You are on page 1of 3

1

1.0 Penghayatan Terhadap Seni dan Budaya



Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara
hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku
manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses
pembelajaran. Kebanyakan dari generasi hari ini mentafsirkan kebudayaan atau
mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik,
makanan, fesyen pakaian sahaja. Pengertian ini terlalu sempit dalam arus dunia
yang mencabar. Sebagai pendidik inovatif guru-guru perlu memberi pencerahan
kepada murid pengertian konsep kebudayaan itu sendiri.

Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea
yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini
termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang,
moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material. Justeru,
penerapan nilai seni dan budaya dalam bilik darjah dapat dikembangkan
menerusi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Contohnya,
aktiviti-aktiviti dalam Pendidikan Seni seperti menghasilkan kelarai, membina
wau bulan, menhasilkan corak batik, anyaman dan banyak lagi aktiviti-aktiviti
dalam Pendidikan Seni Visual yang boleh mengetengahkan Kraf Seni Tradisional
Masyarakat Melayu.

Dalam menjelaskan lagi penghayatan murid dalam seni dan budaya masyrakat
Malaysia. Bidang mengenal kraf tradisional iaitu anyaman telah dipilih. Teknik
anyaman dipilih memandangkan kraf ini semakin dipinggirkan kerana wujudnya
pelbagai teknologi yang menggantikan penggunaan tikar mengkuang dan tudung
saji yang mengetengahkan teknik anyaman. Anyaman ialah satu proses menjalin
atau menjaring-menjaringkan helaian daun pandan, mengkuang, buluh, rotan, lidi
atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu
melalui teknik berselang-seli helaian antara satu sama lain.

2

Seni anyaman merupakan satu seni warisan Kraf tangan Melayu tradisional yang
bermula dan berkembang di tanah air kita tanpa pengaruh luar. Seni anyaman
juga merupakan satu kraf tangan yang rumit dan memerlukan kesungguhan,
kesabaran, kecekalan, dan ketekunan untuk mengerjakannya. Pada zaman
dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa
lapang. Hasil kraf tangan ini dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai
hadiah kepada sanak saudara dan sahabat handai, tanda kasih atau kenang-
kenangan. Berikut merupakan contoh-contoh anyaman :



















Anyaman Kelarai Mata Bilis Anyaman Kelarai Bunga Cina
Anyaman Kelarai Kepala Lalat Anyaman Kelarai Siku Keluang
3

2.0 Contoh Rancangan Pengajaran Harian
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Pendidikan Seni Visual
Teknik Anyaman

You might also like