2

Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh
guru-guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah,
misalnya aktiviti kelab dan persatuan,sukan dan permainan serta pasukan
beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum perlu disertai oleh
murid-murid kerana ada banyak kepentingannya.
Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai
aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk melepak dan bergaul dengan
budak-budak nakal. Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri
kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif
dalam bidang sukan, masa lapang kita akan diisi dengan latihan yang
diselia oleh guru-guru.
Selain
itu,
kegiatan
kokurikulum
dapat membentuk disiplin
diri. Contohnya, semasa menyertai aktiviti persatuan, sukan atau unit
beruniform, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan
mematuhi peraturan. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Pelajar
yang
tidak
berdisiplin
susah
untuk
berjaya.
Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar
menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti
pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa.
Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar
menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang
demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar
menjadi
pemimpin.
Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan.
Setiap unit kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti
yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk
bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama ahli.
Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulum kepada muridmurid di sekolah.Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti
yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula
hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan
kokurikulum.

Cara-cara Menghormati Ibu Bapa


Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Justeru
sebagai seorang anak, kita perlulah sentiasa menghormati mereka.
Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda
menghormati mereka. Antaranya ialah dengan menunjukkan kepatuhan
dan ketaatan kepada mereka.
Kita juga boleh menunjukkan rasa hormat kepada mereka dengan cara
mendengar nasihat dan menerima setiap teguran daripada mereka
dengan hati yang terbuka. Sebagai manusia biasa kita tidak mungkin lari
daripada tersilap langkah dan melakukan kesilapan. Nasihat dan teguran
mereka bertujuan untuk memberi bimbingan dan panduan demi
kebaikan kita sendiri.
Di samping itu belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran juga
merupakan satu cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda
menghormati ibu bapa. Ibu bapa telah bersusah payah melahirkan kita,
membesarkan dan memberi pendidikan kepada kita. Sebagai membalas
jasa mereka, kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh agar berjaya
mencapai cita-cita. Kejayaan dalam pelajaran pastinya akan
membuatkan ibu bapa kita berasa bangga dan gembira.
Selain itu, membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah yang
bersesuaian seperti mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk
selepas makan, membersihkan halaman rumah serta membantu
menjaga adik juga adalah merupakan satu lagi cara menunjukkan rasa
hormat dan kasih sayang terhadap mereka. Bantuan kita dapat
meringankan beban tugas serta keletihan mereka bekerja seharian.
Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak cara
untuk menunjukkan rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa kita.
Menghormati dan membalas jasa ibu bapa merupakan tanggungjawab
anak-anak dan ia juga dituntut oleh agama. Hormati dan sayangilah ibu
bapa sementara mereka masih ada.

You might also like