You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROGRAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR:

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR!


1.0 PENGENALAN
Pemeliharan dan pemuliharan alam sekitar dan sumber asli adalah aspek yang amat penting
yang perlu ditekankan oleh setiap manusia yang berada di muka bumi ini. Ini kerana kesan
kelalaian manusia meminggirkan alam sekitar dan sumber asli telah mula dirasai kini
khususnya apabila berlakunya peningkatan suhu bumi dan pencemaran.Oleh itu, Konsep
pembangunan lestari telah pun muncul ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan
pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
seperti program kitar semula, melukis poster dan aktiviti menanam pokok.
2.2 Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan
dan keceriaan persekitaran sekolah
2.3 Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi
dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk
menjalankan aktiviti kitar semula
2.4 Memupuk nilai murni cintai alam sekitar pada kalangan warga sekolah
2.5 Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
2.6 Meningkatkan kerjasama antara semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan
dan keindahan persekitaran sekolah.
2.7 Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
mempraktikkan amalan hidup lestari.

3.0 PENGISIAN / AKTIVITI

Pengisian aktiviti yang akan kami jalankan bagi melestarikan alam sekitar ialah Melukis Poster
Alam Sekitar, Menghasilkan produk berasaskan bahan terbuang dengan pengaplikasian konsep
recycle dan penanaman pokok bendi dan cili di kawasan sekolah.

4.0 SASARAN

Semua murid Tahun 4 dan Tahun 5 yang merupakan ahli Kelab Alam Sekitar

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

3 Julai 2017 8 September 2017


6.0 TEMPAT PELAKSANAAN

3 buah sekolah yang sedang menjalani fasa praktikum iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Indah,
Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir dan Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor.

7.0 PENGANJUR

Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

8.0 JAWATANKUASA AKTVITI

Pengerusi : En Nadzri bin Nordin

Naib Pengerusi : Harry Jade Victor

Setiausaha : Aisswarya Siva Subramaniam

Naib Setiausaha :Muhamad Afiq Syukri bin Arni

AJK Program : Harry Jade Victor(Program Kitar Semula)

Muhamad Afiq Syukri bin Arni (Poster Alam Sekitar)

Aisswarya Siva Subramaniam (Aktviti Menanam Pokok)

9.0 TENTATIF PROGRAM

Melukis Poster Alam Sekitar

5 September 2017
9.00 pagi : Taklimat ringkas pertandingan
9.30 pagi : Pertandingan mewarna dimulakan
10.30 pagi : Pertandingan mewarna tamat

6 September 2017
8.00 pagi : Penyampaian hadiah kepada pemenang
Program kitar semula : menghasilkan produk berasaskan bahan terpakai

6 September 2017

11.35 pagi : Taklimat ringkat program

11.45 pagi : Pelaksanaan program

12.35 Tengah hari : program tamat

13 September 2017

11.35 pagi : Penyampaian hadiah

Program Menanam Pokok: 1 Murid 1 Pokok

6 September 2017

8.00 pagi : Taklimat ringkas program

8.15 pagi : Pelaksanaan program

9.00 pagi : Program tamat

10.0 SUMBER PENDAPATAN

Tiada sumber pendapatan diberikan dan barang-barang yang diperlukan telah diberikan oleh
pihak sekolah dan juga dibawa oleh murid.

11.0 PENUTUP

Program Kesedaran Alam Sekitar ini bertujuan bukan sahaja untuk menjadikan sekolah berada
dalam keadaan hijau dan berwarna-warni, ceria dan kondusif malah dapat melahirkan pelajar
yang mempunyai nilai-nilai murni seperti sikap bertanggungjawab, bekerjasama serta cinta
sayang kepada sekolah dapat dipupuk. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab semua pihak amat
diperlukan dalam menjayakan program ini. Semoga program ini berjaya mencapai matlamat
serta objektif ke arah mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan harmonis.
DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH:

..
(S.AISSWARYA) (EN ABDUL WAHAB BIN MOHAMAD
SHUKOR)
GURU PELATIH PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SEK.KEB.SERI INDAH
KERTAS KERJA
PROGRAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR:
KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM DAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PULAU PINANG

You might also like