You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

SEMESTER 2 (SESI JAN-JUN) TAHUN 2018

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN


(BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

PBKK 3152
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KERJA KURSUS
TUGASAN 1
PROPOSAL PROJEK INOVASI DIGITAL (INDIVIDU)

Nama Pelajar : AISSWARYA A/P SIVA SUBRAMANIAM


Angka Giliran : 2015272340002
No Kad Pengenalan : 960512075048
Program/ Ambilan/Kumpulan : PISMP JUN 2015 BIMBINGAN & KAUNSELING
Nama Pensyarah : DR TEH CHIEW LAN
Tarikh Hantar : 12 MAC 2018

1
(i) Menyediakan proposal projek yang lengkap mengenai pelan penyediaan dan
pembangunan produk inovasi digital yang mengaplikasikan model pembelajaran
trialogikal yang sesuai.

1.0 TUJUAN PROJEK


Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan untuk mencapai beberapa objektif iaitu:

a) Memberi pendedahan awal kepada murid-murid sekolah rendah tentang sesuatu kerjaya.

b) Menarik minat murid-murid sekolah rendah dalam menceburi dalam sesuatu bidang kerjaya.

c) Menyelesaikan masalah-masalah murid-murid dalam membuat keputusaan tentang


sesuatu kerjaya yang diceburi.

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK


Projek ini dicipta untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid sekolah khususnya
murid-murid di sekolah rendah. Hal ini demikian kerana semasa saya dan rakan menjalani
praktikum pada semester yang lepas, kami mendapati bahawa murid-murid pada zaman
kecanggihan sains dan teknologi ini mereka terlalu sibuk dengan gajet-gajet. Oleh itu, mereka
tidak mempunyai hala tuju yang spesifik. Walaupun sesetengah murid mempunyai hala tuju
mahupun kerjaya yang dicapai mereka mempunyai kurang maklumat tentang sesuatu kerjaya
yang ingin dicapai. Oleh itu, jika murid-murid tidak diberi pendedahan dan maklumat tentang
sesuatu kerjaya, maka mereka tidak dapat membuat persediaan awal tentang kerjaya yang
dicapai dan juga akan menjadi sukar untuk menceburi dalam sesuatu kerjaya. Oleh itu,
sebagai bakal guru bimbingan dan kaunseling, saya dan rakan mengambil keputusaan untuk
menghasilkan inovasi kami dalam bidang kerjaya dalam menangani masalah ini.

2
3.0 SKOP PROJEK

Skop projek “Jig Saw Kerjaya” ini adalah untuk guru bimbingan dan kaunseling untuk memberi
pendedahan dan maklumat kepada murid-murid sekolah rendah khususnya murid-murid
tahun 6 dan juga murid-murid yang tidak tahu tentang bidang kerjaya yang ingin dipilih dan
diceburi. Projek ini juga akan dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti
bimbingan. Kami juga telah mementingkan aspek model pembelajaran trialogikal di mana
kami telah berpusatkan dan melibatkan komuniti pelajar dalam projek inovasi kami. Selain itu,
saya dan rakan sekumpulan saya juga menyediakan platform untuk interaksi antara individu
dengan aktiviti kolaboratif.

4.0 PELAN PELAKSANAAN PROJEK

Projek “Jig Saw” Kerjaya ini akan dilaksanakan dalam berbentuk permainan jigsaw dalam
berbentuk digital. Murid-murid akan diperkenalkan dengan nombor 1 sehingga nombor 11
yang terdiri daripada beberapa jenis kerjaya yang sangat digemari dan terkenal dalam
kalangan murid sekolah rendah. Maklumat tentang jenis kerjaya yang diminati akan
didapatkan melalui perbincangan bersama beberapa orang murid dan kerjaya yang terdapat
dalam inovasi ini adalah mengikut kerjaya yang murid suka. Para murid perlulah menekan di
atas nombor-nombor tersebut untuk bermain jigsaw kerjaya ini. Murid-murid akan mendapat
peluang untuk bermain permainan di mana murid-murid perlu tekan di atas kepingan puzzle
yang telah dicampur aduk untuk mengelirukan para murid dan mereka perlu mencantumkan
setiap kepingan puzzle tersebut dengan betul dan tepat. Selepas mereka mencantumkan
kesemua kepingan-kepingan tersebut, mereka akan nampak sesebuah gambar kerjaya dan
guru bimbingan dan kaunseling akan meminta murid untuk menceritakan serba sedikit tentang
kerjaya yang terpapar. Oleh itu, melalui projek ini murid-murid dapat menambah lagi
pengetahuan mereka tentang sesuatu kerjaya. Mereka juga boleh mengetahui kriteria-kriteria
yang perlu mereka tahu tentang sesuatu kerjaya.

3
5.0 PELAN UNTUK UJI PROJEK

Uji lari telah dijalankan untuk projek Jigsaw Kerjaya ini sebelum dipasarkan dalam pasaran.
Cara uji lari ini dijalankan ini adalah dengan memberi soal selidik kepada para murid tentang
keberkesanaan projek inovasi ini dan juga untuk aspek penambahbaikan kepada kami dalam
projek ini. Soal selidik ini merangkumi soalan-soalan dari segi aspek penilaian produk jigsaw
kerjaya, penilaian dari segi pelaksanaan bimbingan dan juga penilaian dari segi penggunaan
produk jigsaw.

6.0 PELAN PEMASARAN PROJEK

Pelan pemasaran projek ini akan dijalankan dengan penggunaan beberapa aplikasi online.
Antaranya adalah menerusi aplikasi whatsapp dan facebook. Kami akan menghasilkan poster
yang merangkumi maklumat-maklumat tentang projek kami yang mampu menarik minat dan
perhatian orang ramai. Sesiapa yang berminat khasnya guru bimbingan dan kaunseling
sekolah-sekolah lain boleh menghubungi saya ataupun rakan saya dalam mendapatkan
projek inovasi kami ini. Ini merupakan cara kami memasarkan produk inovasi kami ini.

7.0 ANGGARAN KOS

Projek ini tidak melibatkan sebarang kos memandang projek ini hanya melibatkan digital yang
sedia ada.

8.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, projek yang dicipta ini berkemampuan untuk memberi pelbagai jenis
maklumat tentang sesuatu kerjaya yang lebih menyeluruh dan mendalam khususnya kepada
murid-murid Tahun 6 yang akan menjejak langkah ke alam persekolahan menengah. Oleh itu,
sebelum mereka memasuki ke alam persekolahan menengah, mereka akan mempunyai
sedikit serba maklumat dan informasi yang betul dan tepat tentang sesuatu kerjaya. Hal ini
demikian kerana perkara ini merupakan sebahagian daripada tugas seseorang guru
bimbingan dan kaunseling dalam menyebarkan dan memberikan maklumat yang sesuai.

4
(ii) Menjelaskan penggunaan produk inovasi digital dan kebolehgunaannya
terhadap penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran Bimbingan dan
Kaunseling.

Projek “Jig Saw” Kerjaya ini akan dilaksanakan dalam berbentuk permainan jigsaw dalam
berbentuk digital. Murid-murid akan diperkenalkan dengan nombor 1 sehingga nombor 11
yang terdiri daripada beberapa jenis kerjaya yang sangat digemari dan terkenal dalam
kalangan murid sekolah rendah. Maklumat tentang jenis kerjaya yang diminati akan
didapatkan melalui perbincangan bersama beberapa orang murid dan kerjaya yang terdapat
dalam inovasi ini adalah mengikut kerjaya yang murid suka. Para murid perlulah menekan di
atas nombor-nombor tersebut untuk bermain jigsaw kerjaya ini. Murid-murid akan mendapat
peluang untuk bermain permainan di mana murid-murid perlu tekan di atas kepingan puzzle
yang telah dicampur aduk untuk mengelirukan para murid dan mereka perlu mencantumkan
setiap kepingan puzzle tersebut dengan betul dan tepat. Selepas mereka mencantumkan
kesemua kepingan puzzle tersebut, mereka akan nampak sesebuah gambar kerjaya dan guru
bimbingan dan kaunseling akan meminta murid untuk menceritakan serba sedikit tentang
kerjaya yang terpapar. Tujuan persoalan ini akan ditanyakan oleh Guru Bimbingan dan
Kaunseling adalah untuk melihat pengetahuan murid dalam sesebuah kerjaya. Oleh itu,
melalui projek ini murid-murid dapat menambah lagi pengetahuan mereka tentang sesuatu
kerjaya. Mereka juga boleh mengetahui kriteria-kriteria yang perlu mereka tahu tentang
sesuatu kerjaya. Dengan menggunakkan produk inovasi ini, masalah murid seperti
kekurangan maklumat tentang sesuatu kerjaya yang diminati dapat diselesaikan. Projek
inovasi ini juga akan menjadi penyelesaian guru bimbingan dan kaunseling di mana mereka
boleh menggunakkan projek sewaktu mengadakan program bimbingan kerjaya, ceramah
kerjaya dan sebagainya dalam membantu murid-murid dengan memberikan maklumat
tentang sesuatu kerjaya.

(iii) Menerangkan aktiviti promosi dan pemasaran projek inovasi digital yang
dihasilkan bagi tujuan memperoleh maklum balas untuk dikomersialkan

Maksud pemasaran ialah proses untuk menyalurkan produk kepada pelanggan yang
mementingkan empat aspek iaitu mengenal pasti, memilih dan membangunkan produk,
menentukan harga, memilih saluran pengendaran dan membangun dan melaksanakan
strategi promosi. Oleh itu, saya dan rakan saya juga telah melaksanakan aktiviti pemasaran
ini sebelum menjalankan aktiviti promosi kami. Promosi pula merujuk kepada semua aktiviti
yang dikendalikan dengan tujuan memperkenalkan sesuatu produk kepada pengguna.
Tujuannya ialah membawa kesedaran dan tarikan kepada pengguna supaya mengutamakan
sesuatu produk daripada pilihan yang lain.

5
Cara yang kami akan mempromosikan produk inovasi kami adalah melalui aplikasi online iaitu
whatsapp dan facebook. Kami akan menghasilkan poster yang merangkumi maklumat-
maklumat tentang projek kami yang mampu menarik minat dan perhatian orang ramai dan
seterusnya akan dimuat naik dalam whatsapp dan facebook dalam menyebarkan produk
inovasi kami. Sesiapa yang berminat khasnya guru bimbingan dan kaunseling sekolah-
sekolah lain boleh menghubungi saya ataupun rakan saya dalam mendapatkan projek inovasi
kami ini melalui aktiviti promosi kami ini. Selain itu, kami juga akan membuat pengikalanan
dengan mengedarkan brosur yang kami hasilkan kepada rakan-rakan sekelas kami dan juga
kepada sekolah-sekolah yang berdekatan dengan kolej kami. Kami berharap bahawa melalui
aktiviti-aktiviti promosi ini,produk inovasi kami akan dapat sambutan yang baik dan hangat.

You might also like