You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

BATU PAHAT, JOHOR

TUGASAN 2
PSVK2092 SEJARAH DAN APRESIASI
SENI VISUAL

NAMA PELAJAR : NAJMI BIN SAHIMI

ANGKA GILIRAN : 2022292400045

NOMBOR KAD PENGENALAN : 920525025561

KUMPULAN/ UNIT : PDPP/ PSV

KOD DAN NAMA KURSUS : PSVK2092 SEJARAH SENI

NAMA PENSYARAH : EN. MOHD AKBAR BIN OMAR

TARIKH HANTAR : TUGASAN 2 : 10 APRIL 2023

1
1.0 Pengenalan
Seni Alam Melayu telah mengalami pelbagai jenis perkembangan dari segi fungsi, bentuk,
cara dan proses penghasilan bermula dari zaman prasejarah sehinggalah ke zaman moden.
Jelas dapat dilihat seni alam melayu mempunyai ciri-ciri yang berunsur kepada kepercayaan
adat resam Melayu dan mempunyai mesej yang tersendiri melalui pengkaryaan yang
dihasilkan. Antara seni alam melayu yang banyak dipamerkan ialah seni ukir, seni tekstil,
wayang kulit dan tarian. Manakala seni moden Malaysia lebih kepada karya seni yang bersifat
kontemporari dan banyak dipengaruhi oleh realiti sosial yang menggambarkan budaya
Malaysia moden yang sebenar seperti seni halus,seni visual,seni digital dan seni
persembahan. Seni alam melayu dan seni moden Malaysia jelas difahami mempunyai konteks
yang berbeza dari segi penyampaian karya, namun kedua-dua seni ini telah menjadi
penyumbang besar kepada khazanah dan kebudayaan seni budaya Malaysia. Seni alam
melayu dan seni moden Malaysia mempunyai hasil karya unik yang tersendiri dari aspek
penggunaan alat, bahan, penghasilkan karya dan penubuhan institusi seni.

2.0 Seni Alam Melayu dan Seni Moden Malaysia

Gambar Rajah : Pengenalan Seni Alam Melayu

Seni alam melayu telah lama wujud dari zaman prasejarah dulu kala lagi. Penemuan
pelbagai artifak masyarakat dahulu telah memberi satu signifikan bahawa seni ini merupakan
satu medium masyarakat pada zaman dahulu memaparkan gaya hidup harian mereka. Selain
itu, seni juga sebagai medium penyampaian masyarakat zaman dahulu berkomunikasi antara
satu sama lain serta mereka mempunyai mesej

2
tersendiri yang ingin disampaikan melalui hasil karya mereka. Ini dapat dibuktikan dengan
peninggalan lukisan pada dinding-dinding gua seperti di Gua Tambun di Perak, Gua Niah di
Sarawak dan Gua Balambangan di Sabah. Seterusnya, masyarakat zaman dahulu juga telah
menggunakan seni sebagai satu kaedah mereka menjalankan kehidupan seharian mereka.
Perkembangan seni rupa melayu boleh dapat dilihat dengan bukti penemuan bermula dari
zaman Paleolitik iaitu menggunakan peralatan batu berupa batu serpihan, penemuan tembikar
pada zaman neolitik dan penggunaan gangsa dan besi pada zaman logam. Penemuan artifak-
artifak ini membuktikan bahawa masyarakat pada zaman purba dahulu menggunakan
pendekatan melakar dan melukis untuk mengekspresi perasaan.
Selain itu, untuk masyarakat peribumi Seni Alam Melayu bagi suku kaum Jah- hut
mereka menggunakan alatan seperti mengkuang, pandan, bertam, buluh dan rotan dalam
menghasilkan produk mereka. Selain anyaman, mereka juga membuat pengukiran kayu
terutama penghasilan arca dimana ilham karya mereka berpandukan kepercayaan keagamaan
mereka. Suku kaum Mah Meri pula, terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran
yang yang sangat luar biasa kerana setiap ukiran yang diukir menggunakan pekakas tangan
tanpa mesin. Disamping itu, di kalangan masyarakat Sarawak, Pua Kumbu merupakan salah
satu jenis kain pua yang popular dimana kain ini tidak boleh sewenang-wenangnya ditenun.
‘Tak kenal maka tak cinta’ atau ‘Hanya jauhari yang mengenal manikam’. Demikian pepatah
Melayu yang menyatakan tentang keunikan dan keistimewaan sesuatu artifak di sesuatu
masyarakat.

Gambar rajah: Pengkarya Seni Moden di Malaysia

3
Sejarah seni lukis moden Malaysia dikatakan bermula pada awal sekitar tahun 1920-
an menerusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen, 0. Don Peris dan pelukis-pelukis cat
air Pulau Pinang yang lain. Kumpulan perintis ini telah memperkenalkan pendekatan stail
yang baru dalam tradisi visual tempatan dengan menggunakan kaedah seni catan easel Barat
untuk mempersembahkan subjek mereka. Sebelum ini, seni visual Malaysia dikuasai oleh
penghasilan karya-karya seni tradisional seperti ukiran kayu, batik, tenunan dan anyaman.
Berbeza daripada kesenian tradisional yang secara umumnya bersifat abstrak dan simbolik,
golongan perintis seni moden Malaysia menggambarkan alam sejagat menerusi representasi
figuratif. Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan
kelahiran seni lukis moden di negara ini. Oleh sebab karya seni moden Malaysia menerima
inspirasinya daripada tradisi Barat melalui penjajahan, penghijrahan dan sistem pendidikan,
maka tidak hairanlah jika sesetengah penulis menyifatkannya sebagai manifestasi kebudayaan
Barat serta penjajahan intelektual ke atas seni lukis Malaysia (Sulaiman Esa, 1993).

3.0 Penggunaan Alat dan Bahan


Seni Alam Melayu dan Seni Moden Malaysia mempunya perbezaan dari segi
penggunaan alat dan bahan. Selain itu, gaya dan teknik juga berbeza. Hal ni berlaku
disebabkan peredaran masa serta revolusi industri kini yang kian canggih untuk menghasilkan
sesuatu karya dengan lebih mudah. Rajah gambar di bawah menunjukkan perbezaan dari
aspek penggunaan alat dan bahan Seni Alam Melayu dan Seni Moden Malaysia.
Gambar rajah: Perbandingan Alat dan Bahan Seni Alam Melayu dan Seni Moden

Malaysia.

4
Jelas dilihat Seni Alam Melayu banyak menggunakan bahan semulajadi. Sebagai
contoh tanah liat untuk menghasilkan arca. Lukisan dan catan dilakukan di dinding gua, kulit
kayu, kulit binatang dan sebagainya.Sebagai contoh lukisan di gua. Karya lukisan di dinding
gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti
garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan.
Selain itu, Seni Alam Melayu juga menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk dijadikan
pewarna. Berdasarkan pada karya Seni Alam Melayu terdapat banyak lukisan yang dijumpai
di gua hanya menggunakan alatan seperti arang dan tanah batu merah. Mereka juga
menggunakan kunyit hidup, kuning telur, buah pinang dan buah kesumba sebagai alat dan
bahan untuk menghasilkan lakaran.

Seni Moden Malaysia lebih meluas dan pelbagai dari segi penggunaan alat dan bahan.
Hal ini demikian kerana, ketika ini kegiatan seni visual sudah mula tersebar dengan luas dan
diterima oleh semua lapisan masyarakat jika dibandingkan dengan alam melayu dimana
seninya hanya untuk kegiatan seharian dan bahan juga terhad. Antara bahan – bahan moden
dalam penghasilkan karya seperti logam, simen, plaster of paris, bahan tiruan dan fiber.
Lukisan dan catan pulak dilakukan di atas kertas kanvas, plastik, kaca, fiber dan playwood.
Penggunaan cat juga diperbuat daripada bahan kimia, cat air, cat minyak, arkrilik, pengilat
dan oil pastel. Seni Moden Malaysia banyak menggunakan media campuran dalam
penghasilan karya untuk menampakkan hasil lukisan memounyai unsur seni dan prinsip
rekaan yang lebih menarik dan jelas. Sebagai contoh, Karya daripada Ahmad Shukri
Mohamed yang dianggap sebagai pencetus juga pengerak kebangkitan seni moden Malaysia
awal 90an, yang berani meneroka bahantara campuran didalam proses kerja seni.
Kebijaksanaan menyusun antara bahan ready-mades dengan teknik konvesional serta digital
sehingga ketelitian di dalam pengolahan ini membuatkan juri tertarik hati untuk mengangkat
beliau sebagai pemenang hadiah utama karya Target Series: Camoufladge II(1994).

4.0 Penghasilan Karya

Boleh dilihat dengan jelas, penghasilan karya seni visual di Alam Melayu,
kebanyakan dilakukan secara manual sambal melakukan aktiviti harian mereka seperti
memburu, mengembara dan bercucuk tanam. Setiap simbol yang digunakan pada setiap karya
seni mempunyai maksudnya tersendiri serta mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.
Misalnya, lukisan ‘x-ray’ fauna Gua Tambun di Ipoh Perak. Lukisan gua ini merupakan satu-
satunya lukisan yang menggunakan bahan hematit berwarna

5
merah di Semenanjung Malaysia. Terdapat lebih 30 bentuk lukisan di dinding telah dikenal
pasti yang meliputi bentuk manusia dan haiwan serta bentuk geometrik seperti titik, garis dan
pola abstrak. Lukisan gua di Gua Tambun ini juga memaparkan imej manusia yang sedang
menari, duduk mencangkung dan dipercayai sedang melakukan upacara ritual atau berpesta.
Manakala bentuk haiwan terdiri daripada babi hutan, dugong, pelanduk, rusa, tapir dan
harimau.

Gambar rajah : Lakaran bermotifkan figura dan bentuk geometri di Gua Tambun,
Perak.

Seni Moden Malaysia banyak mempamerkan karya-karya bertemakan landskap yang


merakam keindahan pemandangan alam tempatan. Para pelukis cat air Pulau Pinang turut
melukiskan aktiviti harian masyarakat ketika itu. Misalnya para petani di sawah dan di ladang
kelapa, ataupun tukang besi dan tukang jahit di kaki-kaki lima. Ini dapat dihayati menerusi karya-
karya Abdullah Ariff berjudul ’Coconut Plantation-Dawn’ (1948) dan ’Bumi Bahagia - Lombong
Bijih Malaya’ (1960) serta karya-karya Yong Mun ’Drying Nets’ (1940) dan ’Membaiki Baju’
(1948). Kedua-dua tema ini mampu menjadi dokumen budaya tentang kehidupan masyarakat
sezaman.

Para pelukis cat air Pulau Pinang begitu cenderung merakam keindahan pemandangan
alam tempatan. Kecenderungan terhadap stail catan Barat dan catan

6
landskap Cina tercetus menerusi kepelbagaian aspek dalam kebudayaan yang merangkumi
bidang sejarah, politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Dalam masa yang sama, karya-karya
itu sendiri menjadi dokumentasi zaman yang cukup berharga dalam mencerminkan rasa
kecintaan, keindahan, keharmonian pemandangan alam tempatan, corak kehidupan dan
budaya yang belum tercemar kuat oleh arus pemodenan. Karya-karya yang indah itu turut
melukiskan sensitiviti pelukis tempatan terhadap nilai-nilai estetik dalam pengucapan visual.
Media 9 cat air yang menjadi wadah penyalur kepekaan seniman itu terus popular sehingga ke
hari ini dalam merakamkan tema-tema serupa di celah-celah kehebatan penerokaan pelbagai
media yang memenuhi sifat-sifat dasar seni lukis moden.

5.0 Penubuhan Institusi Seni Visual Alam Melayu dan Moden Malaysia.

Perkembangan Seni Visual sebelum kemerdekaan sehingga sekarang dapat dilihat dari
segi penubuhan institusi.Penang Impressionist Society telah ditubuhkan pada tahun 1928 oleh
pelukis Eropah yang menetap di Pulau Pinang. Di dalam institusi ini Abdullah Arif menjadi
tenaga pengajar kumpulan ini. Puan Lim yang merupakan orang tempatan telah menjadi
penaja kepada institusi ini pada tahun 1928. Selepas Penang Chinese Art Club pula ditubuhkan
pada tahun 1936 di Pulau Pinang. Pengasas institusi ini ialah Lee Cheng Yong, Yong Mun
Sen, Tay Hooi Keat dan Kuo Ju Ping. Namun institusi ini telah dibubarkan pada tahun 1939.
Seterusnya, penubuhan institusi Wednesday Art Group oleh Peter Harris sekitar tahun 1952 di
Kuala Lumpur. Institusi ini telah dapat menarik dan memberi galakan kepada pelukis yang
berada di Kuala Lumpur. Pada setiap hari rabu dan sabtu, institusi ini akan mengadakan
aktiviti untuk melukis figura, gubahan dan lakonan. Antara ahli bagi institusi ini terdiri
daripada Patrick Ng Kah Ong, Anthony Lau, Dzulkifli Buyong, Ismail Mustam, Zakaria Noor
dan Jolly Koh. Tema bagi kumpulan ini ialah “ Seni sebagai wadah ekspresi diri”.

Seni visual moden Malaysia adalah Persatuan Pelukis Malaysia, ia ditubuhkan pada
tahun 1979 dengan nama Persatuan Pelukis-Pelukis Tradisional kemudian telah bertukar nama
yang baru pada tahun 1980. Antara ahli bagi kumpulan ini ialah Syed Ahmad Jamal(presiden),
Yeoh Jin Leng, Mazli Mat Som, Ahmad Khalid Yusoff dan Hassim Hassan. Objektif
penubuhan kumpulan ini adalah untuk memenuhi kehendak pelukis tempatan bagi
menubuhkan sebuah badan yang mewakili pelukis. Selain itu, untuk memajukan
perkembangan seni lukis di Malaysia dan menjadikan seni lukis sebagai elemen yang penting
dalam memajukan negara. Kumpulan ini tidak terikat dengan mana-mana aliran atau pengaruh
tertentu. Ahli-ahli kumpulan berkarya mengikut gaya masing-masing.

7
Kumpulan Anak Alam juga telah ditubuhkan pada Mei 1974 oleh Abdul Latiff
Mohidin. Kumpulan ini melibatkan seni lukis, kesusasteraan dan teater. Antara ahli bagi
kumpulan ini ialah Abdul Latiff Mohidin, Khalil Ibrahim, Ismail Abdullah, Siti Zainun dan
Mustapha Hj. Ibrahim. Ahli kumpulan ini berkarya dan tinggal bersama-sama serta
menekankan semangat kebebasan romantik. Mereka juga menitikberatkan peranan individu
tetapi sentiasa menyedari ragam dan tempoh estetika sezaman. Aliran kumpulan ini banyak
dipengaruhi oleh gaya abstrak ekspressionis dan mereka berani membuat eksperimen tanpa
mempedulikan kritikan yang diterima.

6.0 Kesimpulan

Sejarah telah menunjukkan bahawa penjajahan, penghijrahan serta sistem pendidikan


Barat memainkan peranan penting dalam mencetuskan stail seni lukis moden di Malaysia.
Karya-karya seni moden yang berbeza daripada konvensi ekspresi artistik seni tradisi di
negara ini dikembangkan dan diteruskan oleh para pelukis secara berkumpulan mahupun
individu. Seni Alam Melayu dan Seni Moden Malaysia mempunyai beza terhadap alat, bahan,
penciptaan karya dan penubuhan institusi seni. Namun, perkembangan mengikut peredaran
zaman telah membawa perubahan yang ketara dalam dunia seni visual Malaysia dan
melahirkan ramai pelukis yang membawa penciptaan karya moden, kreatif dan inovatif.

8
7.0 Bibliografi

(a) Jurnal

Abd Wahid Jais, Abd Aziz Abdul Rashid (2005). Artifak Peradaban Melayu
Dalam Koleksi Muzium Seni Asia Universiti Malaya: Usaha
Mewujudkan Inventori Budaya.Universiti Malaya, Halaman 57.

Zuliskandar Ramli, Nur Farriehah Azizan, Wan Noor Shamimi Wan Azhar, Natasha
Edreena Mohamad Nasruddin, & Angela Injun (2020). Lukisan Gua Di Gua
Kelew, Kelantan Sebagai Media Komunikasi Masyarakat Prasejarah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

(b) Sumber Internet

Abby Piong(2012). Sejarah Seni Visual Malaysia. Diambil


dari https://www.slideshare.net/pIoNgSS/sejarah-seni-visual-malaysia

Dewan Budaya (2012). Sulaiman Esa Pertemuan Timur-Barat dalam Karya.


Diambil dari https://faizalsidik.files.wordpress.com/2008/06/sulaiman-esa001.pdf

Mcc Goh (2012). Pendekatan Sejarah Seni Visual. Diambil


dari https://www.slideshare.net/ssuser7fe0de1/kuliah-5-2016-pendekatan-sejarah-
seni- visual-stpm

Nazira M (2015). Perbezaan Pengkaryaan Tradisi dan Moden. Diambil dari


https://www.slideshare.net/nazira997/hasil-seni-tradisi-malaysia

You might also like