You are on page 1of 18

ARTIKEL

KREATIVITI SENI PICIT TANGAN MAZNAH SULAIMAN DALAM


PENGHASILAN LABU SAYONG SECARA TRADISIONAL

KURSUS :
PENYELIDIKAN DALAM SENI VISUAL
TUGASAN :
INDIVIDU
KOD KURSUS :
MSP3016

NAMA : NUR IMANI AYYUNI BINTI RAMLI


KOD MATRIK : D20181083837
NAMA PENSYARAH : P.M DR HAROZILA BINTI RAMLI
P.M DR MD. NASIR BIN IBRAHIM
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

Kreativiti Seni Picit Tangan Maznah Sulaiman Dalam Penghasilan Labu Sayong Secara
Tradisional

Creativity of Hand Squeezing Maznah Sulaiman In The Traditional Production of Labu


Sayong

Nur Imani Ayyuni Ramli; Harozila Ramli, Md. Nasir Ibrahim


Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
Imaniayyuni@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kreativiti seni picit tangan yang diaplikasikan oleh Maznah
Sulaiman dalam penghasilan labu Sayong. Kajian ini berfokuskan di Kuala Kangsar, Perak
iaitu di Kampung Kuala Bendang. Objektif kajian ini untuk mengkaji kaedah yang digunakan
serta mengetahui proses teknik picit yang diadaptasi oleh Maznah Sulaiman. Dalam masa yang
sama, pengkaji dapat mengkaji kesan kreativiti seni picit tangan yang terdapat dalam
penghasilan tembikar labu sayong. Penelitian kajian ini dilakukan secara kaedah kualitatif
melalui pendekatan biografi yang merangkumi kajian teks, tesis, kajian lapangan dan
sebagainya.

Kata Kunci: Seni Picit Tangan, Labu Sayong, Kreativiti

ABSTRACT

This study aims to examine the creativity of hand-squeezing art applied by Maznah Sulaiman
in the production of labu sayong. This study focuses on Kuala Kangsar, Perak, namely in
Kampung Kuala Bendang. The objective of this study is to study the methods used and to know
the process of pinch technique adapted by Maznah Sulaiman. At the same time, researchers
can study the creative effects of hand-squeezing art found in the production of labu sayong.
The research of this study is done in a qualitative method through a biographical approach
that includes text studies, theses, field studies and so on.

Keyword: Hand-queezing Art, labu sayong, Creativity

P a g e 2 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

PENGENALAN

Kajian ini mengkaji tentang kreativiti seni picit tangan yang diadaptasikan oleh Maznah
Sulaiman dalam menghasilkan tembikar labu sayong. Kegiatan membuat tembikar di Kuala
Kangsar, Perak dianggap antara warisan kesenian kraftangan tradisional negara yang terpenting
manakala hasil labu sayongnya pula diantara yang paling berkualiti dan diminati ramai.
Maznah Sulaiman memulakan kerjaya awalnya sebagai tukang pembuat tembikar dengan
belajar secara langsung daripada kedua ibu bapanya. Tatkala atas dasar pengaruh keluarga yang
merupakan pembuat tembikar dan atas dorongan minat sendiri, Maznah Sulaiman mula
menjinak-jinak ke penghasilan tembikar secara tradisional khususnya tembikar labu sayong.

Tambahan lagi, Maznah Sulaiman mempelajari teknik menghasilkan tembikar labu


sayong menggunakan tangan iaitu melalui kaedah picit. Tidak hairanlah, Maznah Sulaiman
menjadi salah seorang adiguru yang mahir menggunakan teknik picit tangan. Melalui
pembelajarannya yang cuma mengambil masa beberapa tahun beliau mampu menghasilkan
tembikar labu sayong yang mampu dijual sehingga mencecah ratusan ringgit.

Seterusnya dengan pengaplikasian Maznah Sulaiman menghasilkan labu sayong secara


tradisional iaitu menggunakan tangan melalui kaedah picit menjadikan produk labu sayong
yang dihasilkan itu amat istimewa dan mempunyai nilai tersendiri. Walau bagaimanapun,
kreativiti seni picit tangan pada harini seakan-akan wujud konflik dimana seni warisan picit
tangan ini sudah tidak dipelajari oleh generasi muda. Dalam hasrat untk mengekalkan warisan
kreativiti seni picit secara tradisional bukanlah sesuatu yang mudah dan sukar untuk dicapai.
Melalui pendedahan akan hasil dan proses yang dilakukan oleh Maznah Sulaiman dalam
menghasilkan labu sayong dapat menyuntik minat dan keinginan generasi kini dalam
mempelajari seni picit tangan.

P a g e 3 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

LATAR BELAKANG

Maznah Sulaiman merupakan seorang anak kelahiran Perak yang merupakan ahli dalam
pembuatan seni tembikar di Kuala Kangsar, Perak. Beliau mendapatkan pendidikan informal
dan mempelajari seni picit tangan melalui turun temurun iaitu daripada arwah ibunya Samihah
Awang. Oleh kerana minat yang begitu mendalam dalam seni tembikar beliau mulai
mendalami dan menjadi mahir sehingga mampu meneruskan legasi bengkel pembuatan
tembikar labu sayong kepunyaan keluarganya. Dengan ini membuktikan bahawa, pendidikan
informal mampu menjadikan seseorang itu mahir melalui pengalaman dan pengamatan
daripada orang terdahulu seperti ibu bapa dan lain-lain. Selain itu, Maznah Sulaiman telah
memahiri kreativiti teknik picit tangan dalam menghasilkan labu sayong, Untuk menghasilkan
sesuatu produk tembikar pelbagai jenis kaedah atau teknik diterapkan misalnya, teknik acuan,
teknik lingkaran, teknik picit dan sebagainya. Antara teknik yang unik dan memerlukan
kemahiran yang tinggi ialah teknik picit. Teknik picit merupakan satu kaedah yang
menggunakan seratus peratus kerja secara manual dan tradisional. Hal ini kerana, berbeza
dengan teknik acuan yang mana menggunakan acuan dan mesin penggodak tanah liat untuk
menghasilkan tembikar, namun teknik picit bermula daridapa pembentukan tembikar labu
sayong hingga ke akhir proses menggunakan kemahiran tangan. Malah, tidak hairanlah untuk
memahiri teknik picit ini memakan masa yang lama dan bukanlah kerja yang sambil lewa.
Sebenarnya proses membuat tembikar secara tradisonal menggunakan teknik picit telah pun
wujud sejak seribu tahun dahulu dan masih dikekalkan serta dipertahankan hingga hari ini
dalam bentuknya yang kuno dan asli. Menurut seorang pengkaji mengatakan “penghasilan
seramik merupakan salah satu aktiviti tertua dalam sejarah kehidupan manusia “(Ahmad Fauzi
2009:1).

Seterusnya, labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang
merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu
sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah
perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari
kampung tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang
di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala
Kangsar. Pada awalnya, asal-usul tembikar labu sayong bermula apabila penggunaan buah labu
sebagai alat untuk mengisi air. Pada zaman dahulu, masyarakat Sayong di Perak menggunakan
labu tua yang telah dikeringkan dan diuba bentuknya menjadi bekas air yang bertujuan untuk

P a g e 4 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

menyimpan air. Apabila zaman beredar masyarakat Sayong telah berinovasi dan mula mencipta
peralatan rumah seperti bekas air menggunakan tanah. Hal ini menyebabkan apabila terhasilnya
ciptaan bekas tembikar seperti labu sayong. Tambahan lagi, bekas menyimpan air yang
dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak
menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi,
senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

Rajah 1 menunjukkan Maznah Sulaiman.

(Sumber : http://cheritamalaysia.blogspot.com/2016/06/perusahaan-labu-sayong-ke-
peringkat.html )

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dihasilkan ialah untuk menunjukkan kreativiti seni picit yang dihasilkan oleh
Maznah Sulaiman serta labu sayong yang dihasilkan dengan sentuhan tangan secara tradisional
oleh Maznah Sulaiman. Kajian ini juga ingin mencapai beberapa objektif yang utama iaitu
mengenalpasti kreativiti seni picit tangan yang diadaptasikan oleh Maznah Sulaiman dalam
penghasilan labu sayong Seterusnya, mengklasfikasikan tembikar labu sayong yang dihasilkan
oleh Maznah Sulaiman. Akhir sekali, menganalisis corak dan motif pada labu sayong yang
dihasilkan melalui kaedah picit oleh Maznah Sulaiman.

P a g e 5 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian biografi. Pengkaji
melakukan kajian dengan situasi sebenar dengan melakukan kajian ke lapangan yang tertempat
di Kampung Kuala Bendang, Kuala Kangsar, Perak. Semasa dikajian tapak pengkaji telah
menyaksikan pembuatan tembikar labu sayong yang dihasilkan oleh Maznah Sulaiman secara
tradisional dan telah melakukan temubual secara terperinci berdasarkan garis panduan yang
telah ditetapkan. Selain itu, tembual juga dilakukan secara tidak berstruktur bagi memberikan
kebebasan dalam seisi soal jawab. Partisipant telah memberikan jawapan dan direkod melalui
penggunaan alatan elektronik dan sekali gus dalam rekod penulisan. Selain itu, kajian
dilakukan dengan membaca dan mancari maklumat Maznah Sulaiman didalam internet, akhbar
dan majalah. Lantaran, kreativiti seni picit tangan yang menjadikan Maznah Sulaiman sebagai
seorang yang amat mahir menghasilkan tembikar di Kampung Kuala Bendang sehingga
mendapat pengiktirafkan daripada luar negara. Kajian ini turut berlandaskan satu teori iaitu
teori kreativiti oleh Ellis Paul Torrance.

Rajah 2 merupakan teori kreativiti Ellis Paul Torrance.

(Sumber : internet)

P a g e 6 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian berdasarkan hasil kreativiti seni picit tangan yang diadaptasikan oleh Maznah
Sulaiman dalam penghasilan tembikar labu sayong:

I. Kreativiti Teknik Picit

Teknik Picit yang diadaptasikan oleh Maznah Sulaiman adalah hasil pembelajaran beliau
bersama dengan ibubapanya sewaktu masih dizaman sekolah. Dalam penghasilan labu sayong
begitu terkenal ialah penggunaan teknik picit kerana akan memberikan kesan yang lebih
menarik dan berkualiti. Tambahan lagi teknik picit ini merupakan satu teknik yang memerlukan
seseorang pembuat tembikar berhati-hati dan proses yang dijalankan perlulah dengan penuh
penjiwaan untuk menjadikan hasil lekukkan ditembikar itu lebih licin dan seolah-olah
mempunyai pergerakkan.

1. Berikut merupakan proses kreativiti seni picit yang diadaptasikan oleh Maznah
Sulaiman; Bermula dengan pembentukkan badan, leher, kepala dan muncung labu.
Pada peringkat ini, tanah liat diambil dan dibentukkan menggunakan tangan. Hal ini
adalah untuk mencari alur bentuk leher pada labu sayong.

Rajah 3 Pembentukkan leher labu sayong.


(Sumber: Kajian Lapangan)

P a g e 7 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

2. Seterusnya, tanah liat yang telah dibentuk, akan diletakkan pada papan penggolek dan
digolekkan menggunakan tangan agar mencapai kemasan yang diingini.

Rajah 4 menunjukkan Maznah Sulaiman


sedang menggolek tanah liat.
(Sumber: Kajian Lapangan)

3. Seterusnya, picit tanah liat untuk membentukkan muncung atas pada labu sayong.
Teknik picit digunakan dalam menyatukan tanah liat, tangan telah dicelupkan ke dalam
air dan seterusnya tanah dipicit agar dapat dilekatkan pada tanah yang telah siap
dibentukkan.

Rajah 5 & 6 Memicit tanah liat dengan teliti


(Sumber : Kajian Lapangan)

P a g e 8 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

4. Pada peringkat ini, sekeliling pada muncung tembikar dipicit sehingga membentuk
permukaan yang rata. Teknik picit yang dikuasai oleh Maznah Sulaiman menjadikan
proses ini tidak mengambil masa yang lama, akan tetapi jelas Maznah Sulaiman bahawa
sewaktu pertama kali beliau mempelajari teknik ini perlukan ketelitian yang tinggi jika
tidak tembikar boleh berbentuk serong.

Rajah 7 & 8 Memicit di dalam tembikar juga bagi memastikan tanah liah melekat.
(Sumber: Kajian Lapangan)

5. Dalam proses membentuk tembikar dengan baik, span digunakan untuk melicinkan
permukaan tembikar supaya mudah untuk menekap corak dan memastikan tembikar
tidak bocor.

Rajah 9 menunjukkan Maznah Sulaiman mengemaskan sekeliling tembikar.


(Sumber: Kajian Lapangan)

P a g e 9 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

6. Setelah mendapatkan bentuk tembikar yang tepat, permukaan tembikar telah ditekapkan
dengan motif bunga yang telah diukir pada kayu. Terdapat banyak jenis ragam hias
yang ditekap pada tembikar seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan
pucuk rebung. Penambahan ragam hias ini semata-mata untuk menjadikan tembikar
lebih menarik dan mempunyai ciri astetik. Begitu juga dari segi reka bentuk dan ragam
hias yang menggunakan corak dan hiasan tempatan berasakan alam persekitaran semula
jadi setempat. Antaranya ialah penggunaan unsur-unsur alam seperti pokok dan bunga
yang sesetengahnya hanya terdapat dinegara kini seperti bunga tanjung, bunga padi,
bunga kedudut, bunga pecah empat, bunga lawing, bunga cakar ayam, siku keluang,
bunga lawang, pucuk rebung, susur kelapa serta bentuk huruf s,x dan v.(Wray 1903;
Ibrahim Darus & Sahaimi Abd Manaf 2005) .
Windedt(1925), menjelaskan bahawa penciptaan tembikar oleh masyarakat
Melayu pada zaman dahulu adalah dalam bentuk yang beitu asas dengan ragam hias
yang cukup sederhana. Beliau menuliskan “Ornamentation was relatively unambitious;
cord-marking is the most usual form or ornament. Simple incised patterns are found.
The ware is generally dark in colour with the sand and charcoal tempering and often a
polished surface produced by burnishing with the application of soot”. ( Winstedt
dalam Siti Zainon 1986:63)
Penggunaan unsur-unsur yang jelas bersifat tempatan ini dapat memperkukuhkan
lagi hujahan bahawa seni kraftangan tembikar tradisonal, khususnya labu sayong adalah
ciptaan orang Mlayu. Berasakan pengekalan unsur-unsur tempatan ( Wray 1903:24)
menegaskan bahawa “ Malayan pottery may, therefore, be looked upon as a survival.
Aongst a fairly civilized people, of a phrase in the ceramic art far anterior to that to be
found in the other countries in a similar state of advancement and, such, appears to be
deserving of some study and attention.“

Rajah 10 Mengecop ukiran pada Labu sayong.


(Sumber: Kajian lapangan)

P a g e 10 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

7. Selain itu, penggunaan batu luru juga digunakan untuk menambah lekukkan pada
tembikar. Batu luru merupakan batu yang mempunyai permukaan licin dan mudah
didapati di sungai. Pada zaman dahulu, dek kerana bahan dan alatan yang terhad dan
belum canggih sepenuhnya, masyarakat Melayu yang menghasilkan tembikar
menggunakan bahan semula jadi seperti batu sungai untuk tujuan menghasilkan aluran
lekukkan yang menarik. Tambahan lagi, Maznah Sulaiman mengawal pergerakan batu
luru supaya hasil lekukkan terlihat asli dan kemas.

Rajah 11 Menggosok tembikar labu dengan menggunakan batu luru.

(Sumber: Kajian lapangan)

II. Proses pembuatan Labu sayong secara tradisional.

Labu Sayong merupakan hasil seni tembikar yang utama di Kampung Kuala Bendang, Kuala
Kangsar, Perak. Melalui bengkel pembuatan milik keluarga Maznah Sulaiman yang terletak di
Kampung Kuala Bendang menjadi tempat warisan turun-temurun dalam menghasilkan
tembikar secara tradisional. Pada zaman dahulu, permintaan untuk tembikar tradisional adalah
sentiasa baik kerana ia merupakan alat kegunaan harian. Sejak kaedah moden yang
menggunakan acuan dan mesin telah diperkenalkan pada tahun 1975 oleh PKKM dan
penggunaan alatan moden melalui kaedah casting dan throwing dalam pembuatan tembikar
bagi mempercepatan proses pengeluaran telah menyebabkan tembikar dihasilkan dengan lebih
banyak dan dijual dengan harga yang lebih murah. Hal ini menyebabkan, persaingan dalam
menghasilkan tembikar dan kreativiti seni picit secara tradisional semakin terjejas. Akan tetapi,
penghasilan tembikar melalui tradisional lebih menarik dan mempunyai jiwanya tersendiri
kerana kaedah yang dihasilkan secara semula jadi. Seterusnya, penghasilan tembikar labu
sayong bermula dari proses pencarian tanah liat, pembuatan dan pembentukkan tembikar dan
sehinggalah proses pembakaran yang juga dilakukan secara tradisional iaitu menggunakan
P a g e 11 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

sabut kelapa, buluh dan kayu api. Proses pembakaran tembikar labu sayong dimulakan dengan
proses penyalai labu sehingga labu bertukar warna kemerahan. Seterusnya, labu yang disalai
diambil dan dimasukkan ke dalam abu-abu pembakaran bersama buluh kering dan dibakar
selama tujuh jam sehingga bertukar warna. Pada akhir proses, labu yang telah siap dibakar akan
diangkat dan dikambus di dalam longgokan sekam padi

Berikut merupakan proses penghasilan tembikar labu sayong yang diadaptasi oleh Maznah
Sulaiman secara tradisional;

1. Pada awal proses pembakaran tembikar labu sayong secara tradisional, Buluh
dipotong menjadi kecil seperti ranting kayu bagi memudahkan proses pembakaran.

Rajah 12 Menunjukkan kerja pemotongan buluh


(Sumber: Kajian Lapangan)

P a g e 12 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

2. Langkah seterusnya, menyediakan tempat pembakaran dengan menyusun sabut


kelapa dan kayu api. Sabut kelapa digunakan bagi menghasilkan api yang membara
lebih lama.

Rajah 13 & 14 menunjukkan penyusunan sabut kelapa dan kayu api oleh Maznah
Sulaiaman bersama suaminya.
(Sumber: Kajian lapangan)

3. Pada proses ini, tembikar labu sayong diambil dan disusun secara terbalik dalam
proses yang di panggil menyalai atau salai. Tujuan tembikar diletakkan secara terbalik
adalah untuk mengeringkan bahagian dalam dengan baik dan mengelakkan tembikar
menjadi lembap.

Rajah 15 menunjukkan proses menyalai tembikar secara terbalik


(Sumber: Kajian lapangan)

P a g e 13 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

8. Sewaktu proses penyalai, labu telah ditutupi dengan sejumlah daun pisang yang bertujuan
untuk mengekal kelembapan dan mengelak permukaan luar tembikar menjadi retak. Hal
ini kerana, menurut Maznah Sulaiman daun pisang merupakan daun yang lembap selain
itu juga fungsi daun pisang juga mengnuteralkan bau tanah liat pada tembikar.

Rajah 16 menunjukkan daun pisang menutupi tembikar dalam proses menyalai.


(Sumber: Kajian lapangan)

9. Seterusnya, tembikar yang sudah siap disalai telah dipindahkan ke dalam abu-abu
pembakaran bagi meneruskan proses pembakaran.

Rajah 17 menunjukkan tembikar diambil menggunakan batang kayu.


(Sumber: Kajian lapangan)

P a g e 14 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

Rajah 18 menunjukkan tembikar diletakkan di dalam abu-abu pembakaran.

(Sumber: Kajian lapangan)

10. Selepas 7 jam proses pembakaran selesai, tembikar labu sayong dikambus dalam
longgokkan sekam padi. Tujuannya ialah untuk menghasilkan warna hitam yang semula
jadi pada tembikar labu sayong. Ketika proses ini, sekam padi yang kering digunakan
dalam kuantiti yang banyak dan menyebabkan kepulan asap yang terhasil juga banyak.

Rajah 18 & 19 menunjukkan longgokkan sekam padi dan tembikar


labu sayong yang telah bertukar ke warna hitam.
(Sumber: Kajian lapangan)

P a g e 15 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Melalui kajian yang memfokuskan kepada kreativiti seni picit dan cara pembuatan tembikar
labu sayong secara tradisional dirumuskan bahawa teknik picit ini menjadikan sesuatu tembikar
lebih berkuali dan mempunyai energi tersendiri. Walau bagaimanpun, proses yang ini
mengambil masa yang lama dan agak kompleks. Tambahan lagi, teknik atau kaedah picit ini
merupakan bukanlah suatu teknik mudah melainkan memerlukan kerja yang lebih teliti dan
teliti.

Penilaian dibuat berdasarkan hasil tembikar labu sayong yang telah dikomersialkan oleh
Maznah Sulaiman. Hal ini dapat dibuktikan bahawa, tembikar labu sayong yang dihasilkan
menggunakan seni picit yang beliau mahiri mampu dijual mencecah harga ratusan ringgit dan
diiktiraf kualitinya. Kreativiti seni picit ini, sepatutnya menjadi warisan negara dengan perlu
dipelajari agar tidak hilang ditelan zaman. Lantaran adanya segelintir usahawan yang yang
hasilkan tembikar labu sayong dan sebagainya menggunakan mesin membuatkan lagi seni
warisan picit tangan ini tidak diminati.

Melalui kajian ini, kita dapat lihat betapa pentingnya sesuatu kreativiti seni itu tersendiri
dalam membantu penghasilan produk yang bermutu tinggi seperti yang dihasilkan oleh Maznah
Sulaiman. Tambahan lagi, selain keluarga Maznah Sulaiman yang menjadi penerus warisan
seni picit ini seharusnya, ada segelintir orang luar yang menjinakkan diri dalam pembelajaran
seni warisan picit tangan ini. Secara keseluruhan kajian ini memperlihatkan, kretiviti seni picit
yang dimiliki oleh Maznah Sulaiman mempunyai keunikkan yang tersendiri dan mempertahan
kesenian peringkat negara.

P a g e 16 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

KESIMPULAN

Kreativiti seni picit yang diadaptasikan oleh Maznah Sulaiman jelas menunjukkan keunikannya
yang tersendiri dan proses penghasilan tembikar labu sayong secara tradisional ini amat
menarik dan seharusnya dikekalkan. Lantaran, teknik atau kaedah picit ini sudah tidak lagi
diminati oleh golongan muda, kebarangkalian untuk pelapis baharu muncul amatlah tipis.
Melalui kajian ini, setidaknya akan membuka mata bahawa kewarisan kreativiti seni picit
tangan perlulah dipertahankan dan diperjuangkan. Selain itu, semua tembikar Labu sayong
yang dihasilkan mempunyai kualiti yang baik sehingga mendapat permintaan daripada negara
luar. Biarpun proses yang diambil untuk menghasilkan Labu sayong menggunakan teknik picit
amat memerlukan ketelitian dan kemahiran yang tinggi namun hasil produk iaitu Labu sayong
amat baik. Kajian ini mendapati bahawa kreativiti seni picit tangan oleh Maznah Sulaiman
dalam penghasilan labu sayong secara tradisonal amat menarik dan mempunyai ciri kesenian
tersendiri dan patut dipertahankan.

PENGHARGAAN

Kajian ini tidak akan dapat disiapkan jika tidak mendapat sumbangan dan bantuan daripada
semua pihak. Sekalung perhargaan diberikan kepada pensyarah subjek penyelidikan seni visual
yang bertanggungjawab dalam memberi ilmu dan tunjuk ajar iaitu Prof.Madya Dr. Harozila
Binti Ramli, Prof.Madya Dr. Mad Nassir Bin Ibrahim dan rakan-rakan seperjuangan yang turut
memberikan tunjuk ajar sehingga kajian ini dapat disiapkan.

P a g e 17 | 18
Artikel Penyelidikan Seni Visual, 2020

RUJUKAN

Azmi Arifin, Tarmiji Masron (Februari 28, 2010) Dimuat turun daripada :
http://journalarticle.ukm.my/1263/1/SARI_28%5B2%5D2010_%5B06%5D.pdf
Labu Sayong Kekal Warisan Tradisi (September 28, 2015) Dimuat turun daripada:
http://www.beritakampus.usm.my/index.php/berita/rencana/1793-labu-sayong-
kekal- warisan-tradisi.
The Innovation of Labu Sayong Manufacturing Technology: A Technical Analysis (Jun, 2014)
Dimuat turun daripada https://www.researchgate.net/publication/269889800_
The_Innovation_of_Labu_Sayong_Manufacturing_Technology A_Technical_Analysis
Tembikar tanah: proses penghasilan labu sayong secara tradisional (November, 2015)
Dimuat turun daripada :https://www.researchgate.net/publication/305259470
Tembikar_tanah_proses_penghasilan_ labu_sayong_secara_tradisional
Ayob, S. (2019). Tembikar Melayu Tradisi Sayong: Pemerian Asal Usul, Intipati Bentuk,
Motif Dan Rupa. Journal of Applied Arts, 1(1), 73-77.
Dimuat turun daripada: https://journal.scientiaca.org/index.php/Jappa/article/view/4
Siti Zainon Ismail. 1986. Rekabentuk kraftangan Melayu tradisi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Winstedt, R.O. 1925. Malay industries: Arts and crafts. Papers on Malay subject. Kuala
Lumpur: F.M.S. Government Press

P a g e 18 | 18

You might also like