You are on page 1of 6

CADANGAN MENINGKATKAN PRESTASI JANGKA PENDEK DAN JANGKA

PANJANG

KEPUTUSAN PERNIAGAAN
Perkongsian DADEDE Dobi telah memperoleh untung bersih sebanyak RM7 313
setakat 01 sehinggan 31 Mac 2019. Perniagaan kami berjaya memperoleh untung bersih yang
agak baik dan memberangsangkan. Kadar pulangan atas modal ialah sebanyak 4%.
Dijangkakan ia akan meningkat dari semasa ke semasa sehinggalah ke tarikh penutupan
akaun pada 31 April 2010. Sedikit sebanyak prestasi perkongsian ini memberi gambaran
perniagaan perkhidmatan dobi sememangnya menguntungkan. Untuk memastikan prestasi
perniagaan ini dapat ditingkatkan lagi, usaha terancang yang lebih baik perlu dilakukan
secepat mungkin.

Cadangan Peningkatan Prestasi jangka pendek Perniagaan


Berikut adalah tiga cadangan meningkatkan prestasi semasa perniagaan:
i. Menjalankan aktiviti promosi dan publisiti dengan lebih kerap.
ii. Meningkatkan tempoh pengutipan hutang daripada Akaun Belum Terima iaitu
diskaun boleh diberikan kepada mereka untuk menggalakkan mereka menjelaskan
hutang dengan cepat
iii. Memastikan pihak kami memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik
kepada pelanggan sedia ada mahupun pelanggan baru.
iv. Mempercepatkan tempoh bayaran kepada Akaun Belum Bayar untuk
mendapatkan diskaun yang banyak dan dapat mengekalkan urus niaga dengan
mereka.
v. Memperkenalkan perkhidmatan dobi secara dalam talian.
vi. Mempelbagaikan jenis perabot berdasarkan kepada permintaan orang ramai.
vii. Mencari pembekal sabun yang dapat memberikan harga dan kualiti cucian yang
terbaik.
Cadangan Peningkatan Prestasi Jangka Panjang Perniagaan
Berikut adalah empat cadangan meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan:
i. Mewujudkan cawangan kedai baharu di bandar lain dalam tempoh 5 tahun akan
datang.
ii. Membesarkan kedai sedia ada dengan rekaan dalaman yang menarik dan
menggembirakan pelanggan.
iii. Mengurangkan kos operasi dalam jangka masa panjang dengan membuat kajian
yang lebih jelas dan menentukan strategi yang boleh diambil untuk meningkatkan
prestasi perniagaan.
iv. Melancarkan promosi jualan sebanyak empat kali setahun dengan perkhidmatan
yang lebih murah terutamanya menjelang musim perayaan.
v. Melabur lebihan wang ke dalam skim pelaburan yang bersesuaian untuk mendapat
pendapatan sampingan.
vi. Membeli aset bukan semasa seperti mesin dobi, premis dan lengkapan

C. RUMUSAN
Tugasan Projek Kertas 3 ini telah saya sempurnakan dalam tempoh masa dua  bulan.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah menguasai kemahiran seperti mengorganisasi,
menganalisis, mentaksir dan mengaplikasi serta merekod urus niaga ke dalam buku catatan
pertama dan akhirnya saya dapat menyediakan Imbangan Duga dan Penyata Kewangan
dengan betul. Saya juga dapat memahami dan menghayati proses kitaran perakaunan yang
lengkap bermula dengan penyediaan Dokumen Sumber , buku catatan Pertama , Pengeposan
ke lejar ,Imbangan Duga dan seterusnya Penyata Kewangan iaitu Akaun Perdagangan dan
untung rugi serta Akaun Pengasingan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan untuk
satu tempoh perakaunan. Perniagaan saya, Perkongsian DADEDE Dobi telah mengamalkan
konsep, prinsip dan andaian perakaunan dalam merekod urusniaga dalam buku-buku
perakaunan. Antaranya adalah:

Wang Sebagai Ukuran :


 Semua urusniaga mesti direkodkan dalam bentuk wang iaitu Ringgit Malaysia (RM).
Wang berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran dalam setiap urusniaga.
Contohnya, penilaian inventori dijumlahkan dalam nilai RM.

Catatan Bergu :

 Setiap urusniaga direkodkan dalam dua akaun yang berasingan, iaitu satu akaun
didebitkan dan satu akaun lagi dikreditkan dalam amaun yang sama. Contohnya,
Perniagaan perkongsian DADEDE Dobi menjual barang niaga kepada pelanggan
sebanyak RM100.00 secara tunai. Dalam buku perniagaan kami nanti , akaun Tunai
akan didebitkan dengan RM100.00 dan akaun jualan akan dikreditkan sebanyak
RM100.00 .

Entiti Berasingan :

 Sebarang urusniaga antara perniagaan dengan pemiliknya dianggap sebagai urusan


antara dua pihak yang berasingan. Akaun Modal dan Akaun Ambilan dibuka untuk
merekodkan urusniaga antara pemilik dan perniagaan. Contohnya, saya ingin
menggunakan barang niaga atas kegunaan sendiri, urusniaga ini perlu direkodkan
sebagai ambilan dalam buku perakaunan perniagaan.

Tempoh Perakaunan :

 Sesebuah perniagaan perlu membahagikan hayat perniagaan kepada tempoh


perniagaan yang sama kerana hayat perniagaan diandaikan berjalan secara berterusan.
Tempoh perakaunan adalah tetap bagi sesebuah perniagaan. Contohnya, tempoh
perniagaan Kilang Kasut Siti adalah selama setahun bermula dari 1 Mac 2018 – 28
Februari 2019.

Dalam perniagaan saya ini juga telah mengambil kira beberapa elemen dalam (Elemen
Merentas Kurikulum) EMK adalah seperti berikut:

1. Bahasa
Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
Semasa Pdpc bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan
laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi
secara berkesan.

Saya juga menggunakan EMK Bahasa semasa saya berkomunikasi dengan guru subjek dalam
proses menyiapkan tugasan ini dan kerja kursus ini juga memerlukan saya menulis dan
menyusun idea menggunakan bahasa yang betul dan sesuai dari aspek struktur ayat,
tatabahasa, istilah dan laras bahasa

2. Nilai Murni

Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid akan kepentingan
dan mengamalkannya. Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian.

Dalam proses saya menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak mengamalkan nilai murni.
Saya mengamalkan nilai kerajinan dan nilai berdikari sehingga saya berjaya menyiapkan
tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Saya dan rakan-rakan juga mengamalkan nilai saling
membantu tanpa mementingkan diri sendiri.

3. Sains dan Teknologi.

Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi sains serta
teknologi dalam kalangan murid. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu
serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan. Pengintegrasian
Sains dan Teknologi dalam PdP merangkumi empat perkara iaitu :

I. Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan dengan sains
dan teknologi)

II. Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu)


III. Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan)

IV. Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.

Kerja kursus ini memerlukan kami menghasilkan eviden dengan berbantukan komputer.
Secara langsung, saya sudah mengamalkan EMK ini.

5. Keusahawanan.

Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan


sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri keusahawanan boleh diterapkan
dalam PdP melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan
bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke
pasaran.

Melalui kerja kursus ini, kami akan merangka perniagaan dengan mengambil kira ciri-ciri
dan amalan keusahawanan yang mampu memupuk sikap rajin, jujur, amanah dan
bertanggung jawab serta membangun minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea yang
bernas.

6. Kewangan

Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk generasi masa hadapan yang
berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan pengurusan
kewangan yang beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal kewangan secara
bertanggungjawab. Elemen pendidikan kewangan boleh diterapkan dalam PdP secara
langsung ataupun secara sisipan. Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk
seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan secara eksplisit seperti pengiran faedah
mudah dan faedah kompoun. Penerapan secara sisipan pula diintegrasikan melalui tajuk-tajuk
lain merentas kurikulum. Pendedahan kepada pengurusan kewangan dalam kehidupan
sebenar adalah penting bagi menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dapat diaplikasikan secara berkesan dan bermakna.

Kerja kursus ini juga sememangnya melibatkan elemen kewangan iaitu saya akan merancang
perniagaan dan menentukan harga jualan barang yang sesuai dengan menggunakan nilai
wang. Selain itu, saya juga akan mengira untung kasar, untung bersih dan belanjawan tunai
yang memerlukan proses pengiraan dan pengurusan kewangan seperti dalam perniagaan yang
sebenar.

You might also like