You are on page 1of 1

PROGRAM KEBITARAAN ALAM SEKITAR

ASRAMA HARIAN SMK SUNGKAI


PROGRAM INOVASI DAN REKA CIPTA HIJAU PASU
BUNGA DARIPADA TUALA MANDI TERPAKAI
BERKONSEPKAN KITAR SEMULA
BAHAN TERBUANG 2019

ASRAMA HARIAN SMK SUNGKAI


GAMBAR

“Inovasi Dan Reka Cipta Pasu Bunga Daripada Tuala


Mandi Terpakai Berkonsepkan Kitar Semula Bahan
Terbuang Asrama Harian SMK Sungkai 2019” adalah satu
program bagi menjayakan program kebitaraan alam sekitar
asrama harian SMK Sungkai. Projek ini dijalankan dengan
tujuan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar
tentang kegunaan tuala terpakai yang selama ini mereka
buang begitu sahaja di dalam bangunan asrama.

Melalui inovasi dan reka cipta ini ianya telah dapat


memberi kesedaran kepada para pelajar bahawa tuala
mandi terpakai dapat digunakan sebagai bahan kraftangan
yang boleh digunakan untuk mencipta bahan kraftangan
yang berfaedah. Bahan utama mencipta pasu bunga tuala
terpakai ialah tuala mandi terpakai, simen , pasir dan cat
minyak. Kos membinanya adalah terlalu murah tetapi
dapat memberikan satu impak positif yang besar iaitu
digunakan sebagai pasu bunga bagi menceriakan
kawasan sekitar bangunan asrama sekolah.

Asrama SMES Beriltizam Ke Arah Kemenjadian Insan

You might also like