You are on page 1of 2

Pengalaman Menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira bangsa dan agama kerana pada hari tersebutlah negara kita mencapai kemerdekaan.

Ayah telah berjanji membawa saya dan adik meraikan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.
Pada hari tersebut, kami bertolak pada awal pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Kami telah
mencari tempat yang strategik, iaitu di barisan paling hadapan agar dapat melihat dengan lebih jelas.

Tepat jam 7.30 pagi, dif-dif kehormat telah mengambil tempat duduk di atas pentas utama.
Orang ramai turut membanjiri Dataran Merdeka. Upacara bermula dengan nyanyian lagu “Negaraku”
dan lagu-lagu patriotik. Bendera Jalur Gemilang dinaikkan dan berkibar megah di angkasa.

Selepas itu, Perdana Menteri menyampaikan ucapan di atas pentas. Beliau mengakhiri
ucapannya dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali. Seluruh rakyat jelata menyahut laungannya
dengan penuh semangat patriotisme sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Suasana di Dataran Merdeka
meriah sekali.

Seterusnya, perbarisan lintas hormat diketuai oleh pasukan pancaragam diikuti oleh pasukan
beruniform seperti pasukan polis, tentera, bomba, kakitangan kerajaan, murid-murid sekolah dan
kumpulan pejuang veteran negara. Mereka kelihatan segak dan gagah dengan pakaian seragam masing-
masing.

Perarakan kereta berhias dan pertunjukkan akrobatik jet pejuang turut memeriahkan lagi
suasana sambutan Hari Kebangsaan. Saya sempat merakamkan detik-detik yang sungguh mengagumkan
ini dengan perakam video untuk berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan di sekolah.

Kira-kira jam 11.00 pagi, upacara sambutan Hari Kebangsaan telah berakhir. Saya telah
mendapat satu pengalaman yang amat berharga. Saya cinta akan tanah air saya dan berbangga menjadi
rakyat Malaysia.
Latihan Penulisan 65 : Menyambung cerita ( penutup diberikan)

Soalan :

Kami berharap agar persahabatan kami yang rapat seperti isi dengan kuku akan
berkekalan selama-lamanya.

Akhiri cerita kamu dengan ayat di atas.

Nasrul merupakan sahabatku yang paling rapat. Kami ( 1 ) bersama di sebuah kampung di
Batu Kurau, Perak. Kami juga tinggal ( 2 ).

Kami bersekolah di sekolah yang sama, malah kami belajar dalam kelas yang sama.
Sejak ( 3 ) hinggalah ke Tahun Enam kami belajar bersama-sama. Nasrul merupakan
pelajar cemerlang di sekolahku dan dia ( 4 ) beberapa jawatan penting di sekolah.

Aku pula agak lemah dalam mata pelajaran Matematik. Oleh yang demikian, aku
selalu merujuk Nasrul untuk bertanya dan berbincang tentang mata pelajaran
Matematik. Dia tidak pernah ( 5 ) akan ilmunya dan sering membantu aku.

Dengan bantuannya, aku berjaya ( 6 ) peningkatan dalam mata pelajaran


Matematik. Dalam peperiksaan UPSR beberapa tahun lalu, kami sama-sama memperolehi
5A. Aku sangat teruja apabila ( 7 ) ke pentas untuk menerima hadiah. Sebagai sahabat,
aku tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Nasrul yang banyak membantuku.

Kini, kami bersekolah di sekolah berasrama penuh. Aku bersekolah di


Taiping, ( 8 ) Nasrul pula bersekolah di Kuala Lumpur. Nasrul dan keluarganya berpindah
ke sana kerana ibu bapanya ( 9 ) pangkat di Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejak itu,
aku dan Nasrul jarang berjumpa.

Kami hanya ( 10 ) melalui Facebook dan Telegram. Setiap kali cuti sekolah, aku
dan Nasrul akan berjumpa sama ada dia ke rumahku atau aku ke rumahnya. Kami
berharap agar persahabatan kami yang rapat seperti isi dengan kuku akan berkekalan
selama-lamanya.

memegang tadika dinaikkan memperolehi berhubung

manakala berjiran dijemput lokek membesar

You might also like