You are on page 1of 4

BAHAGIAN B

(70 Markah)

Pilih satu saripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga
500 patah perkataan.

SOALAN 1

DOMAIN AWAM

Kemajuan teknologi memberikan impak yang besar kepada proses sosialisasi manusia.
“Dunia tanpa sempadan” dan “Segala maklumat di hujung jari” memukau jutaan
masyarakat dunia, khasnya golongan generasi Y dan permulaan generasi Z untuk terus
terpaku mengisi aktiviti harian. Jika dahulu, Internet hanya digunakan untuk mencari
maklumat dan hanya berlaku interaksi satu hala, kini para remaja malah golongan dewasa
sekalipun akan terus terpaku berbicara menerusi laman sosial.

Sumber: Dewan Siswa, Ogos 2013

Petikan majalah di atas menyatakan bahawa kemajuan teknologi memberikan impak yang
besar kepada proses sosialisasi manusia.

Bincangkan kesan-kesan kemajuan teknologi dalam kalangan remaja.

SKEMA

PENDAHULUAN

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah yang boleh digunakan
untuk memindahkan, menyebarkan, dan memaparkan maklumat. Teknologi maklumat
mendatangkan pelbagai kebaikan kepada manusia dalam segenap bidang kehidupan. Pakar
Perunding Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menyatakan bahawa
laman sosial merupakan tempat paling strategik untuk meluahkan perasaan. Dahulu,
penggunaan teknologi maklumat sangat terhad dan sempit ruang lingkupnya. Pada hari ini,
kemajuan teknologi telah memberikan impak yang sangat besar kepada proses sosialisasi
manusia. Persoalannya, apakah kesan-kesan kemajuan teknologi dalam kalangan remaja?
ISI-ISI

Isi 1: AJ – remaja mudah mendapatkan maklumat

AC- maklumat diperoleh hanya dengan mengakses Internet/ melayari laman sesawang

yang diingini tentang sesuatu topik (maklumat di hujung jari).

AH- tanpa perlu ke perpustakaan/berjumpa secara bersemuka untuk mendapatkan

maklumat hanya berada di rumah sahaja.

AH- pelbagai jenis maklumat didapati dengan mudah dan cepat kerana dunia di hujung

jari/dunia tanpa sempadan.

AS- jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membolehkan remaja

memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah menyebabkan sosialisasi mereka

turut berubah.

Isi 2: AJ- memudahkan komunikasi

AC- berkomunikasi secara dalam talian/maya menggunakan media sosial

AH- walaupun dipisahkan oleh jarak, mereka masih boleh berhubung antara satu sama

lain, melangkaui batas masa, tempat dan keadaan.

AH- mereka masih boleh melihat wajah, mendengar suara, berbual dan berkongsi bahan

walaupun jaraknya jauh/memisahkan mereka dan mengubah rutin sosiolaisasi

mereka.

AS- Ternyatalah bahawa remaja akan mudah berkomunikasi sesama mereka dengan

adanya kemajuan teknologi maklumat.

Isi 3: AJ- berisiko terjebak dalam jenayah siber

AC- remaja tertipu dengan maklumat palsu, pornografi, terpedaya dengan ‘scammer’,

buli siber.

AH- remaja diperalatkan/dimanipulasi oleh penjenayah siber tanpa sedar- kes

penipuan/judi secara dalam talian.


AH- remaja berisiko tinggi ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga

mengalami kerugian besar(hilang wang )/ bertindak membunuh diri/kemurungan,

depresi.

AS- Tegasnya, kemajuan teknologi maklumat boleh menyebabkan remaja terjebak dan

menjadi mangsa jenayah siber secara sedar sehingga memberi kesan terhadap

sosialisasi remaja.

Isi 4: AJ- remaja menjadi antisosial

AC- suka menyendiri (berada dalam dunianya yang tersendiri, terasing daripada

masyarakat).

AH- tidak mahu melibatkan diri dengan masyarakat sekitar kerana terlalu asyik dengan

media sosial.

AH- tidak mengambil peduli tentang hal-hal semasa yang berlaku di persekitaran

mereka.

AS- Ternyatalah bahawa kemajuan teknologi maklumat menjadikan remaja seperti enau

dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

PENUTUPAN

Bertitik tolak daripada huraian tentang kesan-kesan kemajuan teknologi dalam


kalangan remaja, jelaslah bahawa kemajuan teknologi memberi impak yang besar kepada
golongan remaja. Oleh itu, setiap pihak terutamanya ibu bapa dan guru-guru perlulah cakna
akan tanggungjawab bagi memantau penggunaan teknologi maklumat oleh remaja agar
mereka tidak terjebak dengan jenayah siber. Masyarakat dan keluarga diharapkan sentiasa
berganding bahu bagi melahirkan remaja yang berkualiti. Sebagai kesimpulannya, remaja
yang merupakan generasi harapan negara perlu dibentuk supaya mampu menjadi pemimpin
yang disegani dan dihormati oleh setiap lapisan masyarakat.

Cadangan Peribahasa :

1. Sebelum nasi menjadi bubur

2. Tepuk dada tanya selera

3. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

4. Kera sumbang.

You might also like