You are on page 1of 18

GEOGRAFI 23/2

KERJA KURSUS
Nama Calon : ………………………………...
Tingkatan : ………………………………...
No K.P. : ………………………………...
Angka Giliran : AH011K..........
Nama Sekolah : SMK DATO’ AHMAD
Alamat : JALAN ALANG ISKANDAR
33400, LENGGONG,
PERAK
Tajuk : Perkembangan Sistem Perhubungan
Telekomunikasi Di Bandar Lenggong,
Perak.
Guru Penilai : Encik Osman Bin Said

Bi Aspek Markah Markah


l. Penuh Diperoleh
1 Tajuk Kajian 1
2 Senarai Kandungan 1
3 Penghargaan 2
4 Pendahuluan 2
5 Objektif Kajian 2
6 Kawasan Kajian 8
7 Kaedah Kajian 2
8 Dapatan Kajian 25
9 Rumusan 2
10 Lampiran 2
11 Rujukan 2
12 Penilaian Umum 1
Aspek 1 – 7 25
Aspek 9 – 12
Aspek 8 25
Jumlah Markah 50
Tahap Pencapaian

……………………..
(Tandatangan Guru)
BIL TAJUK M/S
1.0 PENGHARGAAN

2.0 PENDAHULUAN

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.0 KAWASAN KAJIAN


PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN
PETA DAERAH
5.0 KAEDAH KAJIAN

6.0 HASIL KAJIAN

7.0 BAHAN GRAFIK : JADUAL, GRAF DAN PETA


MINDA
8.0 RUMUSAN

9.0 RUJUKAN

10.0 LAMPIRAN

11.0 PENILAIAN UMUM


1.0 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua. Puan
Hajjah Sawibatun Islamiah Binti Haji Kamaruddin kerana telah memberikan
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada
guru Geografi saya iaitu Cikgu Osman Bin Said yang telah banyak memberikan
tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu
…………………………….............. kerana memberikan sokongan dan dorongan
kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah
mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu ……………….. ,


………………….. dan ………………….. yang telah banyak membantu saya ketika
proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar Bandar
Lenggong yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa
kajian ini dijalankan. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik
kalian semua.
2.0 PENDAHULUAN

Tajuk kajian saya ialah Perkembangan Sistem perhubungan

Telekomunikasi di Bandar Lenggong, Perak.

Saya memilih tempat kerana ia berada di kawasan tempat tinggal

saya. Ini membantu saya mendapat maklumat dengan mudah.

Tempoh kajian ini dilaksanakan lebih kurang lima bulan bermula

bulan Februari hingga Julai tahun 2011.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Mentakrif konsep dan jenis sistem perhubungan;

3.2 Mengemukakan faktor-faktor yang mempengaruhi system

perhubungan;

3.3 Mengenalpasti kepentingan sistem perhubungan telekomunikasi;

3.4 Menyatakan dan menghuraikan kesan perkembangan sistem

perhubungan telekomunikasi di kawasan kajian;

3.5 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan

perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi;

3.6 Menyatakan rasa syukur dan berbangga dengan kemajuan

perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi.


4.0 KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih Bandar Lenggong sebagai kawasan kajian saya. Ia

terletak dalam Mukim Lenggong dalam Daerah Hulu Perak. Bandar Di-raja

Kuala kangsar merupakan Bandar terdekat iaitu kira-kira 53 kilometer atau 30

minit perjalanan dengan menaiki kereta melalui pengangkutan darat iaitu

kemudahan jalan raya.

Bandar Lenggong terletak berhampiran dengan Banjaran Bintang Hijau di

bahagian barat dengan sebahagian besar adalah kawasan tanah pamah dan beralun.

Di antara tanaman komersial yang ada adalah getah, kelapa sawit dan dusun buah-

buahan. Selain daripada jalan raya, bandar ini juga mempunyai kemudahan asas yang

lain seperti elektrik, air dan perhubungan telefon. Selain itu terdapat juga kemudahan

seperti balai polis, balai bomba, pejabat pos, kemudahan bank, klinik, pejabat

Pentadbiran Tanah dan Daerah Lenggong, Pejabat Majlis Daerah Lenggong, dewan,

sekolah, kedai, padang dan taman permainan.

Keluasan kawasan kajian saya meliputi lingkungan 5 kilometer persegi.


PETA DAERAH LENGGONG, PERAK
(Print daripada lawan web. Tidak perlu lukis)

Sumber : Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong (Tahun 2010)
(Tajuk, Bingkai, Petunjuk, Skala dan Arah Mata Angin)
PETA KAWASAN KAJIAN
Tajuk : Peta Bandar Lenggong, Perak
U

Petunjuk :

Sumber : Pemerhatian kawasan kajian.


5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan

maklumat yang tepat dan benar. Kaedah yang telah saya gunakan ialah :

 Pemerhatian
Saya telah memerhati pandang darat fizikal dan budaya di Bandar
Lenggong (Lampiran 5)

 Temu Bual
Saya telah mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian dari 3 orang
responden (Lampiran 6).

 Rujukan
Saya telah mendapatkan beberapa bahan rujukan seperti Buku teks dan
internet (Lampiran 7).
6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Konsep Sistem Perhubungan Telekomunikasi.

Sistem Perhubungan Telekomunikasi boleh ditakrifkan sebagai


perkembangan perhubungan melibatkan penggunaan media cetak dan
elektronik di sesebuah kawasan.
Contoh sistem perhubungan telekomunikasi ialah seperti telefon tetap,
telefon awam, telefon mudah-alih, pos, perkhidmatan internet, akhbar,
radio dan televisyen.

6.2 Faktor Yang Mempengaruh Perkembangan Sistem Perhubungan di Bandar


Lenggong

6.2.1 Dasar Kerajaan


Kerajaan telah merangka dan melaksanakan pelbagai dasar bagi meningkatkan
perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Penduduk Lenggong misalnya beberpa
pelajar sekolah terpilih telah menerima bantuan ‘notebook’ 1Malaysia bagi
meningkatkan kemahiran dan penggunaan teknolgi maklumat.

6.2.2 Kemajuan Teknologi


Kemajuan teknologi telah menggalakkan penduduk Lenggong bagi
memperolehi peralatan telekomunikasi seperti telefon mudah-alih yang mampu
dimiliki serta mesra pengguna.

6.2.3 Perkembangan Ekonomi


Peningkatan harga getah pasaran turut membantu meningkatkan taraf hidup
penduduk Lenggong bagi membeli peralatan telekomunikasi khasnya telefon bimbit.

Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana Bandar Lenggong mempunyai

sistem perhubungan telekomunikasi yang baik.

6.3 Kepentingan Perkembangan Sistem Perhubungan

6.3.1 Pendidikan
Guru dan pelajar di sekolah Lenggong didapati menggunakan pelbagai
peralatan dan bahan telekomunikasi bagi meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini termasuklah penggunaan bahan seperti keratan akhbar dan siaran
internet bagi tugasan di sekolah mereka.

6.3.2 Peluang Pekerjaan


Pembukaan Pusat Jalur Lebar Komuniti dan kedai telekomunikasi seperti
kedai telefon bimbit telah menggalakkan lagi minat golongan muda khasnya
menceburi bidang ini mislnya sebagai juruteknik komputer.
6.3.3 Penyaluran Maklumat
Pelbagai maklumat terkini seperti teknologi dapat diperolehi dengan mudah
dan cepat. Contohnya teknologi terkini pertanian yang dipaparkan melalui siaran
televisyen berbayar ASTRO.

6.3.4 Pelancongan
Bandar Lenggong yang dikenali sebagai Bandar Warisan Arkeologi khasnya
bagi penduduk tempatan kini semakin terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan
luar negeri melalui pelbagai usaha promosi di internet dan radio.

Saya rasa bertuah kerana sebahagian besar penduduk amat memahami tentang
kepentingan sistem perhubungan telekomunikasi dalam kehidupan seharian.

6.4 Kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan Di Bandar Lenggong

6.4.1 Masalah Sosial


Masalah sosial yang paling ketara adalah kesan akibat penyalahgunaan
internet bagi memperolehi bahan tidak bermoral dalam kalangan pelajar dan orang
muda. Akibatnya ada antara mereka terjebak dalam kegiatan pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan.

6.4.2 Pencemaran Bahasa


Kesan ini muncul akibat penggunaan bahasa rojak dan tulisan ringkas melalui
khidmat pesanan ringkas telefon bimbit.

6.4.3 Pembaziran Masa


Akibat penggunaan internet tanpa masa dlam kalangan pelajar, mereka banyak
menghabiskan masa di pusat perkhidmatan jalur lebar di kedai terlibat bagi tujuan
peribadi seperti permainan komputer.

6.4.4 Maklumat Tanpa Batasan


Memandangkan kawalan yang sukar, terdapat segelintir penduduk
berpendapat maklumat merbak tanpa batasan. Misalnya golongan kanak-kanak dapat
melayari internet yang tidak bersesuaian dengan minda mereka.

Berdasarkan pengamatan saya, kesan negatif yang timbul daripada


perkembangan telekomunikasi tiadk menjejaskan kualiti hidup penduduk ini.

6.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perkembangan Sistem


Perhubungan Di Bandar Lenggong

6.5.1 Kuat kuasa Undang-undang


Satu langkah awal adalah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang siber
sediada. Misalnya orang ramai boleh membantu pihak berkuasa menyalurkan
maklumat jika terdapat kedai jalur lebar melebihi had masa pembukaan kedai mereka
sehingga lewat malam.
6.5.2 Peranan dan Pemantauan PBT
Pihak Majlis Daerah Lenggong sebagai pihak berwajib perlu sentiasa
memantau premis perniagaan agar tidak menyalahgunakan premis mereka.

6.5.3 Peranan Dan Pemantauan Ibu Bapa


Ibu bapa pula semestinya turut memantau aktiviti anak-anak mereka supaya
mempunyai jati diri bagi menggelakkan penyalahgunaan peralatan misalnya bagi
tujuan mendapatkan maklumat sesuai dengan umur dan keperluan anak-anak.

6.5.4 Kempen Kesedaran


Masyarakat setempat pula turut mengambil peranan bagi melaksanakan
kempen kesedaran dalam kalangan penduduk mereka. Misalnya Kempen kesedaran
melibatkan pihak polis.

Daripada langkah-langkah yang disarankan kerjasama semua pihak perlu

wujud agar kesan buruk sistem perhubungan telekomunikasi tidak berterusan.


7.0 BAHAN GRAFIK

7.1 JADUAL

Jadual 1 : Faktor Yang Mempengaruhi Sistem Perhubungan Telekomunikasi


Bil Potensi Jumlah (Orang)
1 Dasar kerajaan 3

2 Kemajuan teknologi 3

3 Perkembangan ekonomi 2

4 Kemudahan asas 1

5 Petempatan baru 0
Sumber : Borang Soal Temubual

7.2 PETA MINDA


Peta Minda Menunjukkan Cadangan bagi Mengatasi Kesan Negatif
Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong.

Penguatkuasaan Undang-undang Pemantauan oleh Majlis


Daerah Lenggong

Cadangan bagi Mengatasi Kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan


Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

Kempen Kesedaran Pemantauan Oleh Ibu Bapa

Sumber : Borang Temubual

8.0 RUMUSAN
Berdasarkan kajian saya dan rakan-rakan sekumpulan dapat diperhatikan
bahawa perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi di Bandar Lenggong
berlaku dengan pesat sejajar dengan era telekomunikasi semasa. Terdapat pelbagai
system telekomunikasi seperti telefon tetap, telefon udah-alih, internet, radio,
televisyen dan penerbitan bahan bercetak. Ini bermaksud penduduk mendapat
pelbagai manfaat daripadanya dalam meningkatkan kemudahan prasarana di
bandar ini dan seterusnya dapat meningkatkan kegiatan ekonomi pada masa kini
dan pada masa akan datang. Responden juga dilihat faham halangan atau masalah
yang mereka alami memang wujud dan memerlukan pendekatan seperti usaha
meningkatkan kesedaran tentang baik buruknya penggunaan peralatan
telekomunikasi.

Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk serta responden di kawasan


kajian mempunyai pelbagai kemudahan telekomunikasi bagi meningkatkan kualiti
kehidupan mereka. Saya berharap kemajuan yang ada di kawasan kajian tersebut
dapat dipertingkat dan diperbaiki dari masa ke semasa.

9.0 RUJUKAN
Khaw, A.S.; Habibah, H.L dan Tan, K.L. (2004). KBSM Geografi Tingkatan 3. PTS
Publications And Distributors Sdn. Bhd.

Encik Razali bin Ahmad, Ketua Kampung Lenggong.

http://tanah.perak.gov.my/peta/huluperak.html

Google maps Address Lenggong, Perak


10.0 LAMPIRAN
1. Senarai Semak
2. Surat Pengenalan Diri / SMKDA
3. Surat Kebenaran Ibu Bapa
4. Surat Kebenaran Lawatan / interview
5. Borang Pemerhatian
6. Borang Temubual (3 responden)
7. Lain-lain

11.0 Penilaian Umum

You might also like