You are on page 1of 4

Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibubapa dan pelajar PT3 dalam

menentukan aliran yang sesuai semasa di tingkatan 4 nanti.

1. Pencapaian
Keputusan PT3 boleh digunakan sebagai kayu ukur pencapaian pelajar, terutamanya bagi
yang berhajat nak ke aliran Sains. Pencapaian bagi subjek seperti Sains dan Matematik
harus diberi perhatian memandangkan lebih banyak "Sains dan Matematik" yang akan anda
pelajari semasa di aliran Sains nanti. Ada banyak lagi faktor yang mempengaruhi. Namun
sekurang-kurangnya ini adalah indikator awal yang membolehkan atau membataskan
pencapaian akademik anda semasa di tingkatan 4 kelak.

Pencapaian yang baik, tak bererti anda boleh buat dengan baik dalam aliran Sains dan juga
pencapaian yang kurang memuaskan, tak bererti anda tak boleh buat dengan baik dalam
aliran Sains. 

2. Kemampuan
Selain daripada pencapaian PT3, perlu juga ada muhasabah diri menilai kemampuan belajar
bagi 2 subjek tadi, iaitu Sains dan Matematik. Jika pada kebiasaannya, anda mengalami
kesukaran untuk belajar dan juga mendapat markah yang kurang memuaskan, maka anda
perlu pertimbangkan dengan sebaiknya jika ingin meneruskan minat dalam aliran Sains.
Bimbang tak terbawa pulak bebannya nanti.

Jangan perasan. Sebaliknya nilai diri anda dengan sebaik mungkin. InshaAllah percaturan
anda nanti akan jadi satu percaturan yang terbaik. InshaAllah.

3. Minat
Pemilihan aliran juga boleh didasarkan kepada minat anda terhadap bidang tertentu. Bak
kata orang, bila ada minat, semua pun boleh jadi. Namun jika nak ikut minat, perlu
utamakan juga Pencapaian dan Kemampuan anda dalam subjek berkenaan. Minat saja tak
cukup. Nanti anda pula yang kesusahan dan terpaksa berendam air mata dengan keputusan
yang teruk semasa SPM nanti.

Minat dalam aliran Sains atau sastera juga boleh ditentukan melalui Ujian Psikometrik yang
dijalankan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling. Boleh rujuk guru kaunseling sekolah
bagi memastikan kecenderungan minat dan bakat anda.

4. Tanya
Pendapat peribadi saya, dengan sistem PT3 sekarang, jalan terbaik adalah dengan rujuk
terus kepada guru Sains dan Matematik anda sama ada anda benar-benar layak untuk
mengikuti aliran Sains. Ini kerana, hanya guru Sains dan Matematik anda sahaja yang
benar-benar tahu kemampuan dan juga keupayaan anda dalam aliran Sains.
Jadikan pendapat mereka sebagai satu lagi pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh anda
semasa memilih. Baka kata pepatah, "sekilas ikan di air, dah tahu jantan, dah tahu
betinanya.."

5. Istikharah
Tips terakhir sekali adalah selepas melakukan semua tips-tips di atas, maka wajarlah jika
kita memohon pertolongan dari Yang Maha Esa semoga diberi petunjuk untuk pilihan yang
terbaik untuk kita. Usaha akhir ini juga merupakan satu lagi ikhtiar terbaik bagi kita yang
berada dalam dilema. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Memiliki Segalanya.

Kepada pelajar PT3 dan ibubapa yang prihatin, buatlah pilihan yang TEPAT semasa memilih
aliran Sains atau Sastera. Ini kerana pemilihan aliran yang betul akan memastikan masa
depan yang cemerlang buat pelajar semasa Tingkatan 4 dan sekaligus semasa SPM nanti.
Manakala pemilihan aliran yang salah pula pasti akan memberi satu bencana buat mereka. 

Ada beberapa laluan utama yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM meneruskan
pengajian dalam bidang perakaunan atau yang berkaitan dengan perakaunan.

1. Sambung terus ke tingkatan 6 – keutamaan kelas yang ada menawarkan subjek


Perakaunan STPM dan/atau Ekonomi STPM
2. sambung terus ke Matrikulasi KPM aliran Perakaunan
3. Sambung terus ke program asasi (foundation) perakaunan di IPTA atau IPTS
4. Mengikuti program Diploma Perakaunan di IPTA atau IPTS – selalunya bagi tempoh
3 tahun.
5. Terus ke program profesional Perakaunan ACCA di IPTA/IPTS tertentu – contohnya
PolyTech MARA ada menawarkan program profesional ACCA, selain dari program
diploma perakaunan.
6. terus belajar peringkat LCCI sahaja sambil bekerja – selalunya ada pusat latihan dan
peperiksaan LCCI boleh didapati di bandar-bandar utama di Malaysia. Untuk lokasi
terperinci, rujuk sesawang LCCI Asia-Malaysia.

7. Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat pada asasnya memberi peluang kepada pelajar
mempelajari simpan kira. Bersesuaian dengan keperluan industri, pelajar yang
cemerlang dalam mata pelajaran prinsip perakaunan tingkatan empat diandaikan
mampu menyediakan akaun-akaun di dalam buku catatan pertama, diposkan ke lejar,
membuat beberapa pelarasan rutin tahunan, dan menyediakan laporan kewangan. Jika
para pelajar menghayati proses pembelajaran dalam tingkatan empat, tidak mustahil
pelajar ini mampu menjadi kerani akaun yang cekap.

8. Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima pula tertumpu kepada beberapa kemahiran asas
berkaitan dengan perakaunan kewangan. Sebagai contoh belanjawan tunai didedahkan
dalam tahun ini. Selain dari itu, pelajar juga didedahkan penyediaan akaun perniagaan
perkongsian. Ini membolehkan pelajar, jika bekerja kelak, dapat memahami tugas
mereka sebagai kerani atau pembantu pegawai akaun dengan lebih baik lagi dalam
perniagaan perkongsian seperti firma guaman, firma perniagaan lain, dan sebagainya.
9. Halatuju Pemilihan Aliran Selepas PT3 Berdasarkan Gred PT3, PBD
Dan Psikometrik
10. Tahniah kepada semua murid yang berjaya lulus dalam peperiksaan PT3 hari ini. Saya
kumpulkan tajuk tajuk entri saya berkaitan dengan halatuju program PT3 dan
psikometrik untuk memberikan panduan kepada murid dan ibu bapa memahami
bagaimana skor PT3, PBD  penilaian bilik darjah berasaskan sekolah yang
mempunyai band tertentu , psikometrik untuk mengenalpasti kekuatan murid tersebut
bagi menentukan halatuju mereka di ting 4 nanti.

ELEKTIF KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTISAS


 Prinsip Akaun dan  Ekonomi Asas
 Prinsip Akaun dan Perniagaan
Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Perniagaan

Di SMK Cheras ditawarkan kelas Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas manakala satu kelas lagi ialah
Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan dan Ekonomi Asas.

Gred PT3 dan Band PBD berdasarkan gred 


Matematik sekurang-kurangnya gred C dengan band 4 PBD Matematik jika Prinsip Akaun diambil
bersama pakej Matematik Tambahan. Bagi mengikuti kursus perakaunan di peringkat matrikulasi dan
di universiti awam, mengambil Matematik Tambahan di peringkat SPM adalah satu kelebihan. 

Jika mengambil subjek Perniagaan atau Ekonomi Asas tanpa mengambil pakej Prinsip Akaun,
barulah gred PT3 Matematik sama ada D/E malahan ada yang gagal.

Keputusan Psikometrik
Trait Konvensional untuk subjek Perakunan dan trait Enterprising untuk aliran Ekonomi Asas
atau Perniagaan adalah yang terbaik dalam 3 kod Holland Inventori Minat Kerjaya yang
diperolehi untuk psikometrik.
Bagi Inventori Kecekapan Pelbagai skor yang tinggi pada:

Kekuatan    
1)Kelas yang memerlukan kekuatan data dan pengiraan tetapi kurang penghafalan jika dibandingkan
dengan aliran sains.
2) Alternatif aliran kelas bagi murid yang mendapat pencapaian yang agak baik bagi PT3 tetapi tidak  
berminat ke aliran sains dan psikometriknya juga mempunyai kod teori Holland E atau C. 

Cabaran
1) Jika kelas tersebut tidak mengambil Matematik Tambahan, automatik dia tidak layak memohon
untuk meneruskan pengajian ke matrikulasi
2) Namun demikian peluang ke universiti dan kolej masih terbuka dengan kekuatan 2 mata pelajaran
elektif yang kredit untuk ke universiti manakala ke politeknik dan kolej serendah 1 mata pelajaran
elektif yang kredit

TIPS MEMILIH ALIRAN YANG SESUAI


Berdasarkan penerangan di atas, saya berharap murid tingkatan 3 tahun 2017 sudah bersedia
dengan pilihan masing-masing dan bersedia mengikuti pembelajaran sewaktu bermula penggal satu
persekolahan. Jika anda berada dalam dilemma memilih aliran mata pelajaran elektif yang sesuai di
tingkatan empat, maka perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:
1) pencapaian Pt3 dan pencapaian sekolah . Memenuhi syaratkah masuk ke kelas sains. Jika tidak,
anda perlu melihat pilihan yang lain memandangkan subjek sains agak berat sesuailah dengan
gelarannya mata pelajaran bernilai tinggi.
2) Psikometrik anda? Kemanakah kecenderungan anda. Kombinasi pencapaian akademik dan
psikometrik yang serasi menunjukkan anda boleh mencapai keputusan akademik yang lebih baik
kerana kelayakan dan minat anda. Jika kelayakan tidak cemerlang seperti D tetapi minat cenderung
ke kursus tersebut , maka anda mempunyai turun naik motivasi yang tidak tetap untuk meneruskan
aliran anda pada masa tersebut kerana anda perlu lipatgandakan usaha anda.
3) Jika pencapaian akademik anda melayakkan anda ke mana-mana aliran sekali pun, yang
memuktamadkan keputusan itu ialah psikometrik anda. Kemanakah minat anda membawa anda?
Ini kerana kursus yang anda minat anda perlu harunginya selama 2 tahun, dan meneruskan
pengajian ke peringkat tertinggi juga dengan subjek aras tinggi mata pelajaran elektif yang anda ambil
di tingkatan 4 ini selepas SPM.
4) Jika pencapaian akademik tidak melayakkan anda memilih, ia bermaksud pilihan yang sangat
terhad dan anda tidak berminat ke arah mata pelajaran vokasional atau kemahiran, lebih baik anda
memilih mata pelajaran dengan subjek elektif yang paling minimum di sekolah tersebut. Ini kerana
subjek vokasional perlu disertai dengan minat. Jika psikometrik anda juga menunjukkan stail yang
sama iaitu tidak berminat dengan kemahiran, maka jangan memaksa diri mengambil mata pelajaran
kemahiran seperti jahitan, seni reka tanda atau masakan. Ini kerana subjek ini diajar dalam waktu
persekolahan dalam tempoh masa yang lama dan hasil dari projek merupakan eviden untuk markah
yang perlu komited oleh murid mengikutinya setiap kali pembelajaran.
5) Melangkah ke tingkatan 4 sebenarnya adalah pintu masuk ke arah tuju yang betul untuk menceburi
kursus yang anda inginkan, anda ingin bekerja dan dikenali di profesion tersebut. Sememangnya ada
sahaja senior yang hala tujunya tidak seperti kursus yang diceburinya. Contohnya masuk aliran sains
tetapi end up di universiti dengan kursus perakaunan. Yang penting diri anda, jangan membeza-
bezakan antara awak dengan orang lain. Ini kerana apabila di peringkat SPM, keputusan tidak
melayakkan untuk menyambung ke kursus sains, maka seseorang perlu adjust semula hala tuju
hidupnya yang bersesuaian. Yang penting tingkatan 4 ialah tiket masuk untuk ke peringkat yang lebih
tinggi.
6) Jika anda di persimpangan memilih aliran sains tulen Biologi atau aliran sains fizikal Grafik
Komunikasi Teknikal kerana sekejap anda ingin menjadi doktor atau farmasi dan adakalanya ada
menunjukkan kecenderungan ke jurutera, kod mata Holland pada psikometrik juga tidak menunjukkan
perbezaan yang ketara , maka anda lebih baik memilih jurusan Biologi kerana jika anda tidak
mengambil Biologi anda tidak dapat masuk ke aliran perubatan atau sains hayat, tetapi jika anda tidak
mengambil Lukisan Kejuruteraan anda masih lagi boleh mengambil jurusan kejuruteraan kerana
kekuatan fizik dan matematik tambahan.
7) Jika anda dalam persimpangan mengambil aliran Sains dan Perakaunan dengan psikometrik kod 3
mata Holland juga mempunyai selisih beza yang sedikit atau sama kerana anda berminat dengan
keduanya , maka lebih baik anda memilih aliran Sains. Kerana murid aliran Sains dapat bertukar
kursus ke perakaunan selepas SPM. Manakala murid perakaunan tidak boleh menukar aliran ke
kursus berorientasikan Sains selepas SPM.

You might also like