You are on page 1of 2

TEKS KETUA PEMBANGKANG

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan. Terima kasih Tuan Yang
Dipertua, rakan-rakan pihak pembangkang, perwakilan kerajaan, seterusnya ahli-ahli
Dewan yang dihormati. Sebentar tadi Yang Berhormat Perdana Menteri telah
membentangkan satu usul iaitu

DUNIA TANPA SEMPADAN MERANCAKKAN PERKEMBANGAN ILMU

Hadirin sekalian,
Memulakan rentak semak imbang, menjunjung prinsip mendatang. Maka tuan yang
dipertua, saya selaku ketua pembangkang pada hari ini, akan memulakan rentak
perbangkangan dari perwakilan pembangkang dengan membuat semakan definisi yang
telah dibentangkan oleh perwakilan kerajaan, Tuan yang dipertua.

Pertama,Dewan yang mulia,


Mari kita nilai apakah masalah yang paling besar dilakukan oleh perwakilan kerajaan
dalam definisi YAB perdana menteri. Pertama sekali. Apa yang dilakukan
oleh perwakilan kerajaan, mereka gagal untuk menembak tepat usul perdebatan dengan
baik. Sebab apa? perkara yang dibuktikan oleh perwakilan kerajaan, mereka katakan
bahawa dunia tanpa sempadan merancakkan perkembangan ilmu tetapi secara
umumnya kita tahu bahawasanya dunia tanpa sempadan ini sebenarnya tidak dapat
merancakkan perkembangan ilmu lantaran kelemahan-kelemahan yang dimiliki.
Banyak isu atau kes yang perlu dirungkaikan demi menjamin pertumbuhan yang lebih
maju kepada ilmu pengetahuan masyarakat alaf baharu ini.

Beberapa minit yang lalu, perdana menteri bangun dan membentangkan premis
pertama mereka di perwakilan kerajaan
iaitu

DUNIA TANPA SEMPADAN MEMUDAHKAN DALAM MENCARI INFORMASI


YANG DIINGINKAN.

BIDASAN SAYA AMAT MUDAH

Memang tidak dapat dinafikan melalui dunia tanpa sempadan banyak mendedahkan
kita kepada pelbagai bentuk maklumat. Tidak semua maklumat yang diperolehi melalui
internet bermanfaat walaupun kebaikan sesetengah laman tidak boleh dipertikaikan. Hal
ini dikatakan demikian kerana terlalu banyak maklumat yang bersifat sensasi, tidak
sahih atau amat lemah. Boleh jadi juga ianya palsu dan menyeleweng daripada fakta
yang sebenarnya. Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, menukilkan
kata-kata bahawa walaupun dunia tanpa sempadan sangat berkesan untuk berkongsi
maklumat, ia juga telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna sebagai alat untuk
menyebarkan fitnah dan maklumat-maklumat yang salah dan tidak tepat. Saya bukan
hanya bercakap kosong, tetapi saya ambil bukti dari berita yang telah disiar Berita
Harian, 25 Februari 2021 yang berjudul “maklumat tidak sahih telah disebarkan oleh
pengguna media sosial”. Pendakwah, Firdaus Wong Abdullah, berkata orang ramai
kemungkinan lebih senang terpengaruh atau mudah percaya dengan maklumat yang
disebarkan oleh individu yang memiliki pengikut ramai atau lebih dikenali sebagai
pempengaruh dan pengguna media sosial sekarang mempunyai pemikiran bahawa jika
seseorang itu memiliki pengikut yang ramai, apa saja maklumat disampaikan oleh
individu terbabit benar belaka. Menurut beliau lagi lambakan media sosial
membenarkan orang untuk beri komentar walaupun mereka bukan pakar. Umum
mengetahui bahawa media sosial juga telah mewujudkan dunia tanpa sempadan
sehingga maklumat tidak sahih mudah ditularkan dan diterima 'bulat-bulat' tanpa
memeriksa kesahihan sumber serta fakta berita berkenaan. Sebelum saya menyimpang
dengan lebih jauh, Izinkan saya menegaskan bahawa dunia tanpa sempadan tidak boleh
dijadikan kayu ukur 100% bagi merancakkan perkembangan ilmu.

1. T u a n y a n g d i p e r t u a d a n a h l i - a h l i d e w a n , untuk menolak usul pada hari


ini, pihak pembangkang telah meletakkan satu premis yang amat mudah iaitu
Penjajahan ilmu tanpa batasan mencetuskan kemudaratan, manakala pembangkang
kedua pula akan membentangkan dua hujah iaitu :
1. Ketaksuban meneroka dunia tanpa sempadan menyumbang kepada
penyalahgunaan ilmu.
2. Kesenjangan digital membataskan kebolehcapaian ilmu.

Pembangkang ketiga pula, saya telah amanahkan untuk membidaskan dan


membetulkan kepincangan hujah kerajaan yang cuba meraih simpati ahli-ahli dewan
untuk menerima usul yang mereka bentangkan, seterusnya pembangkang ketiga akan
mengukuhkan hujah-hujah pihak pembangkang untuk menolak usul pada hari ini.

Untuk mengukuhkan premis pihak pembangkang kerana meragui usul pihak kerajaan
pada hari ini, kami meletakkan tiga strategi utama iaitu, saya selaku ketua
pembangkang akan membentangkan hujah pertama iaitu
Kesenjangan digital membataskan kebolehcapaian ilmu manakala pembangkang kedua
akan mengemukakan dua hujah iaitu:
1. Penjajahan ilmu tanpa batasan, mencetuskan kemudaratan
2. Terlalu obsesi meneroka ilmu menyumbang penyalahgunaan pengetahuan

Pembangkang ketiga pula, saya telah amanahkan untuk membidas dan membetulkan
kepincangan hujah pihak kerajaan yang cuba meraih simpati ahli-ahli dewan untuk
menerima usul yang mereka bentangkan. Seterusnya, pembangkang ketiga juga akan
mengukuhkan hujah-hujah pembangkang untuk meminda usul pada hari ini. Dengan
izin tuan yang dipertua dan ahli-ahli dewan saya membentang hujah pertama
pembangkang iaitu
malaysia kekurangan pekerja mahir dan profesional alam pross pemantapan

You might also like