You are on page 1of 8

● Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi

merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat.
● Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu:
a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan
dengan menggunakan teknologi.
.
b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
.
c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan
untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. .
.

Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang


digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras
(HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam
proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac
OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft
Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan
Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia
merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian.
Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian
kepada dua iaitu:
● Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA
atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.
● Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian
perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan
Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian
sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi
sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan
boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak
dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut.
Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka
melihat kod sumber tersebut.
Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan
dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua
sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan
sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:
● Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb

● Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS,
Bluetooth, dsb
● Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro,
Radio dan Satelit
Kerajaan : keburukan yang ada pada revolusi teknologi maklumat yang menyebabkan sahsiah
tergadai

1. Kehilangan kemahiran komunikasi


Ibu bapa semakin bimbang tentang anak-anak mereka, kerana mereka lebih suka tinggal di dalam
bilik menggunakan semua gajet daripada pergi dan menyertai aktiviti sosial dan bersosial.
Nampaknya kemahiran komunikasi tradisional akan hilang, e-mel dan pesanan segera telah
menggantikan tradisi lama surat tulisan tangan. Dan walaupun ini berfaedah kerana kekangan
masa, sentuhan peribadi dan deria perasaan hilang berbanding dengan meluangkan masa untuk
duduk dan menulis surat dengan tangan.
Kini dunia telah meninggalkan perkataan empati dan perbandingan serta aduan telah mengambil
alih hati orang ramai. Kebimbangan ini terutamanya mengenai mereka yang sering melibatkan diri
dalam laman web kerana kemahiran komunikasi dan interaktif tidak penting dengan komputer.

2. berlakunya jenayah siber.


Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang berlaku. Jenayah
siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli
siber, dan sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem
pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada
ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada
pembeli atau penjual.

3. melayari laman sesawang yang tidak bermoral atau pronografi.


Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan
pronografi disebabkan benteng agama yang tidak kukuh. Melalui laman sesawang tidak bermoral
ini, generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi
laman sesawang tersebut.
Pembangkang : kebaikan yang ada pada revolusi teknologi maklumat yang tidak
menyebabkan sahsiah tergadai

1. Kemahiran berkomunikasi bertambah baik

Internet bermakna orang ramai boleh berkomunikasi menggunakan pelbagai jenis media
dalam masa nyata dalam jarak yang jauh sekarang. Pada masa lalu, telefon dan mesin
faks adalah satu-satunya peranti yang boleh berkomunikasi dalam masa nyata, dan ia
mempunyai had yang besar.
Pada masa yang sama, penguasaan teknologi maklumat juga dapat memudahkan
komunikasi sesama manusia tanpa batasan waktu dan tempat. Kewujudan aplikasi
teknologi seperti Whatsapp telah mengubah cara komunikasi manusia di mana panggilan
suara melalui telefon kini telah ditambah baik dengan panggilan video. Anda dapat bersua
muka dalam masa sebenar dan berkomunikasi dengan lebih baik. Perhubungan jarak jauh
telah menjadi kelaziman masyarakat dan ini membantu proses globalisasi yang perlu
diterima dan dimanfaatkan oleh para remaja khususnya. Kelahiran aplikasi media sosial
seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah membuka ruang kepada setiap
penggunanya untuk meluaskan rakaian hubungan ke serata dunia. Tambahan pula,
kemudahan komunikasi melalui teknologi maklumat adalah penting dalam aspek
keselamatan diri. Hal ini kerana penggilan kecemasan dan perkongsian lokasi boleh
dilakukan dengan mudah jika mangsa berada dalam situasi kecemasan atau diancam
keselamatannya. Peribahasa Melayu berkata, lain dahulu lain sekarang yang bermaksud
cara komunikasi dahulu berbeza jika dibandingkan dengan sekarang. Izharnya,
penguasaan teknologi maklumat akan memudahkan komunikasi antara satu sama lain
tanpa mengira jarak dan waktu.

2. Menambah pendapatan

Faedah lain yang akan diperoleh sekiranya golongan remaja menguasai teknologi
maklumat adalah menambah pendapatan diri. Dalam kegawatan ekonomi yang tidak
menentu penjanaan pendapatan sampingan menjadi suatu perkara yang lazim dan
pentting untuk dilakukan oleh masyarakat hari ini. Dengan menguasai teknologi maklumat,
golongan remaja boleh menceburi bidang perniagaan secara atas talian dan membantu
keluarga atau ibu bapa untuk menjana pendapatan sampingan. Sebagai contoh, keluarga
anda memiliki perniagaan kek dan pastri. Anda boleh membantu perkembangan
perniagaan tersebut menggunakan hujung jari dengan membuka laman sosial bagi tujuan
promosi dan pemasaran. Selain itu, aplikasi penghantaran seperti FoodPanda dan
GrabFood dapat digunakan sekiranya anda menguasai penggunaan teknologi maklumat
dan mengadaptasi sistem tersebut dalam perniagaan milik keluarga. Secara tidak
langsung, anda telah menguasai dua bidang dalam satu pekerjaan iaitu teknologi dan
perniagaan. Persis kata peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

3. memperkasa kemahiran diri

Di samping itu, teknologi maklumat dapat membantu memperkasa kemahiran diri golongan
remaja. Dalam mendepani arus modenisasi hari ini, kebanyakan di antara kita terutamanya
para remaja harus menguasai lebih daripada satu kemahiran untuk kekal relevan dalam
apa jua bidang pekerjaan. Hal ini demikian kerana skop pekerjaan yang ditawarkan pada
masa kini memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi dan pelbagai. Misalnya,
kemahiran berkomunikasi dan pembawaan imej diri telah menjadi kriteria utama bagi
penilaian dalam perkembangan karier pada masa hadapan. Maka, golongan remaja boleh
mempelajari kemahiran di luar bilik darjah melalui aplikasi penstriman video seperti
Youtube. Selain itu, golongan remaja juga perlu membudayakan pengadaptasian
penggunaan teknologi dalam kehidupan harian kerana segala aspek kehidupan pada masa
akan datang akan dipenuhi dengan teknologi yang lebih mudah dan efisien untuk
diuruskan. Sejajar dengan perkembangan teknologi yang pantas, remaja juga harus bijak
menambah kemahiran lain supaya menjadi nilai tambah kepada diri apabila ingin
memulakan karier pekerjaan.

4. Meningkatkan pengetahuan am

Antara faedah dalam menguasai teknologi maklumat adalah meningkatkan pengetahuan


am dalam kalangan para remaja. Mutakhir ini, generasi muda tidak gemar atau ambil
peduli terhadap isu-isu semasa atau maklumat terkini dek kerana lebih gemar bermain
permainan video dan leka dengan rancangan-rancangan hiburan. Remaja seharusnya
bersikap cakna dengan perkembangan isu-isu semasa yang berlaku secara domestik
mahupun antarabangsa. Isu yang berat seperti perkembangan politik, pengurusan
kewangan dan masalah kesihatan lazimnya tidak mendapat perhatian daripada golongan
ini. Tetapi dengan perkembangan teknologi maklumat seperti media sosial, segala
maklumat boleh diperoleh dengan pantas tanpa mengira sempadan waktu dan tempat.
Penularan berita juga adalah lebih pantas sekiranya dimuat naik ke laman sosial yang
menjadi lubuk informasi terkini. Pengetahuan am ini adalah penting supaya golongan
remaja mengenali dan mengetahui hak mereka serta dapat memberikan pendapat atau
solusi berkenaan isu-isu semasa yang membuatkan negara asing bergolak. Tambahan
pula, mereka dapat mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di negara lain dan
tidak mengulangi kesilapan yang sama di negara ini. Intihannya, dengan mempelajari
teknologi maklumat, ia membantu melahirkan golongan remaja yang berpengetahuan luas
dan tidak bersikap seperti katak di bawah tempurung.

5. Kebebasan idea/ demokrasi:

Buat pertama kalinya dalam sejarah, boleh ada pertukaran idea secara percuma pada
skala tempatan, kebangsaan dan antarabangsa. Rejim yang menindas kini bergelut untuk
mengawal akses penduduk mereka kepada berita dan maklumat lain, dan internet boleh
menjadi alat yang berguna bagi mereka yang menganjurkan protes.

6. Pautan interaktif:
Tidak seperti media tradisional seperti buku, yang statik dan baca sahaja, internet boleh
menyediakan perkhidmatan yang sentiasa dikemas kini dan benar-benar interaktif. Ini
bermakna bahawa banyak sumber maklumat, sekurang-kurangnya secara teori, tidak
pernah ketinggalan zaman, seperti yang berlaku dengan media tradisional seperti buku
bercetak atau akhbar.

7. Skala global:
Web di seluruh dunia menghubungkan seluruh planet dengan cara yang tidak pernah
wujud sebelum ini. Ia benar-benar antarabangsa dan menyatukan manusia.

8. Pengumpulan pengetahuan:
Keseluruhan pengetahuan dan pengalaman manusia boleh disimpan dalam talian dan
boleh diakses oleh sesiapa sahaja di dunia yang mempunyai komputer dan sambungan
internet.
Bentuk komunikasi baharu: E-mel, kamera web, bilik sembang dan tapak web hanyalah
sebahagian daripada cara baharu orang ramai untuk berkomunikasi yang tidak akan wujud
tanpa penciptaan internet.
Teknologi Wi-fi dan penyepaduan teknologi telefon mudah alih: Orang ramai tidak lagi perlu
membawa sejumlah besar maklumat dalam benda besar seperti buku dan CD apabila
mereka bergerak dan sebaliknya boleh menyimpan maklumat dalam talian.

9. Hiburan:
Internet telah mencipta revolusi dalam industri hiburan dan memberikan peningkatan besar
dalam pilihan yang tersedia untuk orang ramai, sama ada muzik, filem atau bentuk aktiviti
baharu seperti permainan dalam talian. Generasi moden mempunyai akses kepada
sejumlah besar media, serta peningkatan kebebasan untuk mengalami perkara seperti
filem dan rancangan TV pada masa dan tempat yang sesuai dengan mereka.

You might also like