You are on page 1of 2

KERJA KURSUS

SEJARAH
PT3 2020

Pernyataan Masalah 1
Rempah ratus merupakan sumber kemakmuran Negara kita sejak zaman dahulu.
Buktikan.
i. Berikan maksud rempah ratus beserta 5 contoh rempah yang terkenal.
ii. Dengan menggunakan kreativiti kamu, cipta satu makanan dan satu minuman
menggunakan rempah ratus sebagai bahan utamanya,serta beri manfaatnya dari
segi kesihatan.
iii. Kenal pasti contoh penghasilan produk rempah ratus secara komersial pada
masa sekarang serta pengunaannya.

Pernyataan Masalah 2
Pendidikan tidak formal yang sempurna mampu melahirkan insan berjiwa mulia dan
boleh berdikari. Buktikan
i. Berikan maksud pendidikan tidak formal dan cara pendidikan tidak formal
disampaikan.
ii. berdasarkan pembacaan dan kajian anda, bandingkan pendidikan tidak formal
dahulu dan sekaran dari 3 aspek berbeza.
iii. Huraikan 2 contoh pantun, peribahasa dan mana-mana cara penyampaian lain
yang digunakan untuk menyampaikan pendidikan tidak formal.

Pernyataan Masalah 3
Bijih timah merupakan bahan mentah yang menarik kedatangan Barat ke Tanah
Melayui. Buktikan.
i. Terangkan latar belakang lokasi perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada
abad ke 16, 17 dan 18.
ii. Pada pandangan anda, apakah kepentingan dan kegunaan bijih timah di Barat,
sehingga membawa kepada penjajahan Tanah Melayu?
iii. Huraikan perkembangan kemajuan penggunaan bijih timah pada abad ke 20 dan
21
ARAHAN
1. Salam Semua.. Di sini sy lampirkan senarai tajuk untuk kajian kes tingkatan 3. Kami
memberi kelonggaran kepada pelajar untuk memilih mana-mana tajuk yang digemari
atau yg mudah untuk anda semua mencari bahan drpd Internet.
2. Kepada pelajar yg ada kemudahan mesin printer di rumah bolehlah print siap²
bahan atau maklumat yg diperoleh drpd internet. Yg tiada tidak perlu keluar rumah
untuk print. Sebaliknya buatlah catatan.
3. Bahan dari internet mestilah disalin url sumber tersebut.
Cth : Contohnya https:www.patriot.com.my (bergantung kepada sumber masing²)
Sila cari bahan bergantung kepada point² di bawah tajuk anda.
4. Baca setiap tajuk bagi memastikan awak dapat tajuk yang mudah bagi awak.
Mudah ni maksudnya, senang dapat maklumat dan banyak maklumat berkaitan tajuk
tersebut.
5. Cari maklumat berdasarkan point² di bawah tajuk tersebut.
6. Penukaran tajuk last minute hanya akan melambatkan lagi gerak kerja dan
menyusahkan awak kemudian hari kerana pada masa yang sama awak kena siapkan
kerja kursus geografi juga.
7. Gerak kerja :-
a. Memilih tajuk
b. Mencari makumat berkaitan tajuk
c. Mencatat sumber yang diperolehi
d. Membuat penulisan esei di dalam kelas
e. Membuat pembentangan
Buat masa ni kita akan buat gerak kerja dari no.1 hingga no.3 sahaja
8. Markah bergantung kepada:
1. Bahan/sumber yg byk
2. Kesungguhan dalam mencari bahan
3. Kekerapan berjumpa guru untuk bimbingan
4. Penulisan yang matang dan menarik
5. Presentation yang lancar dan menarik
6. Bahan presentation yang menarik

Daripada : Cikgu Nor’ Aishah dan Cikgu Maizatul Naemah

You might also like